Friday, March 14, 2014

Melaka 2014- Foods


Assalamualaikum
hari ke 6, jangan putus berdoa untuk MH370 ya. put all trust to Allah
doakan juga agar hujan turun untuk menghilangkan jerebu dan bekalan air pulih seperti biasa. 
IPU di Port klang dah catat bacaan paras bahaya, 300 ++. So, jaga kesihatan anda.
Mungkin Malaysia sedang diuji. siapa tahu kan?


last weekend, aku, Zu dan Ean telah pergi  ke Melaka.
yup, the day MH370 dilaporkan hilang. 
last time aku ke Melaka ialah pada tahun 2011. so 3 tahun dah berlalu.

kali ni tujuan utama aku ialah nak terjah Muzium
aku dah bagitau rerakan siap-siap "uolls, kali ni iolls nak tgk muzium yang berlambak-lambak kat Melaka tu, harap uolls tabahkan diri" gitu.
no more bukit st.Paul, A famosa ataupun Zoo Melaka hehe
Tapi kerana aku sangat busy last week, aku tak sempat google sangat pun. aku just book hotel dan tanya-tanya orang sikit. tu je

tapi, part ni aku cerita pasal makanan dulu lah
atas suggestion beberapa orang rakan (zara, Dj dan Wati)  dan adik aku
kami memilih beberapa spot yang sangatlah highly recommended  kepada mereka yang datang ke Melaka.


1)Hentian Kuih Kampung, Ujong Pasir

lokasi dekat dengan Balai Polis dan Hotel(tak ingat hotel ape). ni pilihan Jalan-Jalan Cari Makan tau
masa kami sampai ni around pukul 1 lebih. nak cari tempat ni tricky jugak, waze pun tak jumpe last-last tanya budak kerja Shell.
pukul 1 lebih tu  memang cun untuk lunch. kami telah mencuba asam pedas. Asam pedas dia sangat awesome okeh. sedap gila
dah nama pun hentian kuih kampung, tersangat la banyak pilihan kuih muihnya.( tak sempat snap gambar)
yang kami try ialah keria gula melaka, bingka ubi, buah melaka dan cara berlauk, talam sagu. semuanya sedap hoii.
harga untuk semua ni dalam RM 30++ je.

Asa pedas pari, tenggiri dan daging tetel.
 
2) Dutch Harbour Cafe, Jalan Laksamana
 
Lokasi dekat tepi-tepi sungai tu. kalau jalan kaki kat tempat yang banyak-banyak mural tu InsyaAllah jumpe, kalau naik kereta aku tak pasti nampak ke tak cafe ni dari tepi jalan. Masa kami sampai dah after 7 p.m, diorang dah serve set dinner. kami ni nak makan laksa melaka. mula-ula kitaorang buat-buat nak blah la sebab laksa melaka dah tak serve, last-last budak waiter tu "takpelah, demi akak, kitaorang buatkan laksa" yess, birjayaa
Laksa dia sedap ala-ala curry laksa dekat secret recipe tu. 3 orang makan kat sini RM 44++. ambiance yang cantik dan feeling di Venice hahaha.

best tau makan tepi sungai ni. jangan risau, takde bau  sungai
Laksa Melaka

3. Roti Nan Pak Putra
 
Lokasi tak ingat, tapi dalam 1.5 km dari jonker street. ramainya orang ya ampun. sampai terkeluar-keluar dari sempadan kedai haha. roti nan dia sedap gak la, lembut. kuah pun sedap. aku dengan Ean amik cheese nan, Zu amik butter naan. aku tertukar dengan Zu sebab tak tau yang mana satu. tapi butter naan tu lebih sedap dari cheese nan. Cost 3 orang makan kat sini kurang dari RM 15 (harga sebenar tak ingat)



4. Ee Ji Ban -Halal Chicken Rice Ball
 
Lokasi dia dekat Jalan Melaka Raya, agak dekat dengan Mahkota Parade semua tu. Yang ni Wati pesan siap-siap suruh try makan kat sini. Kebanyakkan restoren Chicken Rice Ball kat Melaka ni non halal, so ini ialah option terbaik untuk muslim. Sedap jugak la nasi ayam dia. flavourful dan ayam dia pun sedap. Minum pulak dengan air longan. Peh... lagi  mengancam. Total 3 orang makan, ayam half bird, nasi 15 bijik,sayur dan minuman ialah RM 37++

5 bijik sorang
 
5. Kopi Hang Tuah
 
Kopi ni kami try masa melawat Rumah Hang Kasturi dekat Kompleks Hang tuah. Owner dia peramah. saje je mengada nak try. Beli 1 cup dan share dengan Zu. Ean tak minum kopi. Pakej kopi bersama roti kok FOC hehe. Sambil minum, boley merayap dalam rumah tu untuk bergambar dan try terompah hand made. Rasanya seperti kopi kampung biasa, strong. tapi aku suka je. Secawan RM 2

Dah pakai sachet, takyah dah tapis-tapis
 
6. Jonker Fruit Tea
 
Lokasi kedai ialah di Jonker Street, Jonker Gallery yang jual souvenir comel-comel tu. Ajaran minum benda ni dari Najah, dia suka beli kat kitaorang dulu. Ingat nak beli buat souvenir, sekali set yang 1 box ada 8 tu dah habis. Nak beli yang loose, masak pulak nak bawak ke parking (kami parking dekat muzium samudera). So, beli sorang sebotol nak buat syarat. My favourite ialah Apple+ Guava. tapi haritu dah habis pulak, terpaksa minum apple+peach.
 

apple lemon, apple passion and apple peach tea.

 next entry aku akan cerita pasal muzium dan accommodation pulak
 
 
dzuli

7 comments:

  1. asam pedas makan ngn telur masin mmg marveles!eejiban tu menggamit laaa...sedap....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak berapa suka telur masin hehe.. aah Ee Ji Ban tu not bad laa...

      Delete
  2. Klau ke melaka mesti cari asam pedas coz kt sana je rasa nyer sedap lain mcm je ntah mcm mana dan apa yg dorang letak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni 1st time try asam pedam pure Melaka. memang best

      Delete
  3. cik Dzuli.. anda telah buat org oz kepingin mau makan keria... masaklah mana nak cari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala orang oz, masa ni la nak asah bakat masakan tu. Setakat Kuih keria tu, buat pejam mata je hahaha

      Delete
  4. Hye, I'm a new blogger :) Salam perkenalan, Kalau tak keberatan jemput singgah dan follow blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete