Thursday, October 17, 2013

down memory lane trip, ipoh - part finale

Assalamualaikum

aku tertinggal part ni, trip ni dah la sebelum posa dulu, sekarang dah raya haji dah pun
Oh, Salam Aidiladha buat semua.
aku tak balik raya pun sebab cuti sehari dan kerja-kerja hakiki pun boleh tahan banyak memandangkan musim audit telah tiba.
semua company aku pergi kena audit, takde ke tempat takde audit heh?
audit system pulak tu, filing system la hape la.


Ok la, aku sum up la trip ni dalam entry ni sebagai pedoman untuk diri sendiri (dan pembaca, ada ke?)
pagi tu kami menyempurnakan lagi satu sessi JJCM, iaitu mee kicap mat jasak.
tau mee kicap tu ape? ni memang Ipoh punya specialty, susah nak dapat kat tempat lain.
gabungan mee dan kuah kicap yang pedas-pedas sikit dengan clear soup. pehhhh!!!
memang best la mee kicap ni. nasib tak oder 2 pinggan sorang.

Lepas makan, kitaorang gerak ke Taman Rekreasi Gunung Lang
motif? takde motif. saja je nak buang masa.
sampai je sana, ada MBI (majlis bandaraya Ipoh) punya family day. ape pun tak boleh. heh!!


ni jelah dapat

boat pun tak beroperasi sebab family day ni

Tasik yang dikelilingi oleh gunung batu kapur

cita-cita nak menyeberang tasik gunung lang tak dapat,
maka kami meneruskan perjalanan. hantar kak Syidah balik rumah dia dulu, peluk cium sikit sebagai tanda terima kasih sebab sudi menjadi tourist guide dan belanja makan. hehe
 
next destination ialah Gua Tempurung.
highlights of this trip la kiranya. Ean memang nak sangat caving.
tapi masa dan korum yang tak cukup, kami hanya mampu ambik tour 1 je (Golden Flowstone)
tour guide pun takde untuk pakej 1 ni. pandai-pandai la bawak diri.
tumpang je dengar penerangan tour guide group lain haha.
 

pintu masuk

pakej-pakej yang wujud

stalagtite & stalagmite

lalu je atas platform tu.

takut gak benda ni jatuh

limit untuk pakej 1

mengah jugak. tangga melambak-lambak

pandai-pandai la guna imajinasi utk bentuk-bentuk stalagtite tu

lampu-lampu dipasang

takde motif

dah abis merayap dalam tu, keluar la
sekejap je, dalam sejam je kot. rilek-rilek je.
masa kat luar memang la dahaga sikit, panas jugak dalam gua tu.
kat luar gua ada kedai makan dengan jual makanan ringan.
kami lepak sambil makan waffle dan jeli kelapa.



tasik depan gua
 
dah abis rileks, kami terus gerak balik KL semula.
lunch dekat RnR Tapah kot.
trip ni simple,dekat tapi cukupla untuk release tension.
 
so, ape nak risau kalau takde bajet / masa untukcuti ke obersea
Malaysia pun ok..:-)



dzuli

2 comments:

  1. dah comel gua tempurung ... kena pergi suatu hari nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...agak selesa. silalah pergi :-)

      Delete