Sunday, September 29, 2013

denggi

Assalamualaikum

last week aku dapat penyakit yang tak disangka-sangka
mungkin ujian kecil dari Allah kan..maklumla, kadang-kadang bila lagho sangat
Allah kesian, dan bagi peringatan sikit.
so, ujian tu tanda Allah sayang tau..

mula-mula aku demam
aku ingat demam sebab kursus hari tu
aku makan ubat macam biasa, minum 100 plus, 
takde la teruk sangat. masih boleh pegi Alamanda tengok wayang..hehe
selasa tu, aku pegi keja macam biasa
kat opis tu aku perasan, aku naik rashes
dah cuak sikit, mintak half day kat boss
pergi klinik Zalfah kat Bangi tu, doctor kacak okeh
dia kata, aku memang ada tanda-tanda denggi, dia bagi ubat and suruh aku minum air banyak.
lepas tu aku tepon mak, abah suruh pergi buat blood test.
petang tu jugak aku pergi klinik Putrajaya buat blood test
platlet darah rendah dari normal, white blood cell rendah (ada tanda-tanda virus)
dah cuak dah.
balik tu beli 100+ dengan mineral water banyak. asyik minum je.

denggi ni takde ubat. kena naikkan platlet darah tu sampai normal
insyaAllah baik.
so, nak menaikkan platlet darah tu, aku google petua-petua
kiwi,100+, kurma, air daun betik, sup ketam (ni yang aku try la)
hari-hari aku kena ripit amik darah
lebam-lebam jugak la tangan. 
tapi Alhamdulillah, aku dah tak demam masa tu, masih boleh pergi opis buat kerja.
hari Khamis tu, platlet drop jadi 130, makin cuak
aku cuti hari jumaat and rest secukupnya

mak ngan abah risau, so diorang datang KL
terharu aku, rasa macam budak-budak, padahal dah tua bangka huhuu
mak masakkan sup ketam, abah beli air kelapa 5 bijik
weekend tu memang aku rest sungguh
baca jugak surah Al-Baqarah ayat 1-25 dengan 244-255 (kalau tak salah)

hari isnin, buat check up lagi
Alhamdulillah, platlet naik 190, white blood cell 5.2 , semua dah normal
maka, aku dah takyah ripit lagi. lega sangat
aku juga menjadi statistik denggi, hari-hari pejabat kesihatan call tanya macam-macam 
aku juga menjadi paranoid dengan nyamuk
hari-hari dok menyembur je..

terima kasih kat parents ngan family aku.
juga kawan-kawan dan boss yang concern

semoga semua dijauhkan dari penyakit ni..
Amin

kad pemantauan
5 kali buat blood test :-(

Tuesday, September 17, 2013

terima kasih


Assalamualaikum

seminggu jugak la aku betul-betul terpisah dengan alam siber dan dunia luar
aku kena kurung dekat pinggir bandar sepang sana
ada tanggungjawab sikit

kenapa tajuk entry sedemikian rupa?
untuk dedikasikan kepada beberapa orang yang membantu aku semenjak dua menjak ni dan sejak setahun setengah yang lalu


1) terima kasih 1

nampak tak gentleman yang kat tengah gambar tu? dia boss aku. dengan tak malunya aku mengaku dia boss faveret aku haha. malangnya, jodoh takdak, dia kena tukar pergi unit lain. sedih, pedih, meroyanuolls pun tetap tak dapat menyelamatkan beliau. at least weolls dah cuba buat apa yang patut.
bye encik Boss, InsyaAllah jumpe lagi. bekerja dengan anda ialah salah satu "blessing" dalam dunia pekerjaan saya. Semoga sukses di tempat baru dan cepat naik pangkat :-P
*tinggalkan kuuuu..perlahan-lahan ku terimaaaaaa*

besday weols berempat yang disambut serentak, sorang takde dalam pic


2) terima kasih 2

masa kursus harituh, kami kena trekking. haa..bertahun aku tak p trekking tau. paling last pegi FRIM tu pun dalam tahun lepas kot. stamina dah la out. ini hutan betul-betul punya hutan, Hutan Simpan Tanjung Aru. naik bukit, turun bukit, meniti titian using, tali temali dan lain-lain. syukurlah dapat group yang best dan memahami. kami berlapan dapat melepasi halangan dan cabaran dengan jayanya.

pantai tanjung aru


3) Terima kasih 3
masih lagi kepada team mate kursus harituh. thanks sebab sudi menjadi kambing, upin,ipin dan jarjit hehe.. korang sporting abis walaupun kebanyakkannya ialah ibu-bapa orang.




4) Terima Kasih 4
thanks kepada blogger JariManis untuk FM dari australia ituh (gambar takde). Nanti ada rezeki, ai bagi yu souvenir dari negeri lain ek :-)



- tadi aku pergi buat check up, aku disyaki denggi.. Tolonglah bukan..:-(

dzuli

Tuesday, September 3, 2013

birthday

yo girl it's your birthday
we gonna party like it's your birthday.
-5kupang

sekali lagi dalam tempoh 2_ years
birthday aku
syukur dipanjangkan umur sehingga ke hari ini
Alhamdulillah, Allah give me what  I need :-)
semoga aku menjadi umat yang bersyukur

Barang siapa yang tidak mensyukuri yang sedikit, maka ia tidak akan mampu mensyukuri sesuatu yang banyak.” (HR. Ahmad, 4/278)

nothing much
macam biasa
pagi pegi keja - jem sikit
naik train - baca buku City of Ashes 3-4-5 pages
kat opis buat allignment untuk projek baru-pening, boss sampai naik hantu dah sebab aku tak paham-paham hehehe
balik keja -sambung baca City of ashes 3-4-5 pages, jem pulak kat Besraya
try buat cake untuk open house cawangan esok - it turn out pretty bad yo

tu je :-)

whatever pun, thanks for all the wishes
aku belum renew lesen, tadi pegi post office, offline pulak
kenaikan minyak 20sen takde kena mengena ngan besday aku hokeyh
There's no way my boss dapat diselamatkan dari berpindah, HR dah bagitau "We have to let him go"
sedih, tapi biasalah "people come, people go" , "patah tumbuh hilang berganti"
cuma yang ganti tu tak samaaaa :-(




dzuli