Tuesday, December 31, 2013

throwback 2013

Assalamualaikum

hari terakhir 2013. InsyaAllah esok dah masuk tahun baru
bagi aku, takde beza pun tahun baru or tahun lama
It just a matter of time, chewah wah wah
cuma, usia meningkat jelah.
usia yang meningkat berkadar langsung dengan penuaan, pengalaman hidup dan pertambahan komitmen hidup
komitmen tu boleh jadi macam macam
contoh : beli kereta baru- komitmen, kawin- komitmen, tambah anak- komitmen, kerja baru-komitmen. bercita-cita nak around the world in 80 days- pun komitmen

Imbasan 2013 atau lebih mainstream dipanggil #throwback 2013

1) Life - Takde la banyak beza sangat. Masih tak kurus, masih bekerja di tempat yang sama dengan Mei 2012, masih single..wahahahahaha. Tahun ni improvement dari kadar balik kampung dengan kekerapan setiap bulan sekali. walaupun sibuk macammana pun, pokai ke ape ke, Ibu bapa kat rumah tu kena la jenguk jugak. Tanggungjawab tu. oh, aku juga kena denggi tahun ni. pengajaran terbesar ialah " sihat sebelum sakit"

6 hari ambik darah

2)  Job -  kerja tahun ni memang exciting bila aku diberi kepercayaan untuk handle beberapa projek yang agak mencabar. Thanks to semua bosses sebab mempercayai staff yang mempunyai penyakit mood swing ni. memang agak busy tahun ni. bukan aku je busy, satu opis pun busy. kadang-kadang kami mengular jugak untuk release tension (contohnye hari ni). Paling memberi kesan kepada department kami bila seorang boss tu terpaksa berpindah. dengan pasrah kali melepaskan beliau. nak buat macammana, kuasa bukan ditangan kami pun.


projek terbaru, letaknya di sini
di negeri ni pun ada satu..

3) Travel - ada la improvement sikit dari tahun 2012 which is completely on hiatus, ada la pergi obesea sekali (Surabaya- Jogjakarta), beberapa tempat dalam Malaysia yang agak mainstream seperti Perhentian dan Langkawi. Syukur walaupun sikit je tapi each destination give a different experience. pinjam tagline MAS "Journeys Are Made by the People You Travel With" haaaa gittew.
Alhamdulillah, people whom I travel with ialah yang terbhaekk. walaupun weolls terpaksa naik keretapi kelas bisnis, tido hotel murah dan berjalan kaki beberapa kilometer.

Thanks dekat kawan-kawan yang menjadi travel mate (masa travel), best friends (masa ada problem), housemate (budak kecik baju oren tuh), coffee mate (masa mengopi) dan wayang mate (masa tengok wayang).

Kak Azma akan bertolak ke Melbourne esok, hilangla sorang member mengeteh. Bye babe..stay safe, Ingatlah Malaysia tersayang kerana Malaysia need wise people like you. Jangan brain drain kat sana pulak haha. Kalau dapat husband mat salleh, jangan lupakan I, sambungan The Hobbit you tetap kena tengok dengan I tau

Bromo ( yang tengah tu akan fly ke Australia esok, Ayem jelly)
Perhentian (species terlebih gula semuanya)
Langkawi ( aku tak kenal pun diorang ni. haha, tapi thanks for the ride)

Happy New Year
yang baik kita kekalkan, yang buruk kita tinggalkan
InsyaAllah




dzuli

Sunday, December 29, 2013

Hujung

dua tiga menjak ni banyak menghabiskan masa  sorang diri
biasalah, kalau dah duduk sorang-sorang tu
macam-macam la memikir. dasar wanita.
disebalik memikirkan masalah harga ais naik, tol yang bakal naik dan LRT pun nak naik
sambil menyumpah didalam hati
kamon  la, give us a choice.
dah minyak mahal, tol mahal dan public transport pun lagi mau mahal
pengguna bertambah setiap hari tau.
tu satu masalah

masalah lagi satu
cinta lama berputik kembali
oh, bukan terhadap boyfren lama. dia sudah kawin :-P
sebelum kedatangan K-pop
aku ialah peminat J-Pop
Arashi to be precise.
ni Japan punya version of Backstreet Boys. 14 tahun dalam industry,still strong and handsome
lama gila tak layan diorang. tetiba terlayan dan addict !!!
abih aku download segala concert dan drama
lagi la malas nak keluar rumah. hiks

aku percaya, selain daripada menghavockan diri dengan agenda sosial
sekali sekala kena jugak rileks2 kat rumah, lepak sorang-sorang
baca Al-Quran, baca buku, tengok drama
dari situ datangnya inspirasi
wah gituuu.

masalah lain
aku kemaruk nak travel !!
hah!!
ni masalah. kerja sekarang kurang mengizinkan.
projek bertingkek-tingkek dan kebetulan aku dapat projek yang agak mencabar
wuwuwuw..busynya
lama dah tak berbizi bizi gilsbabas  ni hihi
deadline around the corner and siap tak sampai 50% pun lagi ni.
tambah pulak dengan meeting, site visit tak lama lagi VM.
tapi
Aku suka kerja aku. sincerely.
lagi satu, ofkos la monetary
aku ada plan sikit
maklumlah duit kurang banyak, benda nak kemain banyak
cuba bersyukur sikit. ada orang struggle everyday just untuk satu kehidupan tahu
" kalau kamu tidak mampu bersyukur dengan nikmat yang sedikit, bagaimana kamu hendak bersyukur dengan nikmat yang banyak"

masalah lagi
tu pergolakan dekat Thailand tu
rasanya tak dapek weolls nak main cross border tahun depan

masalah lain
asyik rasa nak makan je

masalah lain-lain lagi
website KTMB sengal
aku nak beli tiket balik kampung ni

tahun 2013 pun dah hampir sampai ke penghujung
azam? haaaaaaaaaaahhhhaha
ada lagi 2 hari nak fikir

letih bebel, jemput minum peanut butter latte ni. only at Coffea Coffe






dzuli

Saturday, December 21, 2013

langkawi - part 4 (Cable Car, Oriental Village & Laman Padi)

Assalamualaikum

sambungan episod langkawi yang dah 2 kurun berlalu tu
hari ketiga di langkawi.
wajiblah kiranya pada sesiapa yang datang Langkawi ni naik cable car ni. (Jatuh taraf wajib tu)
terletak di Gunung Mat Chinchang dan ketinggian lebih dari 700m dari paras laut
menyebabkan si penggayat macam aku ni ketaq lutut hihiii

pagi-pagi buta lagi aku dah datang sini
taknak beratur panjang dan taknak buang masa
tiket RM 15 utk mykad.

mula-mula jalan dekat oriental village dulu
lepas tu baru beratur beli tiket





tudung tak Iron..hehehe
  
Sebagai rakyat kedah yang pertama kali datang sini
jakun jugak la..cantik woh
rasa macam sedang menggapai awan (bukan awang kucing kakcik tuh)
memang breathtaking la kiranya





katanya suspension bridge ni dah ditutup selama-lamanya

observation deck


lepas merayau-rayau kat situ
kami singgah laman Padi
saje je nak amik gambar sawah padi. masa ni baru lepas hujan.
cantik jugak la tempat tu





balik dari Laman Padi, kami check in hotel lain pulak
malam last katanye, nak duk hotel best sikit
kami amik Landcons Hotel. dekat dengan chenang Mall tu
RM 100/night. biasa-biasa aje. macam hotel bajet la. tapi bilik agak besar.

Landcons Hotel, depan underwater worls
Lepas rilek-rilex,
kami pergi pekan Kuah nak soping coklat
haaaaa..amik kau, coklat dekat 3 guni (banyak kiriman orang je sebenarnye)
pegi beli coklat dekat HIG dgn THS.
balik tu sambung lagi beli dekat Ole-Ole langkawi, Chenang Mall tu..hihhiiii
Hasil tuaian kami


bersambung

Sunday, December 15, 2013

kolumpo

Assalamualaikum

pernah dengar movie Kolumpo?
movie ni macam indie la kot
tak la digembar-gemburkan sangat di media

best!!!!
aku memang suka movie about life
dan jalan cerita dia real
takde kereta mewah, takde syarikat multimillion, takde kuntilanak dan mat rempit
(cukup-cukupla cerita hantu, gengster dan mat repit)

movie ni macam everyday typical malaysian life gituuu
Filem ni ada 3 cerita dalam dia

1) Pasal pendatang asing dari india, datang nak mengejar cita-cita tapi ended with kena tipu - kesian weh, pelakon dia Azzad Jasmin. and mamat ni pandai berlakon sampai aku tak rasa dia orang Malaysia hehe

2) pasal perempuan Cina yang avoid call dari mak dia dan terperangkap dengan seorang nenek - ni terasa iolls hehe, ye la kita ni konon2 dah matang, dah boleh tentukan hala tuju hidup sendiri dan jaga diri sendiri tapi sebenarnya mak kita still risau kat kita.

3) pasal budak laki forever alone jumpe sharifah amani yang living life tu the fullest - maybe about cari kawan/pasangan..hahaha


pergi la tengok.
Highly recommended




dzuli

Wednesday, December 11, 2013

update terkini


busy sikit
hujung tahun ni banyak pulak jemputan karaoke, movie, mengeteh dan lain-lain

outstation pun ada 2 bulan ni.
semua belah pantai timur.
nak balik kampung pun tak sempat
hampunkan anaknda...

deadline lagi sebulan setengah ni.
masa untuk menggelupur siapkan kerja hahahaha


haih.


makan churros..omnomnomnom


dzuli