Saturday, August 17, 2013

My Raya Story

Assalamualaikum..

masih lagi post raya blues?
masih di kampung halaman?
masih membakar lemang?

sudah-sudahlah tu haha...sakan sangat.

raya tahun ni antara raya paling simple untuk aku
memang takde mood langsung. ke laut mana ntah..

aku pulang ke Kulim hari selasa (29 Ramadhan) perjalanan memang lancar,
jem sikit dekat juru je. aku bertolak dari KL pukul 12 tengahari, aku sampai rumah dalam pukul 7
tu pun aku stop banyak sebab mengantuk hehe.

raya tahun ni pulak hanya kami berempat. abang dengan kak cik beraya rumah mertua diorang
lagi la memang takde mood. ketupat mak tempah je kat jiran. kami just masak rendang je.
kuih-kuih memang semua beli, takde satu pun homemade.

pagi raya, macam biasa je, lepas sembahyang raya terus cargas balik kampung
kali ni balik rumah Mak Njang dengan Mak Chaq je. aku bagitau abah aku malas nak p beraya rumah sedara mara lain.
raya kedua lagi lah..aku beraya depan TV je, lepastu tukang buat air kalau ada jiran/sedara mara datang beraya kat rumah.
raya ketiga, aku p tengok wayang citer Percy Jackson.

hmm..bukanlah raya aku tak bermakna
tapi tak lla semeriah orang lain kan.
memandangkan kerja yang berlambak kat opis, aku tak mampu nak extend cuti pun
hari isnin tu stuck dalam traffic jam, biasalah balik kampung craze kan
8 jam dari kulim-KL
nak berenti buang air pun tak sior, ramai bebenor

hari selasa dah start keja balik.

begitulah cerita raya aku. simple saja :-)

sawah padi kebanggaan rakyat kedah ;-)
sawah lagi

btw, takde gambar aku berposing dengan baju raya, tak sempat :-P


dzuli

3 comments:

  1. ala hai sedih nyer.. biasa lah tu.. mana tahu tahun depan akan menjadi raya luar biasa.. :D
    pape pun selamat hari raya aidilfitri..
    mohon maaf zahir dan batin D

    ReplyDelete
  2. Tak pe...thn ni tak meriah..mybe thn depan lebih meriah kalau berpasangan..in sha Allah...who knowsss kan..Aminnn

    ReplyDelete