Wednesday, July 31, 2013

edisi iftar - cibiuk

Assalamualaikum
wah, dah  masuk fasa akhir Ramadhan. sekejap je rasanya.
Last week, disebalik kesibukan aku bekerja sebab aku ada tender sebaik sahaja naik cuti raya
sempat juga aku menjalani 2 edisi iftar dengan kawan-kawan rapat.

sabtu tu aku p berbuka dengan kawan-kawan satu uni dulu
main hentam je ni, plan asal just aku, Zu and Kamal
lepas tu iklan dalam whatsapp group, akhirnya Kak Syidah,Lin, Mat Sofi dan Abang Khai pun datang join. rindu kat abang khai, lama tak jumpe sebab beliau baru pulang dari Batam ( dia kerja kat sana hokey, jangan skeptikal kat dia haha)
Kamal pilih Sofina Tomyan dekat pintu precint 14 putrajaya tu.
kerana terlalu excited jumpe kawan, aku lupa nak snap gambar hehe. Kami oder siakap stim limau, siakap sweet sour, tomyam, ginger chiken, sotong goreng tepung (menu standard restoran tomyam)
makanan ok, tapi yang paling best dapat jumpe kawan-kawan.

lama tak gather ramai-ramai :-)

then, esoknya tu just aku, zu & kak syidah (lepas penat bersoping lite-lite dekat mid valley) kitaorang berbuka dekat Cibiuk. Femes restoran ni sekarang ek, 

untuk malam tu, diorang order Nasi Paket ayam bakar dan aku oder Nasi Bakar Pulen Ayam Bakar. haaa..nama kemain

nasi bakar pulen ayam bakar-berapa banyak bakar
ni nasiknya, ada cili api, daun-daun..
nasi paket ayam bakar. aku dah biasa makan, memang sedap
pisang cheese FTW

so, apa lagi, sila terjah beramai-ramai 


dzuli

Tuesday, July 23, 2013

Edisi Iftar - Naili's Place

Assalamualaikum..
ya, sekali lagi edisi iftar. ni ad-hoc plan
tetiba kawan aku si Ean ngan Faezah (geng perhentian)
ajak Iftar bersama-sama
memandangkan weekend budak berdua tu busy dengan aktiviti kemasyarakatan dan aku busy ngan aktiviti social
last-last semalam je kami berbuka lepas office hour.

lokasi kali ni: Naili's Place, Sentul
memang tak asing lagi dikalangan warga KL
Restoran yang berkonsepkan beach bar katanye. dari luar macam restoran tomyam biasa
masuk kat dalam, walawehh...macam dekat perhentian
kena la sangat dengan tema.

usha menu meh..

sedikit interior
menu
cucur ikan bilis (ni antara makanan ringan yang ada kat sini)
siakap sweet sour - sedap

sotong goreng tepung -best

rainbow tree - ice blend kiwi, strawberry & mango

haha, tamak. kami oder tomyam, sayur campur jugak

ni memang mental..

Total damage RM 108, tapi makanan semua sedap, portion berbaloi ( tak habis pun ada)
kat sini jugak ada buffet RM 45/pax
aku dah tamau buffet dah. lagi membazir kalau makan buffet.

terima kasih kepada faezah yang susah payah amik & hantar kitaorang ke stesen LRT

agak-agak ada lagi ke edisi iftar after this? hahaha



dzuli

Sunday, July 21, 2013

edisi iftar - Rahimah Kitchen

Assalamualaikum..
amacam, dah hari ke 12 berpuasa, fasa 2 
diharapkan semua mendapat puasa yang cemerlang. 

bulan Ramadhan ni, edisi makan-makan macam satu agenda wajiblah kan
kalau boleh nak iftar dengan family, kawan baik, colleagues, kawan fesbuk, kawan twitter semualah.
semalam, walaupun aku busy di opis, petang tu sempat jugak la berbuka ngan besfren aku si Zuraida ngan Farhana tu kat luar. 
kali ni, hasil google, kami try buffet dekat Rahimah Kitchen, Bandar Bukit Puchong.
Gambar tak banyak, bole usha kat FB diorang, Rahimah Kitchen.
harga not bad, makanan pun not bad, surau selesa tapi air je tak sedap sangat hehe.

aku ngan farhana amik set buffet stimbot & buffet ramadhan
Tamak kan? last last makan sikit je. rugi..huhu
stimbot grill dia tak banyak sangat choice, tapi agak mengenyangkan, 
sesuai la dengan harga RM 18.90/person

set stimbot grill
bako je...
kuih-muih

alamat & harga.

bole try.. not bad :-)

dzuli


Monday, July 15, 2013

down memory lane trip, Ipoh- edisi makan

Assalamualaikum
mahapkan saya sekiranya entry ini menganggu keamanan puasa anda
bukan sengaja, tapi ada niat gak nak menguji iman korang haha.

lepas berehat-rehat di opis Kak Syidah,
kami meneruskan acara jalan-jalan cari makan
semua sedia maklum, Ipoh ialah one of the Malaysia food heaven.
Aku ngan Ean memang lapar gila, makanan last masuk perut ialah breakfast pagi tadi.

lokasi pertama ialah Cucur Bonda. gerai ni bawah pokok je dekat area Ampang (Ipoh)
ni la lokasi aku ngan Cik Tun dan kawan-kawan site mengeteh sambil mengumpat boss ataupun berbincang isu-isu semasa. gerai ni berkembang sikit dari 2 tahun lepas.
menu pun dah banyak.
dengan tamaknya, kami oder nasi lemak bungkus, karipap,keropok lekor & cucur legend ni (rujuk gambar dibawah). Pekena pulak dengan cincau, pehh...nikmat




dah kenyang, kami pergi membeli souvenir untuk kawan-kawan. Biskut Hong Piah, orijinel Ipoh mali.
jangan skeptical sebab bungkusan dia penuh tulisan cina. ada Halal Jakim tau. InsyaAllah bole dimakan tanpa was-was. Kuih ni pun ajaran Uncle Chew dengan Azahar masa aku kerja site dulu. kuih ni kira biskut tradisional kaum cina la. dalam dia ada karamel (original) ada yang brown sugar, oat pun ada. sepeket ada 10 bijik RM 9 je. cubalah kalau ke Ipoh.

ni kedai yang dekat Ampang. dekat Jalan Imbi KL pun ada
ni kuihnya, sedap.
cadang kami lepas borong biskut, nak p Gunung Lang, tetiba hujan turun sangat lebat, maka kami pergi merayap dekat Jusco Station 18, baru bukak gak. huh, dok dalam tu window shopping jelah.

kami merayap sampai lapar balik, dan kami dinner dekat restoran kegemaran aku, Nasi Lemak Ayam Kampung (nama restoren) dekat Jalan Yang Kalsom, selain ayam kampung, ada jugak ayam-ayam species lain di lorong2 belakang hehe..
malam tu kami menikmati dinner yang lazat ditemani game bola JDT vs TRW. menu kitaorang oder ayam kampung goreng, tomyam, & ketam goreng kari.

ayam kampung goreng
sedap ni
semua ditaja oleh Kak Syidah, Thanks
ada belut jugak kat sini.
Dah kenyang, dah meraikan kemenangan TRW, kami balik hotel untuk tido..


bersambung




dzuli




Tuesday, July 9, 2013

down memory lane trip - ipoh-Part 3

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan
semoga semua mendapat Ramadhan yang diberkati.
aku rasa Ramadhan kali ni bakal menyaksikan aku kena berbuka dalam kereta mungkin beberapa kali sebab workload yang boleh tahan. dah la rumah jauh dari opis. Tabahlah #demirakyat
Tahun lepas ada gak budak najah tu tolong masak untuk berbuka. takpelah kerja pun Ibadah jugak. pepandai la kasi balance

back to business, ewah
lepas Gopeng Heritage House, kitaorang meneruskan perjalanan ke Kellie's Castle. Dulu aku tak pernah pun teringin nak pergi. aku kan penakut sikit. lepas baca review-review blogger lain ditambah dengan kawan aku yang suka pergi photoshoot kat situ. aku teringin nak pergi. Dulu dalam tahun 2005/2006 dah pernah datang, tapi tak masuk dalam pun.
Sejarah Kellie's Castle ni dah ramai sedia maklum kot. Kellie ni meninggal akibat pneumonia, semua family dia pulang ke kampung asal diorang dan tinggal la tempat ni abandoned. Ramai warga tempatan cerita yang diorang nampak roh Mr Kellie ni berlegar-legar kat sini. (seram tak?)

dulu masa aku datang, takde lagi tulisan ni

pandangan hadapan (ke belakang?)

kella house. (asal)

corridor berhantu katanya (tingkat bawah)
corridor berhantu jugak (tingkat atas)

kawasan untuk party (party at the roof)

juga ada cadangan oleh Mr Kellie nak jadikan court tennis
4 tingkat uolls

kalau la siap, mesti gah bangunan ni

dah puas berphotogedik sakan, kitaorang terus gerak ke Ipoh
nak pickup seorang lagi jemaah iaitu kak syidah, warga Ipoh ni. singgah opis Kak Syidah.
solat kat situ, cas handphone semua sebab kami akan memulakan episode JJCM ataupun sesi menambah kolestrol.



bersambung..

dzuli

Despicable me 2 & Lone Ranger

Assalamualaikum & salam Ramadhan


Last weekend, sempat aku pergi menonton movie yang ditunggu-tunggu iaitu Despicable me 2 & Lone Ranger. Maybe last movie di bulan July.

1) Despicable Me 2
sangat lawak. sakit perut gelak. filem ni sambungan dari Despicable Me. watak utama (Gru) dah jadi baik & ayah yang penyayang. yang buat lawak dalam movie ni watak minions, anak Gru (Agnes) dengan Lucy Wilde tu. Highly recommended. Tapi aku rasa, rentikanlah jadi pengunjung TGV/GSC di bulan Ramadhan yang mulia ni :-D

source: Google Images




2) Lone Ranger
Filem ala-ala superhero zaman wild-wild west. Filem ni panjang, 2 jam 1/2. mula-mula bosan sikit + tak faham. tapi lama-lama dia sangat kelakar. main reason aku tengok citer ni, ofkos la sebab Johnny Depp walaupun dia jadi puak Red Indian. Filem ni pun memang boleh buat gelak sampai sakit perut.


source: Google Images



dzuli

Sunday, July 7, 2013

edisi makan-makan sebelum Ramadhan

Assalamualaikum
InsyaAllah, 2 hari lagi kita akan menyambut Ramadhan
harapnya sampailah kita kebulan yang mulia tu.

sebelum Ramadhan aku nak share makanan lazat yang aku makan 2-3 hari ni
Motiff? takde motif pun
kang share ketika bulan posa, tak baik pulak..

1) Pisang Cheese, Cibiuk
ini memang FTW, sedap gila. Lebih sedap dari yang aku makan kat Indo hari tu. ada choc syrup & strawberry syrup.

pisang Cheese

2) Nasi Paket ayam cobek, Cibiuk jugak.
mahapla, aku tak tau cobek tu ape,cibiuk (nama restoren) tu maksud dia apa. tapi ni restoran makanan   sunda.sedap. nasi paket tu mungkinla nasik dalam bungkus. 

macam set ayam penyek biasa, tapi nasik tu bungkus

3. Chicken Khabsah,Sana'a
restoren ni aku baca dalam blog & tgk rancangan JJCM. try nasi arab sini pulak. Not bad. Murah jugak. Set ni RM 10 je.

nasi sedap, ayam lembut. ada sup & sambal tomato

4. Cucur Bonda, Ipoh
ni tempat lepak masa keja site dulu. Cucur dia one of the best. kuah kacang. pekena pulak dengan cincau. Gerai dia bawah pokok je. Oder RM 3 dah kenyang. sesuai dimakan ketika sedang mengumpat boss. Tapi ketika ini, cucur ni dimakan sambil buat edisi flashback tahun 2010.

sedapnyaa..

5. Mee Kicap, Daud Mat Jasak, Ipoh
ini yang paling terbaik. bukan senang nak jumpa. Kalo kat KL, tetiba naik mengidam terpaksa la p Hometown Kopitiam, The Curve. Tu pun tetap tak boleh celen mee kicap pakcik Daud ni. Only in Ipoh tau.
sedap hoiiii..

credit pic :Ean

tu je...


dzuli

down memory lane trip - ipoh-Part 2

Assalamualaikum..

sambung dari episod sebelum ni.
pukul 9.00 pagi sabtu, kami memulakan perjalanan ke Ipoh
tapau breakfast, dan bersembang sepanjang perjalanan
kali ni drive sendiri, tidak melibatkan sebarang pengangkutan awam. hehe

dalam pukul 12 lebih sampai Gopeng, lokasi pertama kami ialag Gopeng Heritage House.
tempat ni aku tau lepas baca blog MasMz. nak cari pun senang je, betul-betul dekat roundabout pekan Gopeng tu.
Tempat ni macam muzium la, banyak barang-barang antik kaum cina zaman dulu-dulu
masuk free, tapi boleh menyumbang seikhlas hati. Ada box sumbangan kat entrance


klasik tak tetingkap itu?

sinki ni. Info:blog masMz
rasanya buaian ni tak wujud dah kot.
basikal & bijih timah 
dapur kayu. masak char kuew teow best ni
kopitiam yang masih beroperasi
botol air lemenet  (orang utagha kata)
sketches dari sapa ntah, menarik..
sapa lalu gopeng, bolehla singgah
menarik, bawak budak-budak untuk kenal warisan nenek moyang.
ewah..

then kami proceed ke lokasi seterusnya..

dzuli