Wednesday, November 20, 2013

Langkawi -part 2 (island hopping, Laksa Ikan Sekoq)

Assalamualaikum *mulut mengunyah Ritter Sport Cocoa Mousse yg super sedap dan murah*

okey, sampai kita ke hari kedua di Langkawi.
hari yang dipenuhi aktiviti dari pagi-pagi sehingga malam hari

malam semalam, masa kami berjalan-jalan di Pantai Chenang,
kitaorang usha-usah gak pakej island hopping. baca dalam beberapa blog and info daripada abang aku
price island hopping should be around RM20-30/pax
so, jumpe satu tempat tu RM 30/pax. ok la kot sebab pickup dari guesthouse/hotel
naik dari awana. Kalau walk in, should be lagi murah.
ni standard punya island hopping, merangkumi Pulau Beras Basah, Tasik Dayang bunting dengan Eagle Feeding.
semua ni around 3-4 jam.
pagi-pagi lagi, van dah datang pickup kitaorang dan beberapa guests lain dari hotel-hotel area chenang.
sampai je jeti, terus naik boat..nak beli air ke makanan ke semua tak sempat. takpelah, 3 jam je pun
tapi ada la kitaorang bawak makanan ringan sikit.

Jetty
pemandangan indah di sepanjang perjalanan

mula-mula kat tasik dayang bunting. tasik natural di tengah pulau. katanya sapa nak mengandung minum air tasik ni. Geli kot, jangan buat..haha
Ramainya manusia,dah macam party dah. kena berjalan menaiki tangga around 5 ke 10 minit jugak untuk sampai. Kat tasik ni bolelah kalau  nak mendayung sampan or berenang. Aku dengan ean lepak-lepak je. dalam sejam. Kat sini pun banyak monyet. Ean punya air oren yang dibeli dengan harga RM 4 telah dicurik oleh mereka hehe.

ada orang tengah buat repair works
tangga- ada construction nak buat tangga 2 lane 2 way.
pelantar FRP. boley duduk-duduk

lepas Dayang Bunting, kami ke eagle feeding. dek kerana aku tak bawak DSLR sebab charger hilang, maka hanya melihat dari kejauhan. Helang berterbangan, banyak jugak. Boatman kata helang-helang ni kenyang sebab banyak sangat makanan due to cuti haritu. Kalau 30 bot sehari semua bagi makanan tak larat la diorang nak makan, sebab tu lagi banyak yang dok melepak atas pokok je.


ni paling jauh camera aku boleh zoom.

berterbangan bebas

Last but not least ialah Pulau Beras Basah. Masih jernih dan terpelihara. Dekat sini nak mandi pun boleh, nak main water sport pun boleh, nak sun bath juga boleh.
Awas, pun monyet banyak. Takde tandas semua, pandai-pandai la salin baju kat celah-celah pokok. Aku ngan Ean tak mandi pun, busy dok tengok mat-minah salleh kissing2 dalam laut.





balik island hopping around pukul 1.00 kot. kami rehat-rehat dulu kat hotel, mandi, solat semua dan keluar mencari makanan. Lapar gila. Tibalah masanya untuk mencuba Laksa Ikan Sekoq yang digembar-gemburkan itu. Lokasi dia dekat jalan nak ke airport. Not bad la laksa dia, kami juga pekena rojak dan cendol. Cendol agak kurang ohsem, rojak ok.

nampak signboard ni? ni la tempatnye
Laksa yang dilengkapi dengan seekor ikan rebus
Rojak dan cendol untuk mengisi ruang perut.

Dah kenyang, marilah kita meneruskan ekspedisi meneroka pulau ini

Bersambung...


dzuli

9 comments:

  1. Langkawi tak pernah pergi lagi.. seronok baca dan tengok tempat2 menarik di Langkawi..
    RM 30/pax untuk island hopping ok la tu.. oh laksa ikan sekoq tu biasaq ja.. ok take note..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempena tahun melawat Malaysia 2014....let's go
      haha.
      tapi hantu laksa macam saya ni, semua laksa saya rasa sedap jeee

      Delete
    2. itu lah dia.. semenjak balik malaysia hari tu.. dah melawat 3 negeri.. nak cukup kan lagi dua kedah dan perlis .. bulan 12 nanti :D

      Delete
  2. Laksa dengan ikan sekoar...hati-hati makan karang tercekik tulang heeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la...kalau asyik sangat, boleh tercekik tulang

      Delete
  3. Did mine too! Rasa cam looser gile since i've delayed it for quite sometime! Our itinerary more and less the same. We shall go for a trip sama2 la next time.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ajaa...
      kitaorang dah plan nak ripit Langkawi ni sebab nak try mangrove tour, air terjun, Kilim Geoforest and gunung raya. boleh macam tu? haha

      Delete
  4. ada yang kata
    kita dah kacau helang2 tu
    depa dah tak hunting sangat nak cari makan
    depa tunggu je bot datang dan bagi makan
    which is unnatural

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..saya pun dengar camtu jugak. dah mengganggu food chain area sini kan..

      Delete