Friday, June 28, 2013

ain't no sunshine when it's gone

beberapa hari ni negara kita dilanda jerebu
Muar dan Ledang sampai darurat, API 700++
Allah tarik sikit je nikmat matahari & udara bersih
rimas tak?
Rimas ok, aku pergi nilai hari isnin , IPU dalam 150++
pedih mata, sakit tekak..

Alhamdulillah, hujan lebat jugak hari rabu
hari ni matahari terang benderang. syukur
gambar takde kena mengena dengan entry
percayalah, antara moment paling indah di dunia ialah sunrise
betul?











dzuli

Sunday, June 23, 2013

Floria putrajaya 2013-orkid

amaran: entry banyak gambar.

Floria 2013 datang lagi. ni dah kali ketiga aku terjah. jarak rumah ke putrajaya yang tak sampai satu marhalah membuatkan aku suka terjah events ni.
tahun ni tema orkid. bunga kegemaran mak aku, bunga yang degil. boleh givap nak tunggu bunga dia keluar. puas la kena buh arang, kepala ikan, dan lain-lain.

pendapat aku untuk events tahun ni: sama je macam tahun lepas. sila buat pembaharuan sikit la tahun depan ek. :-)
tahun ni aku tak masuk pun dalam ruang pameran air-cond tu sebab malas nak tunggu dia bukak. almaklum la kena VVIP melawat dulu, barulah kami boleh masuk. sebab dah pukul 10.00 pg, dah panas, aku tak larat nak tunggu dah.

Peta

burung??




Perbadanan putrajaya punya ruang pameran

DBKL..lawa, fink
Majlis bandaraya Melaka punya
ni unik, replika lombong Sg Lembing, Pahang

replika fort cornwalis, Penang lah
masa aku sampai, tak boleh masuk lagi dalam ni











walaupun dalam keadaan jerebu ni, kalau nak pergi layan
silakan.. tempat biasa, Precint 2, Putrajaya
sila pakai face mask okeh :-)

Saturday, June 22, 2013

World War Z


Ahah..
ini bukanla movie yang ditunggu-tunggu oleh aku pun
tapi sebab Brad Pitt and aku baca review katanya best
maka semalam, aku ajak housemate aku layan
Btw, Brad Pitt ialah penerbit bersama filem ni.

dengan ini, aku menganugerahkan filem ini 5 bintang kerana mesej dia sangat mendalam
aku rasa filem ini sesuai keluar masa Fathers day hari tu
Filem ni pasal apa yang seorang ayah sanggup buat demi family dia, 
ada la elemen supernatural seperti Zombi semua
action dia pun tak melebih-lebih just nice utk watak Brad Pitt sebagai seorang ayah kepada 2 anak yang dah remaja. (a.k.a tua la kan..). takde pun hero melompat/terbang ataupun berrsut ketat
pastu elemen humanity pun banyak. aku paling tacing bila New York dalam mayhem gilababas ada satu family sepanyol tu tolong family Brad Pitt tu, tapi last semua jadi zombi kecuali anak laki diaorang dan Brad Pitt dia tolong take care budak laki spanish tu sampai ke sudah

Pergilah tengok dan judge,ok.
aku rasa kalau najah tengok mesti dia meroyanuolls teringat kat abah :-D

Mr. Brangelina, Good Job in showing to the world about fatherhood and humanity 
#grammarbersepah


Aih, rasa nak p tengok lagi sepam


dzuli



Thursday, June 13, 2013

TYPOFEST

Jika anada menghantar laporan (even laporan tak formal) kepada boss anda sila pastikan tiada pesta typo dalam laporan anda. you look ridiculous. umur dah tua, kata pengalaman 4 tahun sana sini.
grammatical error pun bersepah.
  • perkara jadi pekara
  • pembentangan jadi perbentangan
  • semasa jadi sesama


malu tahu...malu..aku malu pada semua, meja, pen,kertas

my boss say" now, I can see something in you"
aku lupa nak cakap "boss, sometimes I have dyslexia" or sebenarnya
"boss, I buat report tu setengah jam sebelum due date"


dzuli

Saturday, June 8, 2013

loan

apa yang Allah bagi ialah pinjaman
bila-bila pun Dia boleh tarik balik
bersyukur & berpada-padalah dalam menyayangi sesuatu
semoga aku mendapat "ganti" yang lebih baik


dzuli

Saturday, June 1, 2013

KIL


yaaa..most anticipated malay movie (untuk sesetengah orang kot)
yelah, katanya filem ini lain dari yang lain
so, semalam aku pergi tengok
tu pun setelah dipaksa sungguh-sungguh oleh adik aku
aku malas sikit nak tengok kat Alamanda tuh.

setelah ditonton
aku rasa, yeah movie ini memang lain dari kebanyakkan movie malay yang bertemakan rempit,gaduh,romatik-geli-geli-tak-jadi dan hantu hantang.
not bad but not so great jugak (pandangan aku la)
but applause to Nik Amir Mustapha.

tapi casting memang superb. 
teraju utama si Redza Minhat ngan Christina Suzanne ni memang best & fit for their role.
diorang berlakon sempoi je. dialog pun tak skem. best !!

mesej filem ni sampai (dekat aku). itu yang paling penting.
so, mungkin masanya rakyat Malaysia boleh menerima sedikit adjustment dalam filem melayu.
masa sebelum movie start ada 3 trailer movie melayu: 1 lawan satu, Lari & Adnan Sempit 3
Adnan sempit seem sempit as usual, trailer pun penuh lawak bodoh (sorry)

so, bole terjah ke pawagam berdekatan


Source: Google Images


dzuli