Tuesday, July 9, 2013

down memory lane trip - ipoh-Part 3

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan
semoga semua mendapat Ramadhan yang diberkati.
aku rasa Ramadhan kali ni bakal menyaksikan aku kena berbuka dalam kereta mungkin beberapa kali sebab workload yang boleh tahan. dah la rumah jauh dari opis. Tabahlah #demirakyat
Tahun lepas ada gak budak najah tu tolong masak untuk berbuka. takpelah kerja pun Ibadah jugak. pepandai la kasi balance

back to business, ewah
lepas Gopeng Heritage House, kitaorang meneruskan perjalanan ke Kellie's Castle. Dulu aku tak pernah pun teringin nak pergi. aku kan penakut sikit. lepas baca review-review blogger lain ditambah dengan kawan aku yang suka pergi photoshoot kat situ. aku teringin nak pergi. Dulu dalam tahun 2005/2006 dah pernah datang, tapi tak masuk dalam pun.
Sejarah Kellie's Castle ni dah ramai sedia maklum kot. Kellie ni meninggal akibat pneumonia, semua family dia pulang ke kampung asal diorang dan tinggal la tempat ni abandoned. Ramai warga tempatan cerita yang diorang nampak roh Mr Kellie ni berlegar-legar kat sini. (seram tak?)

dulu masa aku datang, takde lagi tulisan ni

pandangan hadapan (ke belakang?)

kella house. (asal)

corridor berhantu katanya (tingkat bawah)
corridor berhantu jugak (tingkat atas)

kawasan untuk party (party at the roof)

juga ada cadangan oleh Mr Kellie nak jadikan court tennis
4 tingkat uolls

kalau la siap, mesti gah bangunan ni

dah puas berphotogedik sakan, kitaorang terus gerak ke Ipoh
nak pickup seorang lagi jemaah iaitu kak syidah, warga Ipoh ni. singgah opis Kak Syidah.
solat kat situ, cas handphone semua sebab kami akan memulakan episode JJCM ataupun sesi menambah kolestrol.



bersambung..

dzuli

1 comment: