Tuesday, December 31, 2013

throwback 2013

Assalamualaikum

hari terakhir 2013. InsyaAllah esok dah masuk tahun baru
bagi aku, takde beza pun tahun baru or tahun lama
It just a matter of time, chewah wah wah
cuma, usia meningkat jelah.
usia yang meningkat berkadar langsung dengan penuaan, pengalaman hidup dan pertambahan komitmen hidup
komitmen tu boleh jadi macam macam
contoh : beli kereta baru- komitmen, kawin- komitmen, tambah anak- komitmen, kerja baru-komitmen. bercita-cita nak around the world in 80 days- pun komitmen

Imbasan 2013 atau lebih mainstream dipanggil #throwback 2013

1) Life - Takde la banyak beza sangat. Masih tak kurus, masih bekerja di tempat yang sama dengan Mei 2012, masih single..wahahahahaha. Tahun ni improvement dari kadar balik kampung dengan kekerapan setiap bulan sekali. walaupun sibuk macammana pun, pokai ke ape ke, Ibu bapa kat rumah tu kena la jenguk jugak. Tanggungjawab tu. oh, aku juga kena denggi tahun ni. pengajaran terbesar ialah " sihat sebelum sakit"

6 hari ambik darah

2)  Job -  kerja tahun ni memang exciting bila aku diberi kepercayaan untuk handle beberapa projek yang agak mencabar. Thanks to semua bosses sebab mempercayai staff yang mempunyai penyakit mood swing ni. memang agak busy tahun ni. bukan aku je busy, satu opis pun busy. kadang-kadang kami mengular jugak untuk release tension (contohnye hari ni). Paling memberi kesan kepada department kami bila seorang boss tu terpaksa berpindah. dengan pasrah kali melepaskan beliau. nak buat macammana, kuasa bukan ditangan kami pun.


projek terbaru, letaknya di sini
di negeri ni pun ada satu..

3) Travel - ada la improvement sikit dari tahun 2012 which is completely on hiatus, ada la pergi obesea sekali (Surabaya- Jogjakarta), beberapa tempat dalam Malaysia yang agak mainstream seperti Perhentian dan Langkawi. Syukur walaupun sikit je tapi each destination give a different experience. pinjam tagline MAS "Journeys Are Made by the People You Travel With" haaaa gittew.
Alhamdulillah, people whom I travel with ialah yang terbhaekk. walaupun weolls terpaksa naik keretapi kelas bisnis, tido hotel murah dan berjalan kaki beberapa kilometer.

Thanks dekat kawan-kawan yang menjadi travel mate (masa travel), best friends (masa ada problem), housemate (budak kecik baju oren tuh), coffee mate (masa mengopi) dan wayang mate (masa tengok wayang).

Kak Azma akan bertolak ke Melbourne esok, hilangla sorang member mengeteh. Bye babe..stay safe, Ingatlah Malaysia tersayang kerana Malaysia need wise people like you. Jangan brain drain kat sana pulak haha. Kalau dapat husband mat salleh, jangan lupakan I, sambungan The Hobbit you tetap kena tengok dengan I tau

Bromo ( yang tengah tu akan fly ke Australia esok, Ayem jelly)
Perhentian (species terlebih gula semuanya)
Langkawi ( aku tak kenal pun diorang ni. haha, tapi thanks for the ride)

Happy New Year
yang baik kita kekalkan, yang buruk kita tinggalkan
InsyaAllah




dzuli

11 comments:

  1. amboi cheq, ada cita2 nak dpt husband mata biru jugak ke? hehehe

    apa pun, selamat tahun baru dzhu...moga segala impian dan hrapan utk 2014 akan berjaya dilaksankan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin... mata biru ori nak..
      mata biru contact lense korea mintak jauh.. hehe

      thanks. happy new year jugak

      Delete
  2. Kalau husband spek biru tak leh hahahaa.. apa pun semoga berjaya untuk coming 2014..
    Ceria dan bahgia selalu .. :D

    ReplyDelete
  3. Hepy new year buat Dzuli...tak kurus pun tak pe..janji sihat dan comei heee

    ReplyDelete
  4. tak pe..
    kalau ke Melbourne,, boleh lepak rumah dia..

    salam tahun baru awak!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa.. tulah pasal. kena menabung la start 1 Jan 2014 ni

      salam tahun baru jugak utk Dr.

      Delete