Tuesday, March 18, 2014

melaka 2014- rumah tradisional melaka & Hang Tuah Centre

 
Assalamualaikum

episode kedua di Melaka ialah Muzium. Melaka ialah negeri yang paling banyak muzium. so kalau datang sini, lawatlah beberapa muzium yang menarik perhatian anda. Aku memang suka jugak muzium-muzium ni, Ingat lagi masa kecik-kecik rajin bebenor abah aku bawak pegi muzium, Kalau sekali sekala turun KL, segala mak nenek pameran dekat Muzium Negara tu abah bawak pegi tengok termasuk la Memorial Tunku Abd Razak la, Rumah P. Ramlee la, Pameran Tamadun Islam la dan macam-macam lagi benda-benda macamtu. Bila dah besar, dah pandai baca majalah hiburan, dah taknak dah layan sejarah ni, semua ajaran abah aku dilupakan begitu saja haha.

Lepas makan, kami menuju ke kompleks hang tuah dekat Duyong. Aku tau tempat ni lepas baca blog Dj.
mula-mula pergi usha, seluruh tempat tu berpagar, macam tutup je dah la sebijik kereta pun tak nampak. Takpe, kami pergi rumah tradisional Melaka dulu, dekat dengan perigi Hang Tuah. bayaran RM 2. konsep dia macam Gopeng Heritage House tu. Rumah ni ada tuan punya, tapi dijaga rapi dan ditukarkan menjadi ala-ala muzium gitu.


ni highlight Rumah Melaka, tangga yang meriahuolls
 
boleh main congkak
ukiran kayu. Lawa nih
ada verandah. ui seronoknya
Pandangan depan rumah dan depan kitaorang

Aku tanya budak kat situ pasal muzium hang tuah tu, dia kata bukak je. so kami pergi usha lagi dan baru nampak pintu kecik yang dibuka. hah, lega. Bayaran masuk RM 3 je. Muzium ni modern sikit, banyak permainan interaktif, tayangan video dan animasi, video 3D pun ada. Kebanyakkannya pasal sejarah Melaka la. Animasi dia lawa. Dalam ni tak la besar mana pun. tapi ok la. budak-budak mesti suka. Lama jugak kitaorang spend masa kat dalam ni. Main game berdagang di pelabuhan Melaka la, buat keris la, tengok movie pasal Melaka dan percubaan untuk bersilat hehe.

barang dagangan masa zaman kegemilangan Melaka
Interior dalam Muzium
Tayangan animasi pasal hang tuah.
bahagian luar muzium, mengekalkan ukiran senibina Melayu, ewahh
Lukisan dekat luar muzium

dekat sini, ada jugak rumah-rumah tradisional yang lain yang berfungsi sebagai muzium jugak. Ada rumah Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Lekiu dan Hang Lekir (5 bersaudara la kan, sape tak kenal boley bukak buku sejarah sekolah menengah)
Sebab tempat ni masih baru, just rumah Hang Jebat (pameran keris) dan Hang Kasturi (pakaian tradisional) je yang dibuka. Rekabentuk rumah-rumah ni hampir sama, tapi tema dia berlainan.

Aku rasa, tempat ni bakal jadi hot spot dikalangan pelancong. Tempatnye pun cantik dan jauh dari city centre.

Rumah Hang jebat- pameran keris kat sini. segala macam keris ada
Gamelan kot? Diorang ni gigih bermain sepanjang hari -respek !!
Pelbagai jenis keris-Jangan sentuh

so, aku cadangkan kalau ke Melaka, silalah datang ke sini.
bersambung untuk muzium-muzium lain yang kami terjah.

dzuli




8 comments:

  1. Ye betul..sesuai sgtt dengan namanya Melaka bandar bersejarah kan :-)

    ReplyDelete
  2. oh aku tak masuk plak umah jebat tu....amek gmba dr jauh je....hehe tp mmg bestkan muzium ni...aku kagum malaysia ada muzium mcm ni...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, memang kagum sebab dalam dia modern, tapi luar dia tradisional. excited aku masa dok merayau2 dlm tu hehe

      Delete
  3. Dzuli, alamat masih sama ke...unit hidrologi :-)

    ReplyDelete
  4. Perghhhh respect sungguh pada pemain muzik tu.. boleh tahan main sepanjang hari.. :D
    By the way malu jer aku ni sebab baru tahu akan kewujudan tempat2 ni hehehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. t.t orang melaka ke? saya pun tau dari blog dj, haha

      Delete
  5. Lovely colorful houses =)


    www.littlenomadid.blogspot.com

    ReplyDelete