Sunday, July 7, 2013

edisi makan-makan sebelum Ramadhan

Assalamualaikum
InsyaAllah, 2 hari lagi kita akan menyambut Ramadhan
harapnya sampailah kita kebulan yang mulia tu.

sebelum Ramadhan aku nak share makanan lazat yang aku makan 2-3 hari ni
Motiff? takde motif pun
kang share ketika bulan posa, tak baik pulak..

1) Pisang Cheese, Cibiuk
ini memang FTW, sedap gila. Lebih sedap dari yang aku makan kat Indo hari tu. ada choc syrup & strawberry syrup.

pisang Cheese

2) Nasi Paket ayam cobek, Cibiuk jugak.
mahapla, aku tak tau cobek tu ape,cibiuk (nama restoren) tu maksud dia apa. tapi ni restoran makanan   sunda.sedap. nasi paket tu mungkinla nasik dalam bungkus. 

macam set ayam penyek biasa, tapi nasik tu bungkus

3. Chicken Khabsah,Sana'a
restoren ni aku baca dalam blog & tgk rancangan JJCM. try nasi arab sini pulak. Not bad. Murah jugak. Set ni RM 10 je.

nasi sedap, ayam lembut. ada sup & sambal tomato

4. Cucur Bonda, Ipoh
ni tempat lepak masa keja site dulu. Cucur dia one of the best. kuah kacang. pekena pulak dengan cincau. Gerai dia bawah pokok je. Oder RM 3 dah kenyang. sesuai dimakan ketika sedang mengumpat boss. Tapi ketika ini, cucur ni dimakan sambil buat edisi flashback tahun 2010.

sedapnyaa..

5. Mee Kicap, Daud Mat Jasak, Ipoh
ini yang paling terbaik. bukan senang nak jumpa. Kalo kat KL, tetiba naik mengidam terpaksa la p Hometown Kopitiam, The Curve. Tu pun tetap tak boleh celen mee kicap pakcik Daud ni. Only in Ipoh tau.
sedap hoiiii..

credit pic :Ean

tu je...


dzuli

4 comments:

  1. Cucur bonda nmpk sedapppp,
    almklumla kat opis,boring!!
    mula la mulut & perut rasa lapar!!!

    ReplyDelete
  2. Dlm byk2 tu JM teringin nk mkn pisang cheese tu

    ReplyDelete