Sunday, October 6, 2013

4 jam di cameron


Assalamualaikum

hari Selasa haritu, aku dipaksa pergi Cameron.
Cameron ialah salah satu tempat kat Malaysia ni yang aku sangat suka
last aku jejak kaki kat sini tahun 2011 tu
tapi, sebab kena p keja, keterujaan aku  down 50% haha

aku pergi pagi selasa dengan kak Syidah
kebetulan beliau kat KL, aku mintak tolong dia drivekan aku 
aku takut la jalan cameron tuh.

pukul 6.30 pagi aku dah memulakan perjalanan
straightaway, tak singgah mana-mana dah
kami berhenti breakfast kat gerai apa ntah, betul betul lepas masuk simpang pulai tu
sedap.

dah makan, naik atas
pergi meeting, bla,bla,bla
sejam je. heh !!
boleh pulak jumpe kawan aku Shiela tu
dia pun meeting kat tempat yang sama.

lepas meeting, kitaorang terus pergi Kea Farm
maklumlah, ada orang kirim strawberry basah la,kering la la, teh strawberry la
aku pulak nak beli ubi madu dengan jagung. 
sekejap je kitaorang kat Kea Farm tu.

Kea Farm- masih seperti dahulu

dah shopping kat Kea Farm, 
aku pergi tengok site jap
lepastu pergi Bharat Tea House
aku bukan suka sangat bharat ni, tapi nak pergi Boh sungai Palas tu jauh, jalan pulak menakutkan huhu
so, Bharat pun Bharatla...


atas: kuw teow kat simpang pulai
tengah: scones, sedap gak
bawah: teh earl grey dengan tuna sandwich
this is one of the reason why i love this place



Bharat Tea House

kat sini shopping teh sikit
beli teh strawberry untuk farhana
teh earl grey untuk aku dan teh biasa-biasa jugak.
lepas tu terus cargas ke Ipoh untuk hantar Kak syidah.
overall dalam 4 jam je kitaorang spend kat atas tu.
pukul 4.30 terus cargas balik KL.

Thanks Kak Syidah sebab drivekan I naik Cameron.
dah ada dalam kepala dah nak meripit lagi nih.

teh yang dipetik dekat Bharat

5 comments:

  1. Ha'a betul ..kalau ke Cameron suka tgk ladang teh tu...dh lama tak ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh pergi sebelum cuti sekolah menjelma..hehe

      Delete
  2. Ini pun salah satu tempat nak pi.. tapi baru balik Malaysia nie.. tak boleh nak berjalan sangat..
    by the way hebat jugak.. sehari suntuk lari dari KL - Cameroon - Ipoh - KL.. hehee.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. gitulah kerja hakiki...dulu dah biasa drive camni sebab HQ kat shah alam, site kat ipoh..sekarang ni dah jarang buat, lemau la jugak

      Delete
    2. tu la.. kita berkerja.. apa boleh buat.. but bagus la pandai nak selit2 kan masa untuk enjoy the moment :D

      Delete