Thursday, October 17, 2013

down memory lane trip, ipoh - part finale

Assalamualaikum

aku tertinggal part ni, trip ni dah la sebelum posa dulu, sekarang dah raya haji dah pun
Oh, Salam Aidiladha buat semua.
aku tak balik raya pun sebab cuti sehari dan kerja-kerja hakiki pun boleh tahan banyak memandangkan musim audit telah tiba.
semua company aku pergi kena audit, takde ke tempat takde audit heh?
audit system pulak tu, filing system la hape la.


Ok la, aku sum up la trip ni dalam entry ni sebagai pedoman untuk diri sendiri (dan pembaca, ada ke?)
pagi tu kami menyempurnakan lagi satu sessi JJCM, iaitu mee kicap mat jasak.
tau mee kicap tu ape? ni memang Ipoh punya specialty, susah nak dapat kat tempat lain.
gabungan mee dan kuah kicap yang pedas-pedas sikit dengan clear soup. pehhhh!!!
memang best la mee kicap ni. nasib tak oder 2 pinggan sorang.

Lepas makan, kitaorang gerak ke Taman Rekreasi Gunung Lang
motif? takde motif. saja je nak buang masa.
sampai je sana, ada MBI (majlis bandaraya Ipoh) punya family day. ape pun tak boleh. heh!!


ni jelah dapat

boat pun tak beroperasi sebab family day ni

Tasik yang dikelilingi oleh gunung batu kapur

cita-cita nak menyeberang tasik gunung lang tak dapat,
maka kami meneruskan perjalanan. hantar kak Syidah balik rumah dia dulu, peluk cium sikit sebagai tanda terima kasih sebab sudi menjadi tourist guide dan belanja makan. hehe
 
next destination ialah Gua Tempurung.
highlights of this trip la kiranya. Ean memang nak sangat caving.
tapi masa dan korum yang tak cukup, kami hanya mampu ambik tour 1 je (Golden Flowstone)
tour guide pun takde untuk pakej 1 ni. pandai-pandai la bawak diri.
tumpang je dengar penerangan tour guide group lain haha.
 

pintu masuk

pakej-pakej yang wujud

stalagtite & stalagmite

lalu je atas platform tu.

takut gak benda ni jatuh

limit untuk pakej 1

mengah jugak. tangga melambak-lambak

pandai-pandai la guna imajinasi utk bentuk-bentuk stalagtite tu

lampu-lampu dipasang

takde motif

dah abis merayap dalam tu, keluar la
sekejap je, dalam sejam je kot. rilek-rilek je.
masa kat luar memang la dahaga sikit, panas jugak dalam gua tu.
kat luar gua ada kedai makan dengan jual makanan ringan.
kami lepak sambil makan waffle dan jeli kelapa.



tasik depan gua
 
dah abis rileks, kami terus gerak balik KL semula.
lunch dekat RnR Tapah kot.
trip ni simple,dekat tapi cukupla untuk release tension.
 
so, ape nak risau kalau takde bajet / masa untukcuti ke obersea
Malaysia pun ok..:-)



dzuli

Thursday, October 10, 2013

serabut


Assalamualaikum..
 
rasanya almost 2 minggu jugak la boss kesayangan meninggalkan aku
lepas je beliau meninggalkan aku aku, projek yang aku usahakan hampir 3 bulan kena tukar skop.
bahasa lain ialah "reject"
masa ni, terus la aku menyanyi lagu "baby are you down, down,down,down,down"
memang la down, walaupun projek direject tu pekara biasa, tapi memandangkan aku kena tukar skop bagai, proses tu akan makan masa yang lebih panjang. dan mungkin tarikh tender pun akan berubah
adoi.
 
dekat seminggu ni jugak mood aku kelaut
datang keja je, terus rasa malas semacam
member aku kata aku ni dalam "tempoh bertenang"
tapi, kerja banyak la pulak. boss ngan colleagues semua kelam kabut, aku dok bermalas malasan pulak.
 
aku pun tak tau dah nak buat camne
harap-harap kuatla semangat nak settlekan semua benda
it's no the end of the world bila somebody yang kita rasa selesa tinggalkan kita
cuma...ni yang bersepah kat bawah ni perlukan advice yang mantap  untuk diselesaikan dengan cemerlang, gemilang dan terbilang  T_T
 
 
jangan pedulik organization chart tu, untuk presentation je

Sunday, October 6, 2013

4 jam di cameron


Assalamualaikum

hari Selasa haritu, aku dipaksa pergi Cameron.
Cameron ialah salah satu tempat kat Malaysia ni yang aku sangat suka
last aku jejak kaki kat sini tahun 2011 tu
tapi, sebab kena p keja, keterujaan aku  down 50% haha

aku pergi pagi selasa dengan kak Syidah
kebetulan beliau kat KL, aku mintak tolong dia drivekan aku 
aku takut la jalan cameron tuh.

pukul 6.30 pagi aku dah memulakan perjalanan
straightaway, tak singgah mana-mana dah
kami berhenti breakfast kat gerai apa ntah, betul betul lepas masuk simpang pulai tu
sedap.

dah makan, naik atas
pergi meeting, bla,bla,bla
sejam je. heh !!
boleh pulak jumpe kawan aku Shiela tu
dia pun meeting kat tempat yang sama.

lepas meeting, kitaorang terus pergi Kea Farm
maklumlah, ada orang kirim strawberry basah la,kering la la, teh strawberry la
aku pulak nak beli ubi madu dengan jagung. 
sekejap je kitaorang kat Kea Farm tu.

Kea Farm- masih seperti dahulu

dah shopping kat Kea Farm, 
aku pergi tengok site jap
lepastu pergi Bharat Tea House
aku bukan suka sangat bharat ni, tapi nak pergi Boh sungai Palas tu jauh, jalan pulak menakutkan huhu
so, Bharat pun Bharatla...


atas: kuw teow kat simpang pulai
tengah: scones, sedap gak
bawah: teh earl grey dengan tuna sandwich
this is one of the reason why i love this place



Bharat Tea House

kat sini shopping teh sikit
beli teh strawberry untuk farhana
teh earl grey untuk aku dan teh biasa-biasa jugak.
lepas tu terus cargas ke Ipoh untuk hantar Kak syidah.
overall dalam 4 jam je kitaorang spend kat atas tu.
pukul 4.30 terus cargas balik KL.

Thanks Kak Syidah sebab drivekan I naik Cameron.
dah ada dalam kepala dah nak meripit lagi nih.

teh yang dipetik dekat Bharat