Thursday, August 1, 2013

edisi iftar - laman grill, Kajang


edisi iftar lagi hehehe..
almaklumlah, nak kongsi resepi, tak layak..
maka, aku kongsi jelah tempat-tempat makan best yang aku pergi
kali ni aku berbuka dengan Kak Azma. ni member aku paling mature dan bernas hahaha
yang lain-lain, otak sama level ngan aku je.

back to tajuk asal.
kami memilih Laman Grill. ni restoran chef zubir punya. ala juri masterchef malaysia tu
mula-mula nak makan ala-carte, takanak buffet
tetiba, masa kak azma sampai, rupanya ala carte start pukul 9.00
maka kami terpaksa amik buffet.
style buffet sini lain sikit, main course kita boleh pilih/order daripada beberapa pilihan
lepastu dessert, side dish semua boleh makan sampai pensan.

ada drama sikit bila satu family ni datang, nama dia takde dalam reservation
apa lagi..dah pukul 7 lebih masa tu, nak mengamuk gak la brader tu
akhirnya, dapat la jugak seat. kedai ni tak besar sangat. 


antara dessert yang ada. kami amik beberapa round ;-)
sup ni sedappp
main course aku, steak striploin ke tenderloin ntah
pilihan kak azma, salmon apakebenda ntah.
pilihan main course yang ada ialah chicken chop, steak, lamb shank. ada 5-6 jenis jugak. lamb shank dia nampak sedap. tapi yang kami order ni memang sedap belaka. spaghetti dekat salmon tu bestt

overall, puas hati la dengan harga yang dibayar. overpriced jugak tapi sama je macam korang makan kat Chillis ataupun TGIF kot. yang penting ni local brand, tiada alcohol dan halal.

apa lagi, bolehlah pergi try..



dzuli

7 comments:

  1. oh laman grill dah buka new branch ke kat kajang...tak tahu plak...ini sudah baguss....sedapnya nampak steak tu...dulu pnah pergi kat shah alam punya branch tu....sedapkan western food dia..nyummeh....

    ReplyDelete
  2. Haruslah pegi lagi:-)

    ReplyDelete
  3. DJ- aah, ekcelli dekat bangi,area cibiuk tuh...sedap gak la makanan dia
    anon@ kak azma kannnn? hahaha

    ReplyDelete
  4. best kan kalau ada member yg boleh di ajak iftar bersama..mcm JM ni..semua nk mkn kat umah je..huhuhhu..so tak ada peluang nak Iftar kat luar

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...meh iftar ngan kitaorang..ekcelli sekali sekala kitaorang memang akan iftar sama2 kat luar

      Delete
  5. Ni tak sabar nak balik malaysia bulan ramadhan mcmni.. semua orang cerita pasal makanan jer hahahah :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah...ramadhan ni temptation kat makanan lain sikit..

      Delete