Saturday, April 27, 2013

Beach Please!!!!

source:Google Images

InsyaAllah, aku sedang memulakan perjalanan untuk island trip
My very 1st island trip
walaupun aku sebenarnya mabuk laut, takut naik bot dan reti berenang
semoga aku kembali in one piece..Aminn

:-)


dzuli

Tuesday, April 23, 2013

trans surabaya-jogja, part 5 (Final)

Assalamualaikum

wah, akhirnya final episode
aku pun dah letih recall balik trip nih (walaupun baru sebulan lepas je pun)
purpose travelog ni pun more untuk kenangan diri sendiri,
kalau ada item yang boleh membantu orang diluar,dikira ekstra, ada orang baca pun kira sebagai extra-extra, (thanks)
orait, last day at Jogja (sedih)
pagi tu kami turun breakfast pukul 8.00, agak lewat. makanan kat POP ni simple je, nasi dalam daun pisang. ada 2 jenis pilihan (pilih satu je). hari tu ada Nasi Hijau & Nasi apentah. pastu ada teh & coffee. Aku amik nasi hijau. Nasik dengan lauk shredded potatoes,telur puyuh & tauhu. Nasi lagi satu tu ialah Nasik putih lauk tempe goreng.
Lepas breakfast kami settlekan boarding pass dulu then kami keluar carik pasal.

nasi hijau

lokasi terakhir kami ialah Taman Sari (water castle)
nak tau apadia bacalah ini : Taman Sari
actually dia macam tempat rehat Sultan la, tempat dayang-dayang bermain dan sebagainya.
pandangan aku, hmm perlu penjagaan sikit kot. tapi almaklumlah tiket masuk hanyalah IDR5000 (RM 1.50). so tengok jelah apa yang ada. tapi sedikit ralat sebab tempat ni cantik & berpotensi
Pakcik teksi tu drop kami kat pintu belakang, ciss
nasib baik ada pakcik yang bekerja sebagai tour guide tak rasmi ada kat situ dan  tunjuk kami underground tunnel untuk sampai ke bahagian depan. Pakcik ni jugak cerita yang masa tu walaupun Sultannya Islam, tapi mereka still ada kepercayaan hindu sikit, that's why kalau tengok ukiran dia ada unsur-unsur Hindu.
pakcik ni ada jugak cerita, pasal kawasan belakang istana ni dulu ialah kolam ke sungai, ke naik air kalau banjir..haha  tak ingat.
aku bagi tips, jogja ni panas, pukul 9.30 tu dah panas, maka lepas ni korbankan sikit masa tidur, pergi awal sikit. boleh explore more.
(I is ralat sebab tak dapat feel more kat tempat ni sebab kejar masa)
kat sini kita akan tengok ramai pakcik-pakcik tunggu tourist datang, macam pekerjaan diorang la. diorang akan cerita sikit sejarah tempat ni dan kita bagilah tips kat diorang. kesian jugak tengok.

baca dulu sebelum masuk
belah belakang, kat sini lalu belakang rumah-rumah orang dan underground tunnel untuk ke pintu depan
ni bahagian depan. ada naga 2 ekoq
tengok ukiran tu, unsur hindu kan?
sebab kolam ni dia dipanggil water castle
keluar air ikut mulut naga

dah jalan sikit-sikit sudah lah, takpelah lain kali InsyaAllah aku akan kembali
masa tu ko explore la puas puas ( bila ntah haha)
masa nak balik tu dugaan betul kena approach dengan pakcik becak. some of them really annoying.
aku paham konsep pencarian rezeki, tapi kami taknak naik pastu aku dengar diorang macam ngumpat kitaorang.
nak pergi keraton macam dah tak sempat
ralat sangat, aku plan nak tegok alun-alun kidul pun tak sempat
warghhh..tensen (jeritan batin)
ni alasan kukuh untuk ripit nih.

sebelum pulang, kami round sikit lagi Malioboro
tujuan untuk top-up souvenir sikit, malam semalam buat audit
souvenir tak cukup pulak hehe.
kami jugak paksa pakcik cab berhenti kat Amanda Brownies. Famous ni
sekotak around IDR 24k sehingga IDR 50k++
hey, mana nak dapat brownies RM 8 sekotak. sedap pulak tu

sedap oh

dah beli apa yang patut, balik hotel untuk solat dan check-out
solat Zuhur masuk pukul 11.45 p.m tau so senang bila dah solat
kami check out dan pergi lunch kat Rumah Makan Eni
betul-betul depan hotel. kat sini ada nasi campur. dah 5 hari tak makan nasik campur tau
bakso pun ada. aku juga try es kopyor (air kelapa+ sirap) tak sedap sangat pun.

nasik+lauk+ es kopyor=IDR 40k.hekkkkk

dah makan semua, kami gerak pergi airport around 3.30 p.m
naik cab tambang dalam IDR 45k ke 75k (tak ingat)
flight schedule pukul 6.15. pergi awal sikit sebab takut beratur panjang nanti
maklumlah Bandara Adi Sujipto tu bukan besar mana pun.

Bandara Adi Sujipto

sampai airport, settle check-in semua beg
hazab nak menunggu, takde tempat duduk. lepas tu departure hall dia hanya boleh cater 1-2 penerbangan je. nak tunggu giliran hazabedah.
kena  bayar airport tax IDR 100k
dah masuk departure hall, flight delay!!!!!!!!wahhh..jadi pukul 7.50 p.m waktu Indo
maknanya sampai KL pukul 11.00 lebih
bayangkan 2 jam lebih dok dalam departure hall yang kecik tuh
ada satu rombongan sekolah dari Malaysia jugak (sempat aku sembang2 ngan cikgu diorang rasanya)
kelass budak sekolah sekarang
hey, aku dulu rombongan sekolah pergi Melaka je, tak pun Putrajaya
sebab lama sangat, A.A bagi makanan free. pehh lapar gila kot
kami dah berkira-kira dah nak order makanan dalam flight. syukur dapat makanan free :-P
tepak 7.50, flight pun berlepas meninggalkan bumi Jogjakarta
kami mendarat di LCCT around 11.15 p.m
Alhamdulillah semuanya selamat. aku demam sikit. maybe sebab tak pakai sweater/cardigan dalam departure hall yang sejok tuh

souvenir untuk office mate :-)
balance yang tinggal :-)


maka tamatlah 6 hari 5 malam di pulau Jawa
overall trip ini seronok, aku nampak banyak pekara, aku experience macam-macam dan membuka minda aku untuk beberapa pekara yang aku jarang fikir.
Cuma aku nak ripit Jogja. (azam)

Terima kasih kawan-kawan: Zu, Farhana & Kak Azma..hopefully nanti kita travel lagi bersama-sama. kita try naik 3rd class train kat Thailand pulak.

Thanks jugak kat kawan-kawan yang banyak bagi nasihat ,tips & trick terutamanya Zara, Janggel,Fatt & Cik Tun :-)


sekian.

dzuli

Monday, April 22, 2013

Trans surabaya-jogja,Part 4.5 (POP hotel & Malioboro)

Assalamualaikum.

okey, aku rasa travelog ni dah almost sampai ke penghujungnya.
lepas balik dari parangtitis, Pak Yanto tanya kami samada nak beli batik atau tak
which memang kami ada plan pun :-P
so, dia bawak pergi satu kedai namanya "Batik Beteng"
ada tempat chop batik jugak kat sebelah kedai ni. agak esklusif
yang aku dengar, supir akan dapat macam tips la tuan kedai bagi kalau bawak pelancong pergi kedai diorang
tapi aku rasa, takpelah..sama-sama cari rezeki kan.
kat sini Kak Azma je banyak borong, kitaorang just beli sehelai-2 je kain batik (tu pun yang murah sekali haha)
actually nak kata mahal sangat pun tak, contonya sepasang kain baju kurung yang sekali dengan shawl tu baru dalam around RM 60, kain batik lukis yang lembut tu around RM 50 camtu. tapi kami ni pengembara berpoket nipis, tak masuk list la benda-benda camtu

antara hasil tuaian kawan aku
dalam kedai
selepas borong

dah habis menabur rupiah dekat kedai batik,
kami minta pak Yanto hantar kami ke Malioboro Mall
betul-betul dekat jalan Malioboro
tujuan kami ialah untuk mencari lulur mandi, (amboihla tujuan)
Zara bagitau lulur mandi bali kat sini murah, around RM 3-4 je,
boleh buat souvenir what.
kami solat kat sini jugak, di Indo, ruang solat wanita terbukak kadang-kadang ada yang kongsi dengan lelaki pun. maka pepandailah korang nak buat camne.
lepas borong lulur mandi, kami minta Pak Yanto hantar kami ke POP Hotel

contoh yang aku beli, lulur bali tu takde gambar pulak.

untuk malam terakhir di Jogja, atas permintaan seorang rakan travel
dia mintak last night kami tidur hotel best sikit (kononnye haha)
so, kami book POP Hotel sebab lepas baca dalam blog kakiberangan,ditambah pula dengan review menarik dari trip advisor.
tapi jauh sikit dari Malioboro. but takpe kalau malas jalan naik la becak or teksi. murah jugak.

Kat jogja ni banyak hotel, don't worry
but yang catch my eyes ialah "Hotel Tentrem" hehe..lawa kot
kot-kot karang nak honeymoon ka, bolelah (motiff la nak honeymoon kat Jogja)

Ushar sikit hotel POP ni.
hotel ni okey, selesa, tapi diorang pasang music kat corridor,
what the heck..hey orang mai hotel mau rileks la,bukan mau party.
tapi keselesaan dan keperamahan staff ialah A

katil queen,,ngam
ada sinki kat luar, day bed
colourful pintu bilik-bilik dia (gambar dr:Farhana)
dah masuk bilik, guling-guling sikit..
let's go to Malioboro babeh...ni acara yang ditunggu oleh kawan aku, Zu
berbelas kali dia tanya kitaorang "bila nak pergi Malioboro?" haha
Ampun Zuu....:-)
kitaorang jalan kaki je, sesat-sesat sikit, 2-3 kali Tanya orang baru jumpe

mula-mula kita carik makan dulu
kami makan dekat "Rumah Makan Wong Jowo"
aku nampak lesehan tu macam meriahuolls, sonok what makan sambil bersila kat tepi jalan
tapi kawan aku nih sensitif sikit perut dia, so, untuk keselamatan perut bersama kami carik rumah makan
kat sini banyak resipi ayam-ayaman
ayam penyek,ayam black pepper,ayam bakar,ayam butter
air pulak memang sedap-sedap. Jus Jambu terlazat dalam hidup (setakat ni) aku minum kat sini.
murah jugak harganya.around IDR 24k-25k/meal dengan air

ayam butter & ayam blackpepper

ni view dari rumah makan
mahapla, gambo huduh, tapi ni je yang ada untuk menggambarkan Malioboro

nampak ada Andong, lesehan tempat makan tu tak jelas
gegaran maksima
Bakpia.
okey, dah habis makan
marilah bershopping. target utama ialah T-Shirt lah
katanya Malioboro femes dengan T-shirt.
Yaaa...sapa yang suka kumpul t-shirt this is the place
design cantik-canti dan murah
kalau 100% cotton around IDR 35k, kalau yang biasa-biasa tu dalam IDR 12k-15k bergantung kepada size, kaler dan design.
kalau design exclusive lagi around IDR 50k kot
kat sini lah baru aku beli souvenir untuk kawan-kawan, adik-beradik semua
then aku beli jugak sekotak lagi bakpia yang dimasak kat situ nama Bakpia Djokja. cantik packaging dia
dannn..aku juga terbeli sehelai lagi kain batik :-)
kerugian? hahaha..banyak jugak. takpelah sekali sekala kot

oh, konsep jualan kat sini 
diorang bukak cam gerai depan-depan kedai je

t-shirt @ kaos
t-shirt lagi..beli..beli
ada juga souvenir lain.
flip flop dan produk batik pun ada

kat sini ada satu trend yang sanat femes, dipanggil "ngamen"
ala, pemuzik jalanan la kiranya.
macam-macam pesen ada, tapi sebab kami banyak jalan
so, nampak gitu-gitu jelah
ada satu gerai tu, kawan aku beli barang kat situ
pastu tokey dia offer nak nyanyi untuk kawan aku tu
tapi kawan aku tolak sebab dia taknak jadi center of attraction kat situ
mula la kami speku, ntah-ntah asal usul band-band famous Indo macam Ungu, Nidji,Noah semua tu dari sini hehehee
 
abis dah soping, jom balik hotel
 
bersambung


dzuli

Thursday, April 18, 2013

trans surabaya-jogja, Part 4.4 ( Pantai Parangtitis)

Assalamualaikum..
setel Prambanan, kami mintak pakcik supir bawak ke restoran /rumah makan.
lapar gila sebab pagi tadi macam tak makan
pakcik tu bawak ke rumah makan dekat-dekat je ngan prambanan tu
rumah makan tradisional, tak fancy-fancy
nama apa ntah. NY Muhaya?
kat sini menu utama Nasik padang
 
oh Nasik padang (ni takde kena mengena dengan trip aku, saja nak membebel)
hari tuh aku tengok citer kat TLC Anthony Bourdain-No reservation
sapa yang suka merayap + makan mesti familiar ngan rancangan nih
ada la tunjuk dia p makan Nasik padang. kan restoran Nasik padang dia suka susun lauk macam pyramid tu dekat glass display kedai dia
pastu Anthony ni pun best-best dok makan gulai otak la, rendang la apa la
sekali dia punya cameraman terlanggar susunan makanan tuh, abis pecah semua
aku tergelak masa part ni. lawak kot (sebab muka diorang semua tak bole blah, terkejut +malu)
crew-crew si Anthony ni pun malu ngan perangai cameraman dia tuh
last-last dia bayar semua kerugian lauk-pauk untuk siang dan malam
pastu dia cuci tempat tu :-D
pengajaran: Jangan nak aktif sangat kat kedai Nasik padang Indonesia okeh.
 
abis dah rancangan tuh, mari kembali ke tajuk asal.
kat restoran ni kawan aku 2 orang makan Nasik padang. 3 jenis lauk IDR 19k( RM 5.++)
aku tak minat Nasik padang. aku usher menu ada kentang goreng. teringat kentang goreng dieng semalam. Langsung order Kentang goreng ngan ayam goreng (yaaa, terasa mat salleh dibumi indo)
dengan tamak, kami juga order pisang goring Chocolate cheese (favourite kami nih).
sebenarnya order pisang cheese, sekali budak tu p buh chocolate syrup, pastu kami mintak dia tabur cheese.
 
Nasik padang, kentang goreng+ayam goreng, pisang goreng cheese,soda gumbira

dah makan, dah kenyang. on the way kami ke lokasi seterusnya, minta Pak Yanto stop dekat tempat beli Bakpia (kuih bulat ada inti) ni wajib beli ni kalo ke jogja. Aku suka, tapi ramai tak suka. sedap oh.yang cheese sedap, yang ori pun sedap. Kami beli kat no 25 nih. kat pusat ni ada jugak ole-ole lain, dodol garut la, pisang salai la, ntahape-hape lagi la.




Dah makan, dah beli ole-ole,
apa lagi ayuh ke Parangtitis. ehehe..Parangtitis ialah pantai, terletak kira-kira 40 minit dari jogja. terkenal dengan Lagenda Nyai Roro Kidul. apetu?
baca nih : Nyai Roro Kidul/Ratu laut selatan (source Wikipedia)

masa ni tengahari, around 2.00 petang. Gigih kau kepantai pukul 2.00 petang. oh, kami skip Ratu Boko atas sebab-sebab kesuntukan masa dan lain-lain.


luas &lapang..pehhh

ada kereta kuda, bole naik kalau nak feeling Cinderella.

ombak dia tinggi jugak

aww, romantinya :-P

Nampak dia punya gulung. seriau menegoknye

paying untuk disewa
*lense tak cuci, so nampak tak macam rerambut kat gambar tu :D

Takde apa sangat pun, pantai, what to expect. just enjoy the scenary (walaupun panas) dan amik gambar macam-macam pose.
tapi pantai ni menag luas la, tak nampak hujung dia huhuu.
Nak balik macam awal lagi, so kami pekena air kelapa dulu. banyak gerai-gerai kat pantai nih.
memang nyaman la dapat ayaq nyioq sejuk.

lepas lepak-lepak, terus nak balik Jogja
Bukan ape, malam ni kami nak check in hotel lain disamping acara menabur rupiah di Malioboro
dah 2 malam di Jogja, tak rasa langsung nightlife dia sebab aktiviti yang penuh. so, Ini malamlah...


Bersambung


dzuli

Wednesday, April 17, 2013

trans surabaya-jogja, part 4.3 (Merapi dan Candi Prambanan)


Assalamualaikum..

malasnya ya ampun, maklumlah tengah sibuk berkempen,pasang bendera,edar t-shirt, manifesto dsb.. pheww *lap peluh*
tipu ye statement diatas tu. apa-apapun, "marilah mari, pergi mengundi, jangan lupa kewajipan pada Negara"

bersambung dari part sebelumnya,
pagi nan hening, selepas solat subuh pukul 4.30 pagi ye (standard tahajjud nih kalau kat Malaysia), kami setelkan beg semua sebab kami akan check-out EDU.
pukul 7.30 p.m semua dah naik atas untuk breakfast sebab nak amik gambar rooftop EDU.
pagi tu kami makan "nasi rames" Nasik+ mihun+sambal telur+tempe dengan kacang panjang. maaf, tak menepati selera :)

Pukul 8.00 pagi, Pak Yanto dah tunggu kat bawah. lokasi pertama kami ialah Merapi. Yaaa..gunung berapi yang erupsi terakhir pada 2011. tapi, sayangnya kami tak naik atas. yang bawak motor lelaki je (isunya: sensitivity) , nak naik jeep macam mahal pulak ,nak bawak motor sendiri, tak tau la sampai kemana nanti, nak jalan kaki, mak oooi jauhnya #1stworldproblem belaka hahaha
tapi kami jalan sampai yang termampu, tengok gambar-gambar kat situ.
masih ada lagi kesan-kesan erupsi tu ek, terutama dekat rumah-rumah area situ. ada yang belum dibaiki.
sila insaf & bersyukur berada di negara di luar lingkaran api pasifik. masa kami sampai, gerimis dah mula turun. kalau hujan tak boleh naik atas. bahaya.

Kampung Kinahrejo
InsyaAllah..akan datang lagi
Kesan erupsi
Al-Fatihah

lepas tuh, tanpa membuang masa, kami terus memecut ke Prambanan. Yaaa...satu lagi candi yang telah menjadi warisan UNESCO. Kompleks Candi Hindu yang terbesar di asia tenggara

candi Prambanan (copy dari wikipedia je)

Candi Prambanan atau Candi Rara Jonggrang adalah kompleks kuil Hindu terbesar di Indonesia yang dibina pada abad ke-9 masehi. Kuil ini dipersembahkan untuk Trimurti , tiga dewa utama Hindu yaitu Brahma sebagai dewa pencipta,Wishnu sebagai dewa pemelihara, dan Siwa sebagai dewa pemusnah. Berdasarkan prasasti Siwagrha nama asli kompleks kuil ini adalah Siwagrha ( bahasa Sanskrit yang bermakna 'Rumah Siwa'), dan memang di garbagriha (ruang utama) kuil ini bersemayam arca Siwa Mahadewa setinggi tiga meter yang menujukkan bahawa di kuil ini dewa Siva lebih diutamakan.

Kuil ini adalah termasuk Tapak Warisan Dunia UNESCO , kuil Hindu terbesar di Indonesia, sekaligus salah satu kuil terindah di Asia Tenggara. Seni bina bangunan ini berbentuk tinggi dan ramping sesuai dengan seni bina Hindu pada umumnya dengan kuil Siva sebagai kuil utama mempunyai ketinggian mencapai 47 meter menjulang di tengah kompleks gugusan kuil-kuil yang lebih kecil. Sebagai salah satu kuil termegah di Asia Tenggara, candi Prambanan menjadi daya tarik kunjungan pelancong dari seluruh dunia.

err, boleh compare?
aku lebih tertarik kat Prambanan. sebab bangunan dia dibina atas platform lebih tinggi, so dapat shoot keseluruhan temple tanpa wide angle lense (boleh).  Pastu architechture dia lebih kompleks sebab ada banyak candi. Candi utama je dah 3, Candi 2nd (Wahana) dah 3, pastu sekeliling dia ada 224 lagi yang kecik-kecik (dipanggil perwara). alang rumah 174 unit pun kitaorang construct 3 tahun lebih :-P. bayangkan binaan sebesar ni, dengan ukiran lagi, tanpa machinaries lagi. pehh.

tiket masuk lebih kurang IDR 175k. sama macam borobudur, kena pakai kain, dekat tourist punya entrance ada tea,coffee, mineral water, WiFi (boleh chek-in 4square muahahaha).
hari yang kami datang ni, hari isnin so orang tak ramai. seronok tayah berebut-rebut.

Prambanan ni jugak mangsa gempa bumi. so proses restorasi masih dilakukan.

sampai je kat sini..aku terus "waaaaaa"
menetes?
ni salah satu candi utama, nak masuk kena pakai safety helmet
Perwara
kecik tak kecik jugak. tengok saiz dia dengan orang tu
sedang dibaik pulih

Meh masuk dalam pulak.


ukiran didinding menceritakan lagenda hindu Ramayana & Kresnayana 
gigih kan nak ukir sebijik-sebijik. takde mould kot
nampak kecik, aku pun muat tau :-P
ukiran kat luar
dekat depan Prambanan ni ada macam stage untuk Ramayana Ballet. tapi malam je, bole makan-makan, tengok persembahan dan pemandangan Candi yang berlampu-lampu di waktu malam. bayaran lain ek.

katanya ramayana balet terhebat dipersembahkan disini

Lama jugak kami kat sini. pergi muzium dia. tak berapa menarik. tapi ada air-cond. nak menapak dari candi ni ke pintu keluar jauh uolls, tapi ada ladang rusa, taman-taman, so takde la rasa hazab sangat.

overall. aku rasa very puas hati sebab dapat tengok Borobudur & Prambanan. Mission accomplished. Memang la bayaran mahal (RM 120) untuk both temple, tapi kepuasan melihat relics purba yang hebat ni ialah priceless. Tapii..jika anda bukan penggemar sejarah..tak tau la aku nak suggest suruh pergi ke tak. yelah bayar mahal-mahal tapi tak "feeling" ape-ape, ah..sendiri fikirlah

dah abis round kat sini, mari ke tempat lain..


Bersambung

dzuli