Wednesday, February 27, 2013

friends & motherhood



last weekend,
aku ngan rakan-rakan yang dah bergelar ibu
hangout sikit kat mid valley

dan, tak pasal-pasal aku ngan zu yang belum jadi ibu ni pun
ecing-ecing kena jadi ibu
yelah, kawan aku (lin) datang dengan anak dia je
so kena la tolong jaga sekejap masa Lin nak makan & nak bancuh susu
tolong tolak stroller
haha..aku memang noob
yelah, adik-adik beza umur tak banyak
tak pernah pulak aku nak menjaga diorang masa baby

US
dah hangout dengan mak-mak ni
banyak la citer pasal pengalaman bersalin T_T
jenis stroller, jenama susu
perangai budak-budak
baru tahu kann?????? dulu nak melawan mak je kerojenya hehe (sekarang insaf sikit)

akiff & maknye, Azzalea & maknye
abang akiff nangis, adik azza chill je ;-P

overall enjoy jugak la mini gathering hari tu
kalau dengan singles, isu berborak lain
selambe je boleh cakap benda-benda takyah censored *ehem*
tapi bila dah depan ibu bapa & depan kanak-kanak, tidak boleh :-D
setiap perkataan yang keluar kena melalui tapisan halus dulu

oh, venue kami on that day ialah SEED Cafe, Mid Valley
yeah, SEED jenama baju tu
highly reccomended, ambiance best, coffee best, harga ok (tak mahal, tak murah),
customer service A (penting)
sebenarnya tengah hari tu, kami dah pekena Chiken Rice Shop dulu
so kat SEED, layan japanase cheese cake dia yang super sedap tuh..
masa lepak kat cafe tu, 2-2 budak tu tidur, so apa lagi, hangit la mak-mak dia bersembang.
bila kawan-kawan dah ada anak, and they call us auntie
alamak..dah tua kami ni rupenye :-)

japanese cheese cake & blueberry cheese cake

so, uolls..hopefully kita lepak-lepak mother's style lagi :-)



dzuli

Sunday, February 3, 2013

aku,UBSB dan dia

semalam hari wilayah
maka, aku cuti
tapi selangor tak cuti, maka ku ambil kesempatan itu untuk melawat rakan-rakan lama dan bos-bos lama
ekcelli sebab ada hal sikit
dekat UBSB,
memang banyak aku mention kat blog ni
tempat kerja paling bersejarah dalm hidup aku (setakat ni) hahaha

masuk je, still lagi kak Zarina kat receptionist tu
bau opis tu pun sama
Nad, Liza,Fazuan, Kak Zizah,Kak Miza
semua masih ada kat tempat diorang
bekas meja aku dah jadi hak milik QS baru :-)
Ya Allah, rindunya saat-saat kat situ
tapi tempat kerja sekarang pun OK..maka bersyukurlah

En Kadir dah jarang masuk opis, so banyak management work diganti dengan Encik apetah (tak tau nama)
Encik tu agak baik, soft spoken (my 1st impression) hehe
Suami Kak Miza pulak, dah pulang ke Rahmatullah. Arwah kena heart attack ay the age of 45. But I believe she is tough to handle all of it.

En Hafiz..still macam En Hafiz, baik & soft spoken
bila aku bagitau yang aku dah keja kat company "J" sekarang
diorang cakap "Alhamdulillah"

yang paling tak boleh blah, aku siap melepak & bergossip lagi dengan diorang,
mintak password WiFi la, print surat-surat la hehe
Lepas semua hal aku selesai, dalam pukul 4 aku gerak pegi the curve untuk jumpe Kak Azma

tiket parking yang masih sama,ehehe


percaya atau tidak, aku sampai The Curve pukul 6.30 petang. Jem taraf naga, sampai he horizon gamaknya.
adoii, kalah jem kat KL peak hours tau. maybe sebab KL cuti, ramai-ramai warganya nak p soping kat IKEA pftt.

traffik sesak di kedua-dua arah

Dah puas meredah jem..apa lagi
dinner ala-ala naga la.
kitaorang amik meatball,popia,chicken wing,cake,prawn salad, coffee &tea
puas hati
Oh, InsyaAllah Kak Azma akan berangkat ke tanah suci 5 Feb ni.
semoga beliau selamat pergi & kembali dan dapat menunaikan ibadah dengan sempurna.

meatball tak habis,chiken wing tak habis..rugi

Main point here,
tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat mencari rezeki suatu masa dulu.

dzuli