Saturday, December 21, 2013

langkawi - part 4 (Cable Car, Oriental Village & Laman Padi)

Assalamualaikum

sambungan episod langkawi yang dah 2 kurun berlalu tu
hari ketiga di langkawi.
wajiblah kiranya pada sesiapa yang datang Langkawi ni naik cable car ni. (Jatuh taraf wajib tu)
terletak di Gunung Mat Chinchang dan ketinggian lebih dari 700m dari paras laut
menyebabkan si penggayat macam aku ni ketaq lutut hihiii

pagi-pagi buta lagi aku dah datang sini
taknak beratur panjang dan taknak buang masa
tiket RM 15 utk mykad.

mula-mula jalan dekat oriental village dulu
lepas tu baru beratur beli tiket





tudung tak Iron..hehehe
  
Sebagai rakyat kedah yang pertama kali datang sini
jakun jugak la..cantik woh
rasa macam sedang menggapai awan (bukan awang kucing kakcik tuh)
memang breathtaking la kiranya





katanya suspension bridge ni dah ditutup selama-lamanya

observation deck


lepas merayau-rayau kat situ
kami singgah laman Padi
saje je nak amik gambar sawah padi. masa ni baru lepas hujan.
cantik jugak la tempat tu





balik dari Laman Padi, kami check in hotel lain pulak
malam last katanye, nak duk hotel best sikit
kami amik Landcons Hotel. dekat dengan chenang Mall tu
RM 100/night. biasa-biasa aje. macam hotel bajet la. tapi bilik agak besar.

Landcons Hotel, depan underwater worls
Lepas rilek-rilex,
kami pergi pekan Kuah nak soping coklat
haaaaa..amik kau, coklat dekat 3 guni (banyak kiriman orang je sebenarnye)
pegi beli coklat dekat HIG dgn THS.
balik tu sambung lagi beli dekat Ole-Ole langkawi, Chenang Mall tu..hihhiiii
Hasil tuaian kami


bersambung

4 comments:

  1. setalah bertahun2 ' under maintenance' .. tutup selama-lamanya sebenarnya ya??!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengarnya macam tulah..katanya x selamat. sayang betul

      Delete
  2. Nasib baik JM sempat jalan2 di suspension bridge tu semasa ke langkawi pada FEb 2012....View mmg cantik dari sana...alahh..RUGI lah kepada sesiapa yg pergi selepas itu

    ReplyDelete