Monday, July 15, 2013

down memory lane trip, Ipoh- edisi makan

Assalamualaikum
mahapkan saya sekiranya entry ini menganggu keamanan puasa anda
bukan sengaja, tapi ada niat gak nak menguji iman korang haha.

lepas berehat-rehat di opis Kak Syidah,
kami meneruskan acara jalan-jalan cari makan
semua sedia maklum, Ipoh ialah one of the Malaysia food heaven.
Aku ngan Ean memang lapar gila, makanan last masuk perut ialah breakfast pagi tadi.

lokasi pertama ialah Cucur Bonda. gerai ni bawah pokok je dekat area Ampang (Ipoh)
ni la lokasi aku ngan Cik Tun dan kawan-kawan site mengeteh sambil mengumpat boss ataupun berbincang isu-isu semasa. gerai ni berkembang sikit dari 2 tahun lepas.
menu pun dah banyak.
dengan tamaknya, kami oder nasi lemak bungkus, karipap,keropok lekor & cucur legend ni (rujuk gambar dibawah). Pekena pulak dengan cincau, pehh...nikmat




dah kenyang, kami pergi membeli souvenir untuk kawan-kawan. Biskut Hong Piah, orijinel Ipoh mali.
jangan skeptical sebab bungkusan dia penuh tulisan cina. ada Halal Jakim tau. InsyaAllah bole dimakan tanpa was-was. Kuih ni pun ajaran Uncle Chew dengan Azahar masa aku kerja site dulu. kuih ni kira biskut tradisional kaum cina la. dalam dia ada karamel (original) ada yang brown sugar, oat pun ada. sepeket ada 10 bijik RM 9 je. cubalah kalau ke Ipoh.

ni kedai yang dekat Ampang. dekat Jalan Imbi KL pun ada
ni kuihnya, sedap.
cadang kami lepas borong biskut, nak p Gunung Lang, tetiba hujan turun sangat lebat, maka kami pergi merayap dekat Jusco Station 18, baru bukak gak. huh, dok dalam tu window shopping jelah.

kami merayap sampai lapar balik, dan kami dinner dekat restoran kegemaran aku, Nasi Lemak Ayam Kampung (nama restoren) dekat Jalan Yang Kalsom, selain ayam kampung, ada jugak ayam-ayam species lain di lorong2 belakang hehe..
malam tu kami menikmati dinner yang lazat ditemani game bola JDT vs TRW. menu kitaorang oder ayam kampung goreng, tomyam, & ketam goreng kari.

ayam kampung goreng
sedap ni
semua ditaja oleh Kak Syidah, Thanks
ada belut jugak kat sini.
Dah kenyang, dah meraikan kemenangan TRW, kami balik hotel untuk tido..


bersambung




dzuli




6 comments:

  1. Entry food time2 bulan puasa mmg mengundang kesabaran. Hehehe. Taiping dah, so terpaksa gi Ipoh plak ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..Ipoh tu dah jatuh wajib sebab dekat dengan KL hehe...eh..Selamat Berpuasa, sorry wish lambat :-)

      Delete
  2. Just to info... klu perasan ade dua pokok besar di Cucur Bonda tu, baru-baru ini dah tumbang akibat pukulan angin yg kuat. Mujur tiada kecederaan yg berlaku walaupun semasa itu semua staff ade termasuk 15 orang bangla sedang bubuh tar kt tempat makan. Mulai esok, cucur bonda berwajah baru

    ReplyDelete
  3. owh by the way, saya mohon untuk ambil photo cucur di hidangan anda tu untuk dijadikan banner baru di cucur bonda. segala keprihatinan anda saya dahului dgn ucapan terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh..takpe..maknanya lepas ni kalau saya pegi Ipoh boleh la dapat cucur free..gitu? haha :-)

      Delete
    2. hahaha... yg tu kene tanye tokeinya dulu...

      Delete