Friday, July 5, 2013

down memory lane trip - ipoh

Ipoh..
aku rasa bilangan perkataan Ipoh dalam blog ni telah diripit sebanyak 256987236 kali (ekzejerit)
yelah, permulaan karier aku kat situ, cinta ke _  kali pun kat situ jugak (haha).
karier- Alhamdulillah berkembang la jugak walaupun sedikit
cinta - dia dah kawin pun HAHAHA (ini capslock)
kat Ipoh juga tempat aku jumpa antara manusia-manusia yang baik dalam hidup aku ni . ewah.

so, last weekend kerana kaki bertambah gatal nak merayap-tapi-tak-boleh-cuti-sebab-banyak-keja
aku membawa diri aku dan diri kawan aku ke Ipoh.
itinerary memang takde. Plan dia jalan-jalan cari makan
kat mana yang nampak best, kitaorang akan singgah.
Tapi wishlist tetaplah ada. Hotel pun tak book, maka merasalah bayar mahal sikit dekat hotel bajet pun.
Tapi Alhamdulillah, trip berjalan lancar, nafsu tekak dapat dipenuhi & kenangan lama dapat diimbas secara tak langsung.

Jumaat malam, Ean (kawan aku) datang rumah
sempat jugak kami merayap kat Floria Putrajaya malam tu. tengok bunga api & boat parade.Aku dengan baju kerja, tunggu Ean kat TBS, pergi makan dekat Taman Warisan lepas tu terus pegi Floria.
sempat tengok persembahan orang makan api.

 


dapat masuk bilik aircond
lawa tanglung. siang cantik, malam pun cantik

lepas merayap dekat Floria, kami pergi ngeteh kat Old Timer coffee, Bandar baru bangi.
psycho je pukul 11.30 malam makan roti bakar cheese chocolate ngan Latte
kalau Kevin Zahri tau, mau ditarbiyahnya kitaorang. Unhealthy food bla bla bla..


jangan risau, bole buat sendiri

Balik rumah, letih gila
terus packing untuk esok. Konon nak gerak pukul 8.00 pagi,
kita tengoklah..


Bersambung


*blum sampai part dekat Ipoh lagi*



dzuli

2 comments: