Monday, February 10, 2014

February yang normal

 

Assalamualaikum

wau..sudah bulan February
masih lagi tidak bergiat aktif dengan acara berjalan-jalan mencari pasal, berjalan-jalan mencari makan atau berjalan-jalan mencari jodoh. wah !!

sebulan di tahun 2014 banyak dihabihkan dengan kerja dan balik kampung dengan purata kekerapan 2 minggu sekali.(mengikut rekod foursquare)
baguihnya, anak sapa ni?

selain itu, aku juga menghabiskan duit dengan menukar timing belt kereta, menukar no plate kereta yang patah riuk, menukar bulb lampu kereta yang terbakar, membayar insurans dan road tax kereta, membeli perlatan rumah seperti vaccum cleaner dan kuali yang berkualiti.
mungkin impian aku 2014 ini ingin menjadi lebih ladylike dengan rajin mengemas rumah dan mencuba resepi-resepi baru yang sihat *muntah pelagi*.
hasil-hasil percubaan memasak tu termasuk la caramelized banana yang hangit (not edible at all) dan Rockyroad (edible tapi tak tempting).

selain daripada 1 plan trip yang memang terpaksa dibatalkan atas sebab politik dan 1 lagi masih tergantung di udara sebab kami semua busy !!. bukanlah kami ni career woman sesangat mahupun CEO syarikat multimillion ataupun menteri, tapi kami ni kan makan gaji selain dari menggalas tanggungjawab sebagai "woman who pay their own bill", kena la komited sikit, kalau tak keja kuat sapa  la nak bayo hutang piutang kat bank or sapa nak belikan handbag ataupun mascara kitaorang?takpelah travel tu just a hobby kalau ada duit lebih dan masa lebih.
sekarang ni duit takde lebih, masa lebih tu ada la jugak sikit2. tapi seriously I miss travel a lot. aku rindu buat itinerary, review hotel dalam website atau leave comment dekat TripAdvisor :-P

Acara makan-makan di luar pun dah lama dihentikan. makan tempat biasa-biasa  seperti Chawan, Pappa Rich, Shaari Tomyam, Foodcourt TBS, mamak TBS, KFC tu ada la. malas la nak review.
Tak sempat lagi nak pergi mencuba restoran-restoran baru yang sedang menjadi talk of the town di bangi seperti burgerbytes, Fresco ataupun Tat Nasi Ayam.
 

ni sesi mengeteh, mengumpat dan test suara sendu :-P
 
Nasik lemak  The Tarik Place - Sedap
 
Hujung minggu,aktiviti macam biasa je. kadang-kadang keluar mengeteh sambil bergossip seraya meluahkan perasaan dengan kawan kawan-kawan baik. kalau malas nak keluar duduk je rumah sambil menonton drama-drama terkini ataupun J-TV show di website sambil menjalankan operasi membunuh lipas, mencuci peti ais, bilik air dan lantai dapur. kalau masih boring, pergi je rumah abang, makan dan tido macam kat rumah parents aku. hiks.
 
Sekarang pulak aku tengah menguruskan 3 projek yang berjalan serentak. 2 daripadanya in-house dan 1 lagi mempunyai team yang sangat proaktif. asyik mengejar progress sampai ke malam-malam buta pun. siap buat group wassap lagi. untuk memudahkan komunikasi katanya. jangan group tu jadi tempat menghebahkan dakyah politik sudah, aku backhand je karang. tapi rasa seronok jugak sebab dapat belajar banyak benda. setakat ni semua pihak sangat cooperative.
satu lagi pulak dalam dilemma disebabkan survey data. yang ni buat aku nak menangis sebab due date dah dekat, problem masih tak setel-setel lagi.
 
Tiba-tiba jugak bulan ni aku dapat sakit pinggang. Sakit gila, nak rukuk masa sembahyang pun rasa nak menjerit apatah lagi masa nak bangun dari tido. kalau bangun pagi tu ,rasa nak merangkak je masuk toilet amik wuduk. Tak pasti la punca dia kenapa. Sabar je la. Kifarah mungkin
 

dah 3-4 keping tempek benda ni, hasilnya ialah hmpphhhhhh


selamat bulan februari
 
Jemput makan Boston Cheese Cake dan Iced Cappuchino
 
* Iced cappuchino di Gloria Jeans ialah sangat sedap mengalahkan Starbucks. #firsttimeminumGloriaJeans 
 
 
dzuli 


2 comments:

  1. byk betul aktiviti bulan FEb nihh..sakit pinggang..dah ok ke belum...cer gi ngurut

    ReplyDelete
  2. ok la sikit.. tak tau tempat nak ngurut. saba je lah kejap heehe

    ReplyDelete