Wednesday, August 28, 2013

membuka rumah di hari raya

Assalamualaikum
apa...masih lagi beraya?
haha..takpelah, ada beberapa hari je lagi dalam bulan Syawal nih

Ahad haritu aku ngan kawan aku telah menjadi host untuk open house
ya..ini pertama kali rumah aku dibuka untuk rakan-rakan yang bukan mahram. haha
maklumlah rumah wanita bujang kot, mana bole laki masuk, terbakar kaki diorang kalau melangkah masuk umah aku tanpa izin.

mula-mula sembang-sembang je ngan Zu
last-last betul-betul dia setuju.
yelah, untuk kami nak memasak dalam kapasiti yang bayak, memang la diragui kemampuan dan skill memasak kitaorang.
tapi..the result is  BERJAYA.
semua masakan menjadi, at least takde la epic fail dan dibuang ke longkang sebab gagal hehe.

menu-menu yang kami sediakan ialah spaghetti bolognaise, nasi impit, kuah kacang, popia goreng, bubur kacang, cupcake dan triffle pudding.

acara makan-makan bermula pukul 2 dan tetamu last meninggalkan umah aku around lepas maghrib.
memang la ada adengan wakward sikit, tapi akhirnya tujuan nak jumpe kawan-kawan di hari raya terlaksana. tu la objektif sebenar open house kan?

Usha gambar jelah.



serving container hanyalah pinjaman

bubur kacang -aku buat *ehem*

sos spaghetti - aku buat *ehemehem*

Popia goreng - Farhana buat

cupcake huduh -aku buat

apekehal ntah gambo nih

weolls

ada artis di hujung kanan ittew

bergambor ngan Faezah - terasa raksaksa


Isnin malam pulak, aku ajak jugak budak 2 orang yang back off last minute masa open house Ahad tu. tapi makanan tak meriah la, sebab weekdays kan. tak sempat pulak aku  nak masak- masak beriya-iya.


Spaghetti goreng ngan chicken ball

nasi impit kuah kacang semalam.. hiks


tu jelah yang mampu kitaorang sediakan untuk rakan- rakan
maklumlah, rumah pun serba kekurangan sebab umah bujang kan
InsyaAllah, lepas ni dah ada keberanian untuk open house dengan skala yang lebih besar kot :-P



dzuli

2 comments:

  1. kalau tak
    dah dpt merasa la akak dgn kapkek itu
    tak kira
    sila buat lagi sekali open house ini!!!
    (hehe)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah...tapi utk 2nd time saya akan berlatih lagi buat cupcake, yang tu tak sedap + hodoh

      Delete