Wednesday, May 29, 2013

1st anniversary

ini bukan entry pasal ulangtahun perkahwinan whatsoever
ulangtahun pertama aku kerja kat organisasi ni..
ha..mengada tak sampai nak buat entry?

it's not aku bangga ke hape ke.
but just to show how grateful I am to be here after 1 year of suffocation at previous company (kan dan speaking jerman)

banyak benda yang dah berubah selepas setahun
knowledge level, professional level agak bertambah

yelah,sebelum ni 2 tahun aku di site. Muka yang hampir sama je setiap hari haha.
professional level takyah cakap la. site tak menerapkan etika sangat. pergi keja pakai jeans ngan t-shirt je (sesuai dengan cara kerja)
meeting? haha... nak bertumbuk hempas-hempas kerusi pun takpe
bahasa pulak memang masing-masing ikut sedap mulut je.
but it was a great experience. I had so much fun. kepuasan sebenar bila projek dah handover kat client
pengalaman kerja- A, professionalism level- B+, hubungan dengan colleagues- A+, Boss -A

After that, "that" company. buat maintenance highway. Full time kat office.
office kecik je. dalam 20 orang. etika..err berpakaian tu ada la sikit-sikit. yang lain, nan hado.
meeting2 biasanya boss aku je pergi. (sedar diri,tak terrer & disayangi)
hubungan dengan rakan sekerja sangatlah Homaigod. takyah elaborate lebih-lebih
adalah aku kena pergi a few konvensyen, talk etc yang LLM anjurkan. ok lah jugak.
kepuasan kerja agak kurang sebab rutin yang sama berulang-ulang.
Pengalaman kerja A-, professionalism level- B-, hubungan dengan colleagues-C, Boss-B-

and my current workplace
tempat kerja yang aku letak as my last choice on earth lepas grad dulu
memang tak nak!!! masa kawan-kawan ada yang dapat kerja sini. aku selalu kutuk hahaha
one of the reason mungkin sebab aku bond dengan scholarship masa degree dulu (dah amik scholar, tanak keja ngan penaja, kejis sangat)
tempat ni memang la pelbagai etika kena patuhi. sebagai manusia yang tak suka ikut peraturan sangat, opkoss la aku rimas
lepas kerja kat sini beberapa bulan, terasa ke"awesome"an tempat ni
everything changes gradually. tak rapidly okey. weekend aku masih dzuli yang sama yang tetap keluar bergossip dengan kengkawan secara meriahuolls.
bila kat opis, meeting dengan semua big-big boss, maka disitulah kita belajar something
cara berinteraksi sesama colleagues pun dah lain. secara jujurnya ianya lebih menyenangkan
mungkin department aku ni ok agaknya. aku tetap dengar masalah macam tempat kerja kedua aku tu wujud kat department lain.
kat sini less mengumpat, no mencarut.
etika pakaian pulak memang kena pakai yang bersopan santun. no more jeans, t shirt or pants (except keluar site)
perasaan every weekday morning: AKU NAK P KEJA. (kadang-kadang ada jugak terbabas, terutama lepas weekend yang galak ataupun PMS)

kewangan pun dah agak ok berbanding dulu, Alhamdulillah
ada impian &keinginan yang boleh dipenuhi tanpa perlu mengorbankan komitmen kepada hutang provider.
ada juga yang masih belum (contoh: beli henfon Samsung s4,McBook Pro, handbag Michael Kors ataupun kasut Jimmy Choo)
so, kesimpulannya semoga gua terus dapat berjasa kepada rakyat jelata dengan ikhlas.
pekerjaan pun saham syurga. Tahu tak?
Pengalaman kerja A-, professionalism level- A, hubungan dengan colleagues-A-, Boss-A+


ni la work station gua..please be nice to me wahai buku,calculator,kipas

ni ape? haha..sistem solar pun boleh



buat masa ni, aku merehatkan diri dari agenda merayap-rayap.
kalau ada pun very short road trip je kot
mak dah bebel, kerja pun perlu diberi komitmen :-)
*duit pun dah berkurang*
banyak cuti tak baik untuk perkembangan kerjaya *mentor aku kata*


dzuli

Wednesday, May 22, 2013

Perhentian Ini- Part Finale (Kuala Terengganu)

 
Assalamualaikum.

ini episode finale. aku pun dah tak larat nak recall hehe.
*planning for new trip, tetiba ada kursus time tu , rasain*

hari last di Kuala Terengganu. Around pukul 10 pagi macam tu, kami keluar ke destinasi wajib jika ke Kuata Terengganu, iaitu Pasar Kedai Payang. legend ni.
macam-macam ada, mula-mula plan nak breakfast kat sini. tetiba dah minum milo dengan makan roti yang beli kat Perhentian tu, kenyang la pulak.

meh tengok apa ada kat sini.

haaa...bersopan santun tau, tunduk sikit
batik & sutera asli Terengganu
pakaian (kaftan, seluar pelikat) mak-mak suka ni


tudung bawal gred A (mahal ni), telekung

total lost aku kat sini tak banyak pun. aku mengamalkan terapi "destinasi bajet" dari Qi Razali. Bawak RM 300 je. hehe. so aku beli kain batik untuk mak & nenek, kain pelikat untuk abah, kudapan sikit dengan serunding. tu je. Serunding belah pantai timur femes sebab sedap & murah.
ada jugak jual keychain, FM semua, memandangkan dah beli kat Perhentian, bye jelah.
Tapi, kawan aku nan seorang tu, abis semua kedai diterjahnya. segala batik, songket, pelikat abis diborong. nasib baik naik bas, kalau naik kereta ntah-ntah segala jajan, keropok dihangkut.

Dah habis borong, kami ke destinasi seterusnya. Muzium Negeri Terengganu. sebab apa aku nak mai sini? Ini muzium terbesar di Malaysia & Asia Tenggara (kalau tak salah). perut pun dah lapar. kitaorang makan je kat kafe muzium tu. tak sedap mana, tapi bolelah. Jumpe kedai makan sepanjang jalan tapi takde parking.

Muzium ni memang best. besar gila. kitaorang tak habis pun round. ada replica kapal, rumah limas, muzium perikanan bagai. kami tour around main building tu je. kamera tak bole bawak masuk. heh
tiket masuk RM 5 je. sangat berbaloi.

tiket tu sekali dengan postcard


bentuk dia macam rumah tradisional.


lokasi iklan ADABI

panjat tangga. tinggi oh

taman kat depan

meh masuk dalam. Gambar guna kamera phone je. ada beberapa galeri macam Galeri PETRONAS, Sejarah kesultanan, artifak, macam-macam lagi. ntahla tak ingat dah.

replica pelantar minyak. kerteh mungkin

tempat favourite aku mestilah dekat tempat yang ada gambar-gambar lama KT. seronok tengok.

pasar payang masa mula-mula dibina
replica penyu. sekarang dah takde lagi
Chinatown zaman black & white.



dah habis recce, kami ke destinasi idaman kawan aku. Keropok Lekor Bukit Tok Beng. (BTB). keropok lekor yang kena amik no. giliran macam kat bank. kami tak beli pun kat yang guna nombor tu, beli dekat satu gerai kat dalam tu. keropok lekor cheese. siap beli yang dah goreng, pekena ngan the ais. peh..masyuk

tak borong banyak. sebab malas nak angkut naik bas

dah borong keropok. mari berjalan lagi. kita ke Bukit Puteri. dekat dalam Bandar K.T. dekat depan jetty syahbandar. sayangnya masa kami naik, dah tutup huhu..tengok dari bawah jelah. tapi kami jalan-jalan area Istana Maziah tu.

Jetty syahbandar. Kalau nak pergi Redang, naik bot dari sini

Bukit Puteri dari bawah.

Perkarangan Istana Maziah




menyedari hakikat kami masih belum solat, kawan aku cadangkan kami p cari Masjid Terapung/ Masjid Tengku Tengah Zahrah. masjid terapung kat tasik. nyaman gak

macam siput. dalam tasik masjid tu
lawa


dah setel solat, kami balik ke hotel semula. Bas dari K.T ke KL akan bertolak pukul 11.00 malam. so kami terpaksa sewa hotel. after 5 pm dia dah tak dikira sebagai day use, hotel akan caj per night.
pukul 7.30, Abang Lee dating amik kereta. faezah sempat lagi borong kain pasang kat kedai sebelah hotel hehe.
Around pukul 10.00, kami gerak ke stesen bas. niat nak makan kat situ je sekali semua kedai tutup. perut sangat lapar ni. akhirnya aku ngan faezah jalan kaki ke kedai makan berdekatan untuk tapau nasik.

last meal at K.T
 
Tepat pukul 11.00 malam, bas transnasional bergerak meninggalkan KT. kami membuta tak hengat, sedar-sedar dah sampai dekat genting sempah. Around 5.30 a.m kami sampai kat hentian putra. Husband Faizah dah siap tunggu. adik aku pulak dah on the way & Ean akan gerak balik Shah Alam lepas subuh.

so, berakhirlah satu percutian singkat yang sangat gila. it was so much fun. kalau ada kesempatan InsyaAllah nak travel lagi ngan mereka nih.
aku rasa this is real backpacking experience, naik bas, tido surau, makan merata-rata, berlari sana-sini. dan kami buat semua tu di MALAYSIA.

peace



dzuli

Sunday, May 19, 2013

The Great Gatsby

Assalamualaikum

semalam aku pergi tengok movie. Filem terakhir aku tengok kat wayang ialah G.I Joe rise of the cobra ke apantah. Tak best langsung, aku tertido dalam cinema.

baru-baru ni, aku dengar dalam radio pasal movie The Great Gatsby, antara movie kutipan tertinggi di Hollywood. Ok, aku tak teruja
Then,aku dengar je pelakon dia Toby Maguire...APA!!! aku mesti pergi tengok. Terus gigil selama 2 hari sebab Alamanda tak amik movie ni. heh

selain Toby Maguire (spiderman 1 & 2) , wanita-wanita juga akan teruja kerana lead actor ialah Leonardo diCaprio. last aku tengok cerita dia berlakon ialah Catch me If you can, purba sungguh

aku bagi movie ni 8/10 sebab kena dengan taste I. Romantic, set yang cantik, sinematografi pun best. pelakon yang A. tambah pulak aku ptengok kat MBO Citta Mall, cinema dia best, tak ramai orang pun.

Awas bagi wanita yang menonton filem ini, akan akan terpersona dengan ke "gentleman" Jay Gatsby. Jangan nak berangan lelaki seperti itu wujud di dunia yang nyata, ewah.
tapi ending tidak menepati citarasa aku. hampir je aku rage dan mintak balik pulangkan duit aku balik. chaitt.

Movie ni adaptasi novel dan dikatakan dialog dia dicedok seketul-seketul dari novel karya F. Scott. Fitgeralz (aku tak kenal, mahap). set dia memang lah, latar belakang New York tahun 1922, rumah golongan elit new york. memang mantaplah. Tapi aku rasa lawak sebab lagu dia lagu baru-baru. motif ada Beyonce tahun 1922. tapi oklah, music macam tahun 1922 pun.

masih ditayangkan, boleh pergi ushar. tapi aku yakin kebanyakkan rakyat Malaysia menantikan Fast & Furious 6 kan..termasuklah I.


DiCaprio yang makin kacak sejajar dengan penuaan


dzuli

Friday, May 17, 2013

perhentian ini-part 4.1 (kuala Terengganu)

Assalamualaikum.
selamat hari jumaat. Jumaat yang basah sebab hujan rahmat dari pagi tadi

masih lagi di Kuala Terengganu. dah balik dari Taman Tamadun Islam, mari jalan-jalan cari makan.
kita ke ICT (ikan celup tepung) Haji Pok Long, special request dari Faezah sebab dia mengidam.
lokasi dia dekat dengan airport. somewhere belakang airport tu. masa kami sampai dah pukul 7.00 petang. apa yang tinggal semua kami amik. tak banyak dah pun, tapi cukuplah untuk hilangkan mengidam kawan aku tu. kami jugak oder ABC dan ABJ (air batu jagung). total semua RM 40. mahal ke murah? ntahlah.

tengok masa perniagaan tu, kalau tanak kekecewaan mendalam
ni je yang ada. ketam sekoq, sotong 2 pinggan, ikan 2 ekoq, dengan keropok 7 keping. jadilah

dah kenyang, mana boleh balik lagi. awal lagi. tak remaja la. jom pergi usha pantai batu buruk. takde ape sangat pun. nak makan, dah kenyang. so lepak-lepak je tepi pantai.

sunyi, mungkin sebab weekdays

okey, boring. jom pergi chinatown. aku ada tengok dalam blog kakiberangan yang dia photog kat sini. lawa.
so, aku masukkan dalam list, tetiba masa kami sampai ada ceramah politik la pulak. maka terpaksalah skip. dengan jem sikit, ramai pulak orang. maka kitaorang usha dataran Syahbandar.

Dataran Syahbandar juga sama, kosong dan sunyi. mungkin sebab weekdays. apa kata buat la program mencanting batik ke ape ke, best jugak.

maaf, gambar huduh
belakang ni turtle alley, tak masuk sebab aku sorang masa ni
sunyi gila weh..ada la beberapa couple sedang berdeting. 
Selamat datang ke Kuala Terengganu

bosan jugak, so kami pusing carik kopitiam beraircond nak buat lepak-lepak. tak jumpe la pulak. si Fezah ni sempat la beli kain pasang kat penjual kain tepi jalan. Last-last kitaorang balik hotel je. layan WiFi. Oh, kami lepak kat DJ citipoint hotel, kategori bajet hotel la, betul-betul tengah town, dekat gila dengan stesen bas K.T. RM 89/night. bilik triple. takde breakfast, takde lift. rasain, bilik tingkat 3. tapi ada WiFi sampai dalam bilik, hot shower, TV, dekat dengan bank, kedai kain dan restoran.


bersambung



dzuli

Wednesday, May 15, 2013

Perhentian ini-part 4 (Kuala Terengganu)

Assalamualaikum,

kami pun memulakan perjalanan ke Kuala Terengganu, melalui jalan pantai. ni laluan yang cantik la kalau nak ke K.T. sepanjang perjalanan melalui kawasan tepi pantai. lawa.

masa ni sedang demam pilihanraya
itu bukan tol, tapi macam gate la. nampak bas bandar kaler pink tu? rare
Allah peliharakanlah Terengganu

dekat 2 jam kemudian kami sampai ke Kuala Terengganu. kami mintak pakcik tu drop dekat stesen bas K.T sebab dah janji dengan Abang Lee ( tuan kereta sewa) nak amik kereta kat situ.
Abang Lee ni abang kawan aku, so dia dengan baik hati bagi kami sewa kereta dia sebab aku tak jumpe kereta sewa yang murah kat K.T ni. kebanyakkannya kat area gong badak, tak pun area airport, lepas tu cerewet ngan mahal gila.
abang kawan aku ni bagi kami sewa kancil auto dengan harga RM 50/day.. murah gila.

destinasi pertama di KT ialah Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man,Kuala Terengganu. aku sorang je yang tak pernah pegi, tapi aku drag gak member aku ni suruh ikut hehe. sporting gila budak berdua nih.
mula-mula nak naik cruise, tapi memandangkan hari dah petang, macam tak sempat je
yang tak tahan, bebudak ni ajak sewa basikal yang boleh naik 3 orang tu. hey..ape ni !!!
ada banyak option kenderaan kalau malas nak jalan, ada buggy, ada tram, ada basikal elektrik. tapi budak 2 orang ni ajak sewa basikal kayuh sebab jimat. huhu
memang lawak. aku rasa aku tak berenti gelak masa naik benda ni. bukan senang nak kayuh pun. sewa RM 20/ jam. kalau buggy RM 45/jam.
kalau nak rasa perasaan pakcik becak, try la naik benda ni. lepastu kitaorang berebut taknak duk depan sebab awkward kot.tapi akhirnya kitaorang gilir-gilir dok depan.
honestly, lagi laju kalau jalan kaki hahaha

tengok gambar ni pun aku rasa nak gelak.
okey, jom jalan tengok ada apa kat sini.opkoss la replika masjid-masjid yang unik & rare diseluruh dunia.
amik feel dulu, kot-kot suatu hari nanti boleh sampai dekat lokasi sebenar replika nih :-).

beli tiket, dapat passport ni. dalam ada penerangan pasal masjid-masjid nih


ini masjid kat Xian, China. bukan senget, aku yang amik gambar senget sebab
 tengah kayuh beskal kot

Masjid Sultan Omar Saifuddin Ali, Brunei. Dah pernah sampai , checked

lawa benda ni. kami lepak kat tepi dia untuk efek sejuk. (masa ni panas sangat)
ni, aku bawak korang kat salah satu  tempat yang sangat menyedihkan dalam sejarah Islam,
Kubah Al-Sakhrah. Palestin
kubah al sakhrah ni kubah yang dibina untuk melindungi batu tempat Rasulullah SAW diangkat kelangit semasa Israk Mikhraj.
tempat ni katanya sudah dicemari oleh tangan kaum yahudi yang cuba nak memusnahkan tempat ni dengan menggerudi dari bawah tanah (aku dengar dari sorang pengunjung kat dalam galeri)
lagi satu, selalu orang keliru diantara Al sakrah dengan Al-Aqsa. Al sakrah kubah emas, Al-Aqsa kubahnya kelabu. dari pembacaan aku begitulah.
even replica monumen, anda akan rasa "something" bila baca tentang tempat ni.

pandangan luar, kubah emas ialah Al-sakrah. ramai orang selalu keliru dengan Masjidil Aqsa

dalam dia. tak bole amik gambar sebenarnya
okey..jom jalan lagi. doakan Palestin dapat dibebaskan. Bagus jugak tempat ni sebenarnya. (kalau dihayati)

ni masjid ape? mesti familiar. Yaa..Masjidil Haram, Mekah Al Mukarramah

Aleppo citadel,Syiria. masjid dibina didalam gunung/batu.

tak ingat kat mana, tetapi dibuat dari tanah yang dikeringkan.

insaf tak tengok masjid negara orang dibuat dari tanah kering? Masjid kemain lawa siap ber air cond kat Malaysia ni pun malas nak pegi kan? *cengkerikk*

ada banyak lagi, ada masjid yang kat Singapore tu, kat Indonesia, Masjid Negara pun ada, tidak dilupakan.

dah setel, kami pulangkan basikal tuh, lepas tu singgah kat souvenir shop dia. Oh lupa nak habaq, tiket entry RM 20. dapat RM 2 voucher souvenir & RM 2 voucher makanan. maka aku terpaksa la beli sekeping FM. souvenir dia agak mahal standard la tempat gini. FM nipis sebesar bulu mata da RM 5. takpelah, beli satu buat kenangan.

lepas tu kami nak pergi solat. cari surau, rupa-rupanya masjid Kristal kat belakang tu je,
maka kami pun solat terus kat masjid Kristal ni. Masjid ni kecik je, tapi lawa la. cermin tu memberikan pantulan yang awesome.

lawa?

lawa kan? tanggungjawab kita untuk imarahkan ia.

jambatan apa nama nya ntah.

almost senja.
dah settle solat semua, kami nak pergi makan. last makanan sempurna yang masuk perut ialah Nasik lemak kat Ombak Resort pagi tadi. kalaulah macam ni hari-hari, 3 bulan gerenti kurus.
satu misi aku ke KT telah terlaksana. sekarang masa untuk menyelesaikan misi kawan aku pulak.

bersambung

dzuli