Monday, November 25, 2013

Langkawi -Part 3 ( Buffalo Park,Parasailing at Perdana Quay)

Assalamualaikum
*masih lagi mengunyah coklat murah*
hari kedua di Langkawi belum tamat. selepas kenyang makan laksa kami meneruskan perjalanan ke Buffalo Park. Tau tempat ni lepas baca blog Janggeltrekker.
Lokasi dia dah tak ingat la, kampung apentah. Jauh sikit dari chenang, (boleh tgk kat website diorang)
kat sini kawasan penternakan kerbau secara moden gittew. Kerbau tak mandi sawah tau, mandi aip paip.
ada jugak tunjuk tempat pemprosesan cheese, aiskrim dan lain-lain.
busuk sikit, tapi ok je, bersih kandang dia.
bayaran masuk RM 3 je, kitaorang datang petang, kalau pagi bolelah jugak tengok cara pemerahan susu kerbau. Masa kat entrance, diorang bagi try susu kerbau. Not bad sebab susu tu dia masak dulu. masih panas dan tak de bau pun.

sambil dok usha-usah kandang tu, pakcik tu datang explain kat kitaorang.
kebanyakkan kerbau kat sini bukan Kerbau, diorang ni Sapi.
ntahla..hahaha. Ada yang baru bersalin jugak. dapatla kitaorang tengon baby kerbau.
Ada jugak kafe yang jual produk-produk macam stik kerbau, aiskrim, yoghurt, cheese semua.
kitaorang try aiskrim je sebab dah plan nak pergi makan (lagi) dekat The Loaf.

Buffalo Park
Suasana lepas hujan, berkabus lagi
seorang koboi tengah nak bagi  kerbau makan
aiskrim susu kerbau. Sedap jugak. RM 2 je


Selepas melawat kerbau-kerbau, kami pergi ke Petronas Quay dan Perdana Quay (sebelah-sebelah je pun). tujuan untuk minum petang sambil menyaksikan sunset disebalik kapal-kapal mewah.
Lokasi mestilah The Loaf. Jangan risau, The loaf ni dah bersepah dekat KL. Amik port kat luar restoran sebab bahagian dalam ada orang reserve untuk Hi-Tea. masa kami sampai roti pun dah banyak habis. Ean order Club Sandwich (sedap), aku plak minum coffee special apetah. Bayangkan ice cube dari ekspresso dan disirami susu panas. Jadilah coffee yang sedap sehingga menjilat gelas.






dah kenyang, kitaorang jalan-jalan la dekat situ. Tetiba kami didatangi 2 jejaka

Jejaka: Nak parasailing
Ean    : Berapa? (dengan excited)
Jejaka : kalau normal RM200, tapi kami bagi discount rate RM 95
Ean     : Berapa lama?
Jejaka : 30 minit, 10 minit diudara.
Ean     : Takleh murah lagi ke (semalam kami recce kat chenang dalam RM 70)
Jejaka  : Kak, ni parasailing lain bla..bla..bla..naik boat, Nampak pemandangan telaga 7, cable        car,bla..bla..bla (pengiklanan berkesan), kami ni ada insuran bla..bla bla
Ean dan aku : Takpelah, nanti kitaorang fikir dulu. Boleh bagi card, kalau ape2 weolls call.
Jejaka  : Bagi no fon dia
Aku ngan Ean  berlalu untuk menyambung sessi photogedik


sambil jalan-jalan kat Petronas Quay tu, tetiba Ean cakap "wei, aku nak la" terus kitaorang call jejaka tu, pergi balik kat tempat tadi dan uruskan pembayaran. Yaaa...yang parasailing Ean je kerana akak seorang penakut. tinggi woh. 230m dari paras laut..wuuwuwuwuw...mau hysteria aku.

sepatutnya Ean sorang je yang dapat naik bot mewah tu, tapi kerana aku dan Ean ni muka baik-baik (ehem), brader tu bagi aku naik sekali (sebenarnya sebab hari dah petang and boss dia pun dah balik). serius best gila. Bot macam cerita James Bond tu. Terasa kaya sebentar.
Parasailing ni lain sikit,dia guna maca machine la utk release dan pull balik cable tu. bukan style lari-lari-tarik-tali tu. tayah lari pun. Company ni licensed and insured. sebelum buat, kena sign insurans dulu. maka, kalau nak try, pergi je kat Perdana Quay, nampak opis diorang  nama "Naam" ada gambar helang, pegi ketuk pintu cakap "abam, weols nak parasailing murah". 
ada Jet Ski jugak. RM 95 utk sebijik jetski ride 30 jam kot
Ean cakap memang best. (jangan tanya hakak, hakak tak tau)

Masa kami buat aktiviti ni lebih kurang pukul 6.30 ptg camtu.
Bayangkan menyaksikan sunset dari tengah laut, berlatarbelakangkan Thailand dan Berjaya Resort. Pehhhhhh... Priceless.
tapiiiiii...jika dengan family haruslah kena marah sebab berlegar-legar dilautan time maghrib. Hiks

ni la bot tu. brader tu tengah set up alatan parasailing.
yaah, payung dah mengembang
tudia Ean, Like a boss 230m dari paras laut
gua merangkap photographer juga enjoy the moment
chanteknyaaaa Subhanallah
waaaaaa...
bot nelayan.

around 7 lebih, kami kembali ke daratan
setelah mengucapkan terima kasih atas layan super A dari jejaka-jejaka itu
kami meneruskan perjalanan untuk mencari makanan (makan lagi)
dan menikmati nightlife di pantai Chenang.

Dinner untuk malam ni, kitaorang try Artisan Pizza. Only in langkawi yow.
diorang boleh buat penghantaran ke bilik hotel
sedap jugak dan agak murah. untuk 2 orang makan baru RM 24.
Lepas makan tawaf seround Chenang cari souvenir dan balik tido.

Tamatlah hari kedua di Langkawi.



dzuli

5 comments:

  1. dulu nak pegi ke buffalo farm tu..sampai on the way nak smpai ke sana laluan di penuhi air (banjir) terus berpatah balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa kitaorang pergi pun cam banjir sikit...tapi redah je..

      Delete
  2. waahh.. dah main terbang2 sekrang nie :D best nyerr.. Buffalo Park tu mcm berlawan Dairy Farm di Kundasang jer huhuuu.. but susu kerbau terbaru ni..boleh try nnti :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi buffalo park ni kerbau dia sikit, sekandang je

      Delete
  3. gambar sunset sangat santek wwohh!!

    ReplyDelete