Sunday, March 31, 2013

putrajaya hot air balloon (PHAB) festival-part 2

Assalamualaikum..

masaklah...ada part 2 pulak haha
pagi tadi, dengan perasaan tak puas hati, aku pergi layan lagi seround
dengan harapan dapat masuk launching field
selepas baca blog kakiberangan semalam, sebab dia kata sapa ada DSLR boleh masuk launching field
tapi, tetiba hari ni management strict pulak, mungkin tak bagi ramai sangat kot
pastu ada crew yang kerek semacam bila orang mintak nak masuk
malas lah..dah la aku solo, kalo berkumpulan bolelah bahan balik mamat yang kerek tu hahaha
takpelah, tapi aku lepak agak dekat la ngan launching field
so dapatla tengok camne diorang mengembungkan belon tuh, berlari-lari kat dalam tu
just untuk memuaskan hati pengunjung.
*tepuk untuk abang kakak adik crew*
seronok la plak, tahun depan nak apply jadi crew hahahaha

cara-cara mengembungkan belon
terbakar ketiak abang tu hahaha
sebab ni kot, dia dipanggil hot air balloon
balloonist dah masuk dalam bakul
photographer lagi ramai dari crew
kalo tercocok monumen alaf bari tu, pecah tak belon nih? #hambar

hari ni last day
so, kalo panjang umur dan putrajaya tak dirampas #ehhhh
insyaAllah, dapatlah kita join lagi event ni untuk tahun-tahun seterusnya

by the way, aku rasa events ni memang photographer/peminat fotografi heaven
melihat kepada amaun abang-abang dan kakak-kakak berkamera besar lagi canggih di sini
*sorokkameradanbalik*


dzuli

Saturday, March 30, 2013

putrajaya hot air balloon festival (PHAB) 2013

Assalamualaikum

ini dia..antara event kegemaran rakyat Malaysia
Putrajaya Hot Air Balloon Festival 2013
mengenangkan peristiwa tahun lepas yakni, aku tak dapat tengok hatta seekor belon pun yang dipersembahkan pun (sebab tak check schedule dan lain-lain halangan)
kali ini aku lebih determined..yeah

pukul 7.30 a.m aku dah terpacak kat precint 2. lambat sikit, ada belon yang dah dikembungkan
tapi belum naik lagi
emcee hari ni ialah Phat Fabes, BM hazab..sedih aku mendengarnya, tapi overall best la dia emcee.
sebab awal lagi, parking best, port nak menembak pun best

belon untuk pengunjung naik, kena bayar ek
tempat belon-belon berkumpul
clown
raksaksa & monyet
smurf dibelakang willy...nyanyi lalalalalala
sim kad gergasi. mungkin utk henfon raksaksa diatas
hijau kuning tu putrajaya holding punya kot.

misi berjaya. walaupun tak dapat tengok night glow. Syukurlah dapat tengok yang ni. lepas tembak, aku balik, malas nak round-round. sebab orang dah makin ramai.


dzuli

trans surabaya-jogja, part 1.1

Assalamualaikum.
entry yang part 1 tu kita prelude kot (ke interlude) haha
yang ni akan bermulalah kisah 4 orang manusia dengan misi masing-masing
flight kami dari LCCT dijadualkan pada pukul 7.20 pagi, maka kami sepatutnya ada di airport around 5.30 camtulah sebab kami ada check-in luggage.
semua berjalan lancar, tetiba Zu whatsapp aku mengatakan passport dia hilang
ah..sudah..camne nih
kami pun mulalah buat plan B.
around 5.30, Zu pun sampai dan syukurlah dia jumpe passport tuh bawah seat SkyBus yang dia naik tuh. okey setel satu masalah. we worried for nothing. bila jumpe 4 orang mulalah tak ingat dunia bersembang.
Alhamdulillah flight pagi tu ok, tiada delay & sebagainya.
kami arrive kat Juanda airport, Surabaya around pukul 10.30 waktu Indonesia.
masa nih puas pulak carik supir kami. Handphone tak bole roam, pastu kalut dok carik sim card Indonesia pulak.
Akhirnya, dekat pukul 11 barulah jumpe pak supir kami. dia pekerja Pak Asyirin yang di recommend oleh Zara. maka bermulalah perjalanan kami ke luar kota Surabaya.

Kenderaan kami untuk 2 hari
Juanda Airport, ada Bangi Kopitiam kat sini.

around pukul  2 lebih barulah kami berhenti lunch kat kota Batu. laparnya ya ampun sebab dari pagi tak makan. Pak supir kami singgah kat restoren apa ntah (tak ingat nama) tapi memang kelass sangat. penuh gambar-gambar artis yang pernah datang, decoration pun cantik. but harga still reasonable. kami order nasi ayam bakar, jus alpukat, happy soda, es jeruk , teh limau termasuk supir punya lunch.

price untuk 5 orang makan = IDR 159,000 kot

tempat pertama kami singgahi ialah Air Terjun Coban Rondo, Malang. peehhhh..tinggi sungguh air terjun ittew. sebagai manusia biasa, haruslah aku kagum. tempat dia biasa je, kecik je pun, tapi well maintained. masa nak bergambar kat bawah tu, macam disimbah hujan renyai-renyai. best..tapi sejuk la..

tinggi okeh
aku rasa tak boleh mandi
lagenda dia. boleh enlarge dan baca sendiri :-D

dari coban rondo ni nak ke cemoro lawang 4 jam ye uolls..
*pensan dalam kereta beramai-ramai*
oh, kami solat kat surau Coban Rondo waterfall ni, air dia pakai air sungai
haaa..menjerit-jerit amik wudhu'. sejuk oo
surau dia selesa jugak.

after menunaikan kewajipan, kami meneruskan perjalanan ke Cafe Lava Hostel.

bersambung....


dzuli

Thursday, March 28, 2013

trans surabaya-jogja, part 1

ekcelli plan untuk ke Surabaya ini dah buat sangat lama, around bulan 10 tahun lepas. It start bila kawan aku, kak Azma, baca blog Fatt lepas tu dia ajak aku. Aku pulak memang tengah terkinja-kinja nak travel masa tuh, so aku ajukan plan ni pada best fren aku Zuraida and Kak Syidah. Kak Syidah tak boleh nak join sebab urusan keluarga. so aku try ajak Farhana dan aku agak terkejut sebab dia on.
so terhasillah 4 orang manusia yang akan ke Kepulauan Jawa. 3 daripadanya ialah first time yang pertama haha.

Flight Ticket
lepas tu kami start hunting tiket. dapatlah KL-Surabaya around RM 130 sorang. then aku rasa aku pernah baca pasal Fatt pernah pergi dari Surabaya ke Jogja by train. so aku baca balik entry tu dan emel Fatt, yess, memang boleh pergi jogja naik tren sahaja. so, aku ajukan pada Jemaah dan mereka setuju. so, start hunting ticket untuk Jogja-KL pulak. dapatlah around RM 130 jugak/person include luggage.

Train Ticket
dah setel ticket flight, masa untuk hunting tiket keretapi pulak, sebab aku baca tren ticket Surabaya-Jogja memang fast selling, so aku beli online dekat sini .tiket boleh beli sebulan sebelum travel. senang. tayah berebut kat Gubeng nanti. lagipun aku tak rasa nak naik bas untuk ke Jogja.

Supir
aku baca banyak blog pasal nak ke Bromo. ada yang buat DIY (naik train Surabaya-Probolinggo, naik mini bus ke Cemoro Lawang), ada yang amik package (lagi senang, tapi mahal la sikit, pastu tak boleh pilih hotel). lepas tu aku baca blog Zara dan sembang-sembang, maka aku mengambil keputusan untuk hire supir. travel group pun ramai, maka ekonomik & selesa kalau amik supir kan.
supir juga telah dicadangkan oleh Zara (thanks haha).
untuk supir jogja, aku search dalam Yogyes. aku main emel je beramai-ramai. pastu buat price comparison. akhirnya aku memilih Rahma transport. paling murah dalam quotation yang aku dapat. tapi service agak bagus.

Hotel
ni antara pekara yang paling aku cerewet. bukan ape, bagi pendapat aku hotel yang selesa tu penting sebab kami nak berletih-letihan pada siang hari, so malam kami nak berehat-rehat la kan. tapi aku juga tanak yang mahal-mahal sangat. so aku ambil masa sikit la untuk review harga dalam Agoda.com, Booking.com pastu check pulak dalam Trip Advisor. Fussy? tapi aku buat sendiri tauu..
so hasilnya :
21 Mac 2013 - CafĂ© Lava Hostel, Cemoro Lawang - Best
22 Mac 2013 - Hotel 88, Surabaya - Best
23& 24 Mac 2013- Edu Hostel, Jogja - Best
25 Mac 2013- POP hotel- Jogja - Best
untuk 5 malam, aku hanya bayar RM 200 ++ sahaja.

Itinerary
ini juga satu masalah, memandangkan aku travel pun tak banyak sangat , sebelum-sebelum ni pun mengamalkan konsep redah. maka, sebab ini trip yang agak panjang, seekor itinerary sangat membantu. terima kasih sekali lagi untuk Zara, dengan baik hatinya, beliau meminjamkan aku itinerarynya untuk dibuat pedoman.

Persiapan
last aku travel oversea ialah 2 tahun lepas (2011)..lama jugak la on hiatus. so, banyak jugak benda yang perlu di top up. tapi, kerana aku kan artis kakak yang disayangi, maka ramai sponsor. adik aku bagi pinjam wind breaker, Nike H2O dan Canon D60 (tapi tak bawak pun). haa..untungkan, ada 2 adik yang kaya?
untuk ke Bromo, aku bawak fleece shirt Uniqlo (RM 29.90 je), glove (daiso je), torchlight (hilang masa check in luggage), pashmina (bole buat tutup hidung).
untuk lain-lain aku terpaksa beli jeans 2 pasang (aku telah kurang pakai seluar sejak hujung tahun lepas), day pack, tu je kot.
konon nak light packing, sekali seluar tak cukup, terpaksa hantar dobi masa kat Jogja.
aku pun dah banyak baca travel tips kan, so aku bawak jugak Panadol extend dan Salonpas (kot-kot la sengal urat whatever).


wah, panjang pulak entry. mengada sangat. (macam ko p travel 14 bulan kan?)
but ini kira entry from noob to noob la kot (pinjam abang Adiman punya ayat)
selanjutnya akan diceritakan dalam part 2, part 3 sampai part finale okeh.


EDU hostel, Jogjakarta


dzuli

Wednesday, March 27, 2013

surabaya-jogjakarta

Alhamdulillah, aku telah selamat pulang dari 6 hari percutian merentas provinsi jawa tengah (surabaya-jogja)
it was a breathtaking experience.

macam tak percaya aku dapat tengok sunrise kat Bromo, menjejakkan kaki dekat salah satu wonders of the world, candi Borobudur & Prambanan dan merasai sendiri kemeriahan Lesehan Malioboro.

walaupun banyak drama-drama sepanjang perjalanan, kami enjoy sahaja.
akibat perjimbaan yang extreme, aku demam sebaik sahaja naik flight dari Adi Sujipto airport sampai KL haha. nasib baik cuti hari ni.

kami juga seperti orang malaysia lain, berbuih-buih mulut apabila shopping dekat malioboro sebab batik & t-shirt yang banyak choice & harga yang reasonable

experience ini akan aku detailkan lagi nanti. InsyaAllah

sunrise yang super indah, subhanallah

bromo lagi

borobudur

kawah sikidang

candi Prambanan


dzuli

Thursday, March 14, 2013

seriuskah saya?


diskusi yang mengambil masa beberapa minit
emel yang dijawab dalam masa beberapa minit
keputusannya :
"oklah, saya book pakej untuk 3 orang ye"
amboih2
kira tabung sikit...okeh ada sisa-sisa
hasil berhenti tengok wayang ,window shopping,minum starbucks & bawak packed breakfast sekali sekala juga tak dinner diluar (kecuali weekend/special occasion/malas cam lipas)
(tips berjimat ni sikit2 aku ikut dari blog lavenderbackpacker)
pinjam tagline janggeltrekker "bertabahlah demi keriangan berganda"
lagipun sekarang skill dapur aku dah enhance, setakat spaghetti, mihun goreng,sandwich sedap,nasi ayam,menu-menu kedai siam tuh aku dah boleh buat *bongga*


tapi
aku tak pandai berenang, kadang-kadang mabuk laut
T_T
cuba jelah dulu
hasil blogwalking, ramai mencadangkan perhentian kecil
so, setelah survey, pakej dari sea life services ni nampak ok (ok bagi aku ialah murah, aku kan cheapskate)
lagi satu chalet yg dia provide mendapat review yg baik dari trip advisor




insyaAllah..

*sewa underwater camera mahal, so nak beli lomo underwater saja*

dzuli

Sunday, March 3, 2013

dr cafe & tea bag

sebelum apa-apa
marilah kita mendoakan keselamatan negara di sabah
keselamatan petugas-petugas di sana
keselamatan penduduk disana
semoga pergolakan ini berakhir dengan kebaikan, tiada pertumpahan darah lagi
Amin
Al Fatihah untuk petugas yang telah pulang ke Rahmatullah, semoga mereka memperolehi shahid

yang duk semenanjung jangan bising-bising
take a moment of silence untuk berdoa
tayah nak salahkan  pihak A/B/C
tak untung dan takde manfaat pun buat gitu..

kembali ke tajuk asal

sekarang aku telah menemui pengganti starbucks ahaha
aku jadi peminat Dr Cafe pulak
tapi outlet dia memang tak banyak
ada 2-3 je kot
mula-mula terjebak masa aku ngan farhana lapar & tgh cari tempat bekfes kat citta mall
pastu try
chaghe gak, kopi sedap, ambiance ok
food err..ada sedap ada tak hehe
lagi satu, ini chain dari Abu Dhabi/ Dubai
so, tiada unsur-unsur haramizer
insyaAllah

1st time aku try breakfast set dia
roti tu wholemeal dengan jem blueberry
sedap..RM 3 je
terkejut masa bayar 
Farhana try Chicken Fajitas, not bad jugak


breakfast set, americano dengan roti

2nd time, aku pegi ngan Kak Azma
guna kupon dari LivingSocial.com RM 30
apa lagi, minum caramel frappe, mocha frappe, muffin double chocolate dengan muffin tak tau nama
tambah club sandwich lagi
tapi muffin dia tak sesedap starbucks..err :-D
yang lain A.

caramel frappe, muffin tak tau nama tapi ada kacang & cinnamon,muffin double chocolate

biasa minum cool blog/chatime?
aku try teabag ni pulak
sedap
harga standard chatime
so, bole try yang ni okeh

milk tea apekebenda tah dengan cincau jelly


dzuli