Tuesday, August 6, 2013

Salam Syawal

Assalamualaikum..

sedar tak sedar dah hampir sangat dengan syawal
Ramadhan pun dah melabuhkan tirai untuk tahun ni.
pada aku, Ramdhan ni antara Ramadhan yang mencabar minda
3 projek yang aku tengah handle on serentak.
tambah lagi kena audit bagai..
nak cuti pun tak sampai hati.
sebab ni jugak almost setiap hari aku balik lewat, bukak posa dengan apa yang sempat je.
kadang-kadang meriah sebab berbuka dengan kawan-kawan
kadang-kadang lonely gila, berbuka sorang-sorang depan laptop
ada juga time kena berbuka dalam kereta dulu.

Pada Ramadhan ni jugak, boss kesayangan aku *ehem* dapat surat tukar department
tak tahu macammana nak gambarkan perasaan tu
out of beberapa boss yang aku pernah kerja, he's the best (setakat ni)
dah la semua projek aku under dia ( dia my immediate supervisor)
terus nak pitam aku rasa.
for me, he is my strength, bayangkan dia ialah  somebody yang ajar aku sesuatu benda tu from scratch sampai siap, terharu wooo.(kadang-kadang berdarah telinga kena bebel)
takpelah, perjuanagan tetap akan diteruskan. mungkin ini yang terbaik untuk dia
mana tahu, dia naik pangkat ke lepas kena tukar kan?
wish all the best for him & for me.. takkanlah aku nak peluk kaki dia sambil jerit "jangan boss, jangannnn" #drama

seperti biasa, bulan Ramadhan ni rasa mesti berbuka dengan orang-orang tersayang kan?
aku dapat balik kampung, awal puasa hari tu. dapat jugak berbuka dengan half of my family (abang aku tak balik).
dengan kawan-kawan banyak jugak la edisi iftar yang sempat dibuat. ok lah jugak.
all of them really made my Ramadhan more brighter :-)

shopping raya pulak, haha memang tak ada
tiada tudung Fareeda, Ariani ke ariana ke
aku ada beberapa baju yang baru dipakai sekali je. so, aku jadikan diorang baju raya
aku concentrate  kat barangan yang lebih multitasking macam kasut dengan handbag
tambahan pulak si Pkachan tu kena major service + tukar tayar
menangis aku melihat RM yang berterbangan dari mesin ATM
takpelah, demi kesihatan dia dan keselamatan pemandu dia InsyaAllah.

panjang la pulak bebel.
last but not least, aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin
sebagai seorang pekerja di bahagian rekabentuk jalan, pesanan aku dan JKJR 
"Pandu dengan cermat, ikutlah speed limit, Ingatlah orang tersayang dan orang-orang lain jugak "

kejap lagi nak drive balik kampung ni, doakan aku selamat sampai dan janganlah jem melampau-lampau

*aku bukan pekerja JKJR ok*

sapa nak datang beraya kat rumah , dipersilakan :-)



meriah tak opis aku?

dzuli

12 comments:

  1. Selamat Hari Raya, dzu..hati2 dijalan..moga selamat sampai ke destinasi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks zila..Selamat hari raya utk kamu jugak.. InsyaAllah, harap pun sampai ke kampung in one peace :-D

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Selamat Hari Raya Dzuli..jauh tu nak balik Kulim..hati2 ye memandu jgn lupa doa menaiki kenderaan

    ReplyDelete
  3. Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi
    Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa
    Dalam kelembutan lidah, ada keterlanjuran kata
    Dalam gurau dan senda, ada khilaf dan dosa
    Harap dimaafi segala-galanya
    SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN
    Semoga kita dirahmati Allah s.w.t sepanjang masa….

    daripada : TAYLOR Lautner

    ReplyDelete
    Replies
    1. huntung aku..taylor lautner wish..btw thanks mr. taylor..

      Delete
  4. Cik dzuli...
    Opis u mmg cantik..selamat berhari raya

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. selamat hari raya jugak...raya kat obesea ke??

      Delete