Sunday, January 13, 2013

Tempat Jatuh lagikan dikenang-Pahang


last week, kerana tugas aku terpaksa membawa diri aku ke Jengka Pahang.
Jengka ni salah satu gugusan Felda,
sebagai seorang yang pernah dibesarkan selama 20 tahun dalam environment Felda,
makanya, another "down to the memory lane"
tapi aku tak pernah pun dok jengka
then projek yang aku involve ni bakal memberi manfaat kepada penduduk felda
maka, akhirnya, ada jugak sedikit tugas "fardhu kifayah" kepada penduduk Felda..ewahhh

dulu nama dia bandar pusat jengka
                          
kerana itu jugak, aku bertapa di Bukit Gambang Resort City ni selama seminggu T_T
overall resort ni ok, tapi jauh dari bandar. memang sesuai la kalo nak buat aktivivti ilmiah, sebab orang susah nak ngulo hehehe
bilik ok, food ok,seminar room ok semua ok
tapi toiletries macam shower foam nagn lotion tu takde..huhuu.
dah seminggu aku mandi guna sabun bulat hotel tu (sapa suruh ko tak bawak)
oh, kat sini ada dua jenis hotel
Carribean Bay, dengan Arabian Bay and kami stay kat Arabian Bay.
(lupa amik gambo unta kat lobby)

bilik kami.
pemandangan resort yang sayup
breakfast hari pertama kot.


dah setel 5 hari memerah otak, berhempas pulas, 8.30 a.m-11.00 p.m almost setiap hari, akhirnya jumaat yang permai, kami dah boleh pulang. perasaan dia sangat bahagia. macam budak-budak asrama dapat balik hujung minggu.

kemudian, satu lagi masalah ialah aku lupa bawak kunci rumah. sampai KL around pukul 1.00 p.m
adik abis exam pukul 5.30, farhana abis keja pun pukul 5.30
maka ada 4.30 jam untuk dihabiskan di TBS.
mengheret seekor nak gajah di TBS memang leceh.limit my pergerakan..heh
so futura 70l, come to mama plis !!!

anak gajah yang diheret kesana sini

tapi, syukurlah TBS ni banyak kemudahan, free wifi, tempat sewa laptop & tablet
dekat bawah tu (level 3), excutive lounge tu (biasanya utk pengguna bas Nice), dah open untuk public
macam set yang aku amik untuk gambar kat bawah ni just RM 4 je, sekali dengan sejam penggunaan tablet. (tablet diorang punya)
so, takdelah boring sangat. sementara nak tunggu adik aku pickup.

boleh didapati di Executive lounge, TBS
so, minggu ni bermula semula episod kepejabat seperti biasa, jem seperti biasa dan Monday blues :-)

dzuli

Wednesday, January 2, 2013

kerja 2013

1st day working on 2013 (or 1st working day on 2013?)
my english is worst (kata seorang ex- superior aku tahun lepas or tahun sebelumnya)
feduli ape aku, worst-worst pun A memanjang le dari sekolah sampai Uni (riak)

hari ni:

  1. pukul 6.30 traffic dah build up kat highway-highway yang aku terpaksa lalu utk pegi opis. maklumla semua azam baru spt "taknak dah sampai opis lambat", "nak bawak bekal je sepanjang tahun ni, jimat sebab nak kawin" dan lain-lain. Takpe, kita tunggu 2-3 minggu lagi.
  2. apekehal ntah,satu sistem yang dibangunkan oleh organisasi untuk update cuti,update prestasi dan lain-lain tu masih belum berfungsi. rasanya dekat 2 bulan dan dia masih sengal ubi
  3. Printer pun tak boleh guna, server down ke ape ke ntah. eh, dah 2013 pun masih ada istilah server down ke? 
  4. daya imajinasi masih lemah, tak dapat nak imajin gambar 5R ngan 6R tu beso mana, so, tersalah print gambo kawin kak cik..kah kah kah..I photostat kaler je boleh? A3.
  5. baru lepas buat budjet utk trip, walaupun negara asia tenggara je, tapi makan beso jugak ek. ingat ala-ala kadar jah.
  6. tengah struggle lagi guna auto cadd 2008, belum lagi 2012, kang ada plak orang datang bagitau "autocadd 2008 is so yesterday"
karutan pertama 2013. sekiang




dzuli