Friday, August 30, 2013

raya movies

Assalamualaikum

walaupun bulan Syawal, aku masih lagi dengan hobi lama, iaitu menonton wayang
tak bole tinggal tabiat tuh haha..


1) Percy Jackson and The sea of monsters
aku memang follow dari Percy Jacson and the lightning thieves lagi (1st movie), so mestilah aku gigil-gigil nak tengok sequel kedua. hari raya ketiga lagi aku dah paksa adik aku teman aku p tengok citer ni hehehe. memang best. Logan Lerman (percy Jackson) ni berbakat la. aku tengok 2-3 movie ni, memang best berlakon.



2) The Volverine
Hero kegemaran aku dari form 5 nih. tak pernah missed lagi tengok movie dia. dah release masa bulan puasa haritu, tapi takkanlah nak p menonton wayang pulak dibulan ibadah kan. nasib baik tengok lepas puasa, terdapat banyak adengan Hugh Jackman topless (apa kau nak jadi Jacob ke, tak reti pakai baju). pun best yang movie kali ni. dah la buat kat Jepun.



3) Mortal Instruments: City of Bones
I loveeeeee this movie. sangat suka, *tendang Twilight jauh-jauh*. aku tak tau either jalan cerita ataupun casting dia yang buat movie ni kelihatan sangat awesome di mata aku. sama je genre dengan Percy Jackson atau Twilight- Fantasy and adaptation from best selling novel. tapi yang ni lebih mysterius dan kurang romantic. casting memang A, ada Lily Collins, Johnathan Rhys Meyers dan hero ialah Jamie Campbell Bower. tak kenal? takpe, bole Google.
ini ialah highly recommended



tu je untuk bulan nih. Next change mestilah Tanda Putera dan Jobs. :-)


dzuli

Wednesday, August 28, 2013

membuka rumah di hari raya

Assalamualaikum
apa...masih lagi beraya?
haha..takpelah, ada beberapa hari je lagi dalam bulan Syawal nih

Ahad haritu aku ngan kawan aku telah menjadi host untuk open house
ya..ini pertama kali rumah aku dibuka untuk rakan-rakan yang bukan mahram. haha
maklumlah rumah wanita bujang kot, mana bole laki masuk, terbakar kaki diorang kalau melangkah masuk umah aku tanpa izin.

mula-mula sembang-sembang je ngan Zu
last-last betul-betul dia setuju.
yelah, untuk kami nak memasak dalam kapasiti yang bayak, memang la diragui kemampuan dan skill memasak kitaorang.
tapi..the result is  BERJAYA.
semua masakan menjadi, at least takde la epic fail dan dibuang ke longkang sebab gagal hehe.

menu-menu yang kami sediakan ialah spaghetti bolognaise, nasi impit, kuah kacang, popia goreng, bubur kacang, cupcake dan triffle pudding.

acara makan-makan bermula pukul 2 dan tetamu last meninggalkan umah aku around lepas maghrib.
memang la ada adengan wakward sikit, tapi akhirnya tujuan nak jumpe kawan-kawan di hari raya terlaksana. tu la objektif sebenar open house kan?

Usha gambar jelah.



serving container hanyalah pinjaman

bubur kacang -aku buat *ehem*

sos spaghetti - aku buat *ehemehem*

Popia goreng - Farhana buat

cupcake huduh -aku buat

apekehal ntah gambo nih

weolls

ada artis di hujung kanan ittew

bergambor ngan Faezah - terasa raksaksa


Isnin malam pulak, aku ajak jugak budak 2 orang yang back off last minute masa open house Ahad tu. tapi makanan tak meriah la, sebab weekdays kan. tak sempat pulak aku  nak masak- masak beriya-iya.


Spaghetti goreng ngan chicken ball

nasi impit kuah kacang semalam.. hiks


tu jelah yang mampu kitaorang sediakan untuk rakan- rakan
maklumlah, rumah pun serba kekurangan sebab umah bujang kan
InsyaAllah, lepas ni dah ada keberanian untuk open house dengan skala yang lebih besar kot :-P



dzuli

Monday, August 26, 2013

Dong Yi Shun - Chinese Muslim Food


Assalamualaikum

masih lagi beraya? what?
okeh, entry ni takde kena mengena dengan raya
nak share pasal satu restoran yang menghidangkan mee tarik
yaa, yang macam kat China tuh
tapi tak perlu ke Guilin ke ape ke
dekat Jalan Reko Kajang je.

nama restoran ni Dong Yi Shun
ada 2 cawangan, dekat Kelana Jaya dengan Kajang
yang kami try ni kat kajang


Menu

Fried dumpling - sedap

satay kambing - sedap, tapi liat sikit

schezuan noodle soup - sedap, tapi banyak

close up sikit handmade mee nih

mushroom ape tah, best gak

makanan sedap dan harga reasonable
tapi portion sangat besar, kitaorang dua- dua  tak abih makan
disarankan oder semangkuk je untuk 2 orang

Total harga untuk semua menu diatas termasuk air ialah RM 47 ++

Boleh pergi  try :-)


dzuli

Saturday, August 17, 2013

My Raya Story

Assalamualaikum..

masih lagi post raya blues?
masih di kampung halaman?
masih membakar lemang?

sudah-sudahlah tu haha...sakan sangat.

raya tahun ni antara raya paling simple untuk aku
memang takde mood langsung. ke laut mana ntah..

aku pulang ke Kulim hari selasa (29 Ramadhan) perjalanan memang lancar,
jem sikit dekat juru je. aku bertolak dari KL pukul 12 tengahari, aku sampai rumah dalam pukul 7
tu pun aku stop banyak sebab mengantuk hehe.

raya tahun ni pulak hanya kami berempat. abang dengan kak cik beraya rumah mertua diorang
lagi la memang takde mood. ketupat mak tempah je kat jiran. kami just masak rendang je.
kuih-kuih memang semua beli, takde satu pun homemade.

pagi raya, macam biasa je, lepas sembahyang raya terus cargas balik kampung
kali ni balik rumah Mak Njang dengan Mak Chaq je. aku bagitau abah aku malas nak p beraya rumah sedara mara lain.
raya kedua lagi lah..aku beraya depan TV je, lepastu tukang buat air kalau ada jiran/sedara mara datang beraya kat rumah.
raya ketiga, aku p tengok wayang citer Percy Jackson.

hmm..bukanlah raya aku tak bermakna
tapi tak lla semeriah orang lain kan.
memandangkan kerja yang berlambak kat opis, aku tak mampu nak extend cuti pun
hari isnin tu stuck dalam traffic jam, biasalah balik kampung craze kan
8 jam dari kulim-KL
nak berenti buang air pun tak sior, ramai bebenor

hari selasa dah start keja balik.

begitulah cerita raya aku. simple saja :-)

sawah padi kebanggaan rakyat kedah ;-)
sawah lagi

btw, takde gambar aku berposing dengan baju raya, tak sempat :-P


dzuli

Tuesday, August 6, 2013

Salam Syawal

Assalamualaikum..

sedar tak sedar dah hampir sangat dengan syawal
Ramadhan pun dah melabuhkan tirai untuk tahun ni.
pada aku, Ramdhan ni antara Ramadhan yang mencabar minda
3 projek yang aku tengah handle on serentak.
tambah lagi kena audit bagai..
nak cuti pun tak sampai hati.
sebab ni jugak almost setiap hari aku balik lewat, bukak posa dengan apa yang sempat je.
kadang-kadang meriah sebab berbuka dengan kawan-kawan
kadang-kadang lonely gila, berbuka sorang-sorang depan laptop
ada juga time kena berbuka dalam kereta dulu.

Pada Ramadhan ni jugak, boss kesayangan aku *ehem* dapat surat tukar department
tak tahu macammana nak gambarkan perasaan tu
out of beberapa boss yang aku pernah kerja, he's the best (setakat ni)
dah la semua projek aku under dia ( dia my immediate supervisor)
terus nak pitam aku rasa.
for me, he is my strength, bayangkan dia ialah  somebody yang ajar aku sesuatu benda tu from scratch sampai siap, terharu wooo.(kadang-kadang berdarah telinga kena bebel)
takpelah, perjuanagan tetap akan diteruskan. mungkin ini yang terbaik untuk dia
mana tahu, dia naik pangkat ke lepas kena tukar kan?
wish all the best for him & for me.. takkanlah aku nak peluk kaki dia sambil jerit "jangan boss, jangannnn" #drama

seperti biasa, bulan Ramadhan ni rasa mesti berbuka dengan orang-orang tersayang kan?
aku dapat balik kampung, awal puasa hari tu. dapat jugak berbuka dengan half of my family (abang aku tak balik).
dengan kawan-kawan banyak jugak la edisi iftar yang sempat dibuat. ok lah jugak.
all of them really made my Ramadhan more brighter :-)

shopping raya pulak, haha memang tak ada
tiada tudung Fareeda, Ariani ke ariana ke
aku ada beberapa baju yang baru dipakai sekali je. so, aku jadikan diorang baju raya
aku concentrate  kat barangan yang lebih multitasking macam kasut dengan handbag
tambahan pulak si Pkachan tu kena major service + tukar tayar
menangis aku melihat RM yang berterbangan dari mesin ATM
takpelah, demi kesihatan dia dan keselamatan pemandu dia InsyaAllah.

panjang la pulak bebel.
last but not least, aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin
sebagai seorang pekerja di bahagian rekabentuk jalan, pesanan aku dan JKJR 
"Pandu dengan cermat, ikutlah speed limit, Ingatlah orang tersayang dan orang-orang lain jugak "

kejap lagi nak drive balik kampung ni, doakan aku selamat sampai dan janganlah jem melampau-lampau

*aku bukan pekerja JKJR ok*

sapa nak datang beraya kat rumah , dipersilakan :-)



meriah tak opis aku?

dzuli

Thursday, August 1, 2013

edisi iftar - laman grill, Kajang


edisi iftar lagi hehehe..
almaklumlah, nak kongsi resepi, tak layak..
maka, aku kongsi jelah tempat-tempat makan best yang aku pergi
kali ni aku berbuka dengan Kak Azma. ni member aku paling mature dan bernas hahaha
yang lain-lain, otak sama level ngan aku je.

back to tajuk asal.
kami memilih Laman Grill. ni restoran chef zubir punya. ala juri masterchef malaysia tu
mula-mula nak makan ala-carte, takanak buffet
tetiba, masa kak azma sampai, rupanya ala carte start pukul 9.00
maka kami terpaksa amik buffet.
style buffet sini lain sikit, main course kita boleh pilih/order daripada beberapa pilihan
lepastu dessert, side dish semua boleh makan sampai pensan.

ada drama sikit bila satu family ni datang, nama dia takde dalam reservation
apa lagi..dah pukul 7 lebih masa tu, nak mengamuk gak la brader tu
akhirnya, dapat la jugak seat. kedai ni tak besar sangat. 


antara dessert yang ada. kami amik beberapa round ;-)
sup ni sedappp
main course aku, steak striploin ke tenderloin ntah
pilihan kak azma, salmon apakebenda ntah.
pilihan main course yang ada ialah chicken chop, steak, lamb shank. ada 5-6 jenis jugak. lamb shank dia nampak sedap. tapi yang kami order ni memang sedap belaka. spaghetti dekat salmon tu bestt

overall, puas hati la dengan harga yang dibayar. overpriced jugak tapi sama je macam korang makan kat Chillis ataupun TGIF kot. yang penting ni local brand, tiada alcohol dan halal.

apa lagi, bolehlah pergi try..



dzuli