Sunday, November 17, 2013

Langkawi-Part 1 (Soluna Guesthouse & Haji Ramli Seafood, Chenang)

Assalamualaikum
ya, memang dah agak lama aku berenti merayap.
banyak sebab seperti takde geng, banyak keja, takde bajet dan lain-lain
so, suatu hari ean (kawan aku) mengutarakan bahawa dia tension dan perlukan getaway
masa tu, projek aku baru lepas kena rijek, aku pun nak getaway
so, kami memilih langkawi sebab dekat, ada tiket promo dan adik aku kata best.

aku dilahirkan di kedah, tapi last aku jejak kaki di permata kedah ni ialah 10 tahun dulu
masa tu pulak, aku pergi sebab melawat nenek, so memang la tak berjalan sangat.
dataran Lang pun aku tak pernah jejak uollsss.

tiket beli masa Malindo air promo RM 78 return
ni kali ke 6 la kiranya aku naik Malindo air
agak puas hati dari segi ketepatan masa.
tapi, kalau tiket harga biasa memang agak mahal dari Air Asia.
dia ada in flight entertainment (macam MAS) dan ada light snack.


Malindo Air.

Alhamdulillah, perjalanan berjalan lancar. tiada drama atau adengan kejar mengejar seperti masa nak pergi Perhentian dulu.
Faezah tak dapat join sebab dia busy dan Zu pulak sibuk mendaki Kinabalu pada tarikh yang sama.
so, 2 is better than 1. kami berdua sajalah.

Kami touchdown Langkawi Airport lebih kurang 6 petang. terus keluar cari kereta sewa. dapatlah kereta wira dengan harga RM 150 untuk 3 hari. Kereta yang sama dengan Zara :-)

Lepas dapat kereta, terus cari guesthouse kami untuk check-in. Kami booking Soluna Guesthouse sebab aku baca dalam blog Zila. Harga RM 65/night. Guesthouse ni jauh sikit dari pantai, dekat area laman padi tu. tempat lepak ramai backpackers mat salleh sebab ada dormitory.
untuk harga RM 65, don't expect much. tapi puas hati la gak. ada air cond, bilik air bersih, bilik pun ok. TV takde dalam bilik. wifi ada, tapi 2 hari aku lepak macam tak ok je wifi diorang. staff dia pun very peramah.
kalau bajet tight, tapi nak comfort aku suggest guesthouse ni.
yang best, surrounding dia, padi menghijau, very kampung la. peh...saujana sungguh.
bila dah dekat dengan bendang, masalah utama ialah nyamuk. sebagai bekas pesakit denggi, aku cadangkan bawak/beli ubat nyamuk.


ni macam office dia la. bole lepak tengok TV, baca buku
ni area bilik dan dorm. macam kat Cafe Lava, Bromo


Lepas check-in, kami pergi usha pantai Chenang. 1st time aku datang Chenang ialah masa aku darjah 2. hahaha..masa tu memang pantai semata. sekarang tidak lagi. ada banyak hotel, beachbar, kedai-kedai. Happenning la jugak. kitaorang nak cari barang keperluan sikit dan makan. Aku baca blog, ramai jugak suggest Haji Ramli Seafood. so kami try.

aku suka benda ni

Masa kami sampai, around 9.30 malam. orang pun dah tak ramai. so senang je duduk dan order. makanan pun tak tunggu lama sangat. Menu malam tu ialah Tomyam, kerabu seafood, sotong goreng tepung dan telur dadar. not bad. boleh tahan. Harga pun murah jugak dalam RM 38 je untuk semua tu. makan sampai tak habis huhuu.



Lepas makan, terus balik untuk aktiviti esok.


dzuli 

4 comments:

  1. Replies
    1. dekat oriental village pun ada satu..

      Delete
  2. setuju.. naik Malindo air best kot.. kapal terbang baru :D
    Langkawi pun best kalau nak rileks tension ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..harapnya servis makin improve, bukan makin teruk.
      ya..langkawi memang best, baru sekarang mengetahui hakikat itu..haha

      Delete