Sunday, September 29, 2013

denggi

Assalamualaikum

last week aku dapat penyakit yang tak disangka-sangka
mungkin ujian kecil dari Allah kan..maklumla, kadang-kadang bila lagho sangat
Allah kesian, dan bagi peringatan sikit.
so, ujian tu tanda Allah sayang tau..

mula-mula aku demam
aku ingat demam sebab kursus hari tu
aku makan ubat macam biasa, minum 100 plus, 
takde la teruk sangat. masih boleh pegi Alamanda tengok wayang..hehe
selasa tu, aku pegi keja macam biasa
kat opis tu aku perasan, aku naik rashes
dah cuak sikit, mintak half day kat boss
pergi klinik Zalfah kat Bangi tu, doctor kacak okeh
dia kata, aku memang ada tanda-tanda denggi, dia bagi ubat and suruh aku minum air banyak.
lepas tu aku tepon mak, abah suruh pergi buat blood test.
petang tu jugak aku pergi klinik Putrajaya buat blood test
platlet darah rendah dari normal, white blood cell rendah (ada tanda-tanda virus)
dah cuak dah.
balik tu beli 100+ dengan mineral water banyak. asyik minum je.

denggi ni takde ubat. kena naikkan platlet darah tu sampai normal
insyaAllah baik.
so, nak menaikkan platlet darah tu, aku google petua-petua
kiwi,100+, kurma, air daun betik, sup ketam (ni yang aku try la)
hari-hari aku kena ripit amik darah
lebam-lebam jugak la tangan. 
tapi Alhamdulillah, aku dah tak demam masa tu, masih boleh pergi opis buat kerja.
hari Khamis tu, platlet drop jadi 130, makin cuak
aku cuti hari jumaat and rest secukupnya

mak ngan abah risau, so diorang datang KL
terharu aku, rasa macam budak-budak, padahal dah tua bangka huhuu
mak masakkan sup ketam, abah beli air kelapa 5 bijik
weekend tu memang aku rest sungguh
baca jugak surah Al-Baqarah ayat 1-25 dengan 244-255 (kalau tak salah)

hari isnin, buat check up lagi
Alhamdulillah, platlet naik 190, white blood cell 5.2 , semua dah normal
maka, aku dah takyah ripit lagi. lega sangat
aku juga menjadi statistik denggi, hari-hari pejabat kesihatan call tanya macam-macam 
aku juga menjadi paranoid dengan nyamuk
hari-hari dok menyembur je..

terima kasih kat parents ngan family aku.
juga kawan-kawan dan boss yang concern

semoga semua dijauhkan dari penyakit ni..
Amin

kad pemantauan
5 kali buat blood test :-(

9 comments:

  1. Replies
    1. tula...syukur sangat tak kena warded

      Delete
  2. Aik? Doktor yg kacak tu tak suruh buat blood test ke dah ada tanda2 kena denggi tu? Pelik kejap, heheh! Saya pun pernah kena denggi ni, mmg tak larat satu badan, siap kena masuk hospital lagi for a few days, masuk drip, ambil blood test twice daily... Haish! Nauzubillah. Semoga kita semua tak akan kena lagi dan juga dijauhi segala jenis penyakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, doc kacak tu tak suruh pun buat blood test. (baru grad lettew..)
      memang rasa takut kena denggi ni. macam -macam fikir, maklumla penyakit takde ubat.
      Amin..

      Delete
    2. Oooo doktor kacak baru grad rupanya, hahaha!
      Tapi betul tu, mmg takut sebab tak ada jumpa ubat lagi so far. Waktu tu, every time ambil blood test mesti rasa cuak gila sebab result can go either way.

      Delete
    3. yup..tiap kali nak blood test, debar gila..dah la baca dalam internet macam-macam, ada yang hati bengkak la, berdarah hidung la...huu nauzubillah
      I assume je doc tu baru grad haha

      Delete
  3. done follow sini no. 30
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang@gmail.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete