Monday, February 17, 2014

naik pangkat dan ngeteh bertingkat-tingkat

Assalamualaikum

ngeteh :
perbuatan melepak dengan kawan2 sambil menikmati kudapan ringan(selalunya teh dan kuih muih) lazimnya di warung2 kecil

perkataan ini selalunya dipakai oleh orang2 selatan semenanjung
jom pegi ngeteh warung2 pak atan.  (source: Kamus dialek)

ngeteh, literally (minum teh tarik)
menyirap, (bak kata Mhairitahir)

mengopi (dalam kes ini, minum kopi cap Tupai & kopi Aik Cheong)


weekend hari tu aku menghadiri acara mengeteh secara bertingkat-tingkat
pukul 11.00 aku mengeteh dengan zu sambil mewayang cerita Lego.
movie tu memang lawak tapi not my cup of tea kot. kalau budak-budak ataupun peminat Lego mesti suka.

Petang tu, kawan aku si Khafi tu tetiba roger ajak bergosipan.
Layan jugak sebab lama tak jumpe dia dan dapat la bergosip hangat dengan beliau di Wondermilk yang overrated tu. Gossip paling hangat ialah apabila dia terpaksa akur dengan dunia pekerjaan yang penuh mencabar dan membeli sebuah kereta baru. Jangan lupa bawak aku jalan-jalan amik feel nanti tau !!

Ahadnya pulak Kak Azma yang menetap di Australia tu balik Malaysia 2-3 minggu ni untuk uruskan wedding adik beliau. So, ngeteh dengan dia pulak untuk bergosipan stok 3-4 bulan. warga ostolia sementara ni mengidam nak makan Chawan kekdahnya, maklumla kat melben takde Chawan, Pappa Rich ada la.

ketiga-tiga acara ngeteh di dijalankan di tempat yang sama iaitu Citta Mall. agaknya waiter Chawan tu dah cam muka aku sebab datang 2 hari berturut-turut pada waktu yang sama !!.  Kalau setakat nak ngeteh dan tengok wayang tu Citta Mall agak sesuai sebab orang tak ramai, parking free dan F&B outlet dia pun agak menarik. Tapi acara window shopping/shopping tak sesuai sebab takde mende sangat pun melainkan Times Book, butik apentah, Harvey Norman dengan Macy je yang ada.

Semalam juga, lebih kurang pukul 6.30 petang aku telah naik pangkat menjadi mak sedara. Anak buah aku yang pertama dilahirkan oleh mak dia iaitu kak cik aku. baby boy seberat 3.4 kg melalui kaedah Caesar sebab katanya kedudukan melintang. takpela, Alhamdulillah baby dan ibu selamat.
tazabar nak balik kampong weekend  ni untuk melawat budak itu secara live. sehingga sekarang dia masih anonymous.
maka lepas ni dah kena allocate duit raya, beli souvenir kalau pergi jalan dan kena berpura-pura matang untuk menjadi contoh terbaik. Mungkin kasih sayang mak aku akan terbahagi dua. katanya nenek-atok ni lagi rindu cucu berbanding anak sendiri..hmmphh *jelly*

dicurik dari Fb adik ipar aku hihii. 
semoga menjadi anak yang soleh, tolong mak kamu jaga Awang tau nanti :-D
myGod, lepas ni aku akan dipanggil Mak Ngah..ngeee
I nak urban sikit la, call me auntie dzuli tau :-P





dzuli




6 comments:

  1. JM tertipu...rupanya naik pangkai lain hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni pangkat yang menggembirakan lebih dari bias a..hehe

      Delete
    2. Ni pangkat yang menggembirakan lebih dari bias a..hehe

      Delete
  2. Ngeteh dan mengeteh.. tiba2 perkataan ni jadi famous lak hahahaa.. bahaya ngeteh nie untuk traveller.. sebab susah nk kumpul duit hahahaa..:D
    hehehee.. naik pangkat mak sedara rupa nyer tertipu macam Kak JM :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ngeteh selalu, asalkn kat tempat yg mur-mur sudahh..hehe

      Delete
    2. tempat mur mur pun jadi lah hahaha :D

      Delete