Saturday, March 22, 2014

Melaka 2014 - Street art, Jonker Street & Melaka River Cruise


Assalamualaikum

salah satu tempat aku rasa wajib pergi kat Melaka ni ialah area tepi sungai yang banyak mural tu. Jalan tukang besi kot, ke tukang emas. Tak ingat dah. Sebab dulu aku tak jumpe tempat ni, kali ni aku menetapkan keazaman untuk cari tempat nih. Aku parking kereta dekat Jambatan Pasar, sebelah hotel 906 Riverside. apasal la aku tak jumpe hotel ni masa cari dalam Agoda haritu. Chaghe la lokasi dengan Exterior dia. So, dari jambatan tu, kami berjalan menyelusuri sungai ni. Highlights dia mural/street art yang berwarna-warni di belakang bangunan-bangunan tu. Tapi, kami berjalan di seberang street art tu, tak dapat la berposing di dinding sambil melakukan aksi-aksi video clip hip-hop. Ambik gambar dari kejauhan je la. Masa ni around pukul 6p.m rasanya. sedang elok la nak berjalan sebab dah redup dan hampir-hampir sunset. Ada efek romantic jika anda berjalan dengan pasangan anda. Efek galak bergambar pun boleh jika berjalan dengan rakan-rakan.

 *maaf jika sakit mata. white balance kat gambar tak balance langsung. lupa dah nak edit white balance kerana sudah meninggalkan dunia dslr dan photoshop *



macam-macam ada

yang kuning tu macam restoran je.
Melaka River Cruise

kalau berjalan, kita akan sampai ke deretan café-café dan Bar. Ada yang halal, ada yang non halal. Tanya la dulu kalau nak makan. Malaccafe ni tutup pulak masa ni. menurut adik aku, mereka menghidangkan western food dan Coffee yang havoc. Dutch Harbour Café sebelah ni je.


kita juga akan jumpe benda nih!! "Welcome to Melaka". Sebelah ni ialah Geographer Café yang menjadi bualan hangat di laman sosial. Tapi Geographer Café tu non-halal rasanya sebab ada serve alcohol.

nah,aku pose satu.

Orang kata, "tak Melaka la kalau tak pergi Jonker Street" haa, begitu sekali jatuh hukum dia.
Masa kami datang ni weekend, so area jonker walk tu ada macam night market la. Sekarang dah bukak HRC Melaka, masa 2011 belum ada lagi kot. So, haruslah bergambar di gitar dia. Kami tak jalan banyak pun kat jonker ni sebab takde barang pun nak beli. Just pergi Jonker Art Gallery untuk recce apa yang best.
Makanan yang dijual sepanjang jonker street ni kebanyakannya ialah Chinese street food, so limited sikit la nak makan tu kan. Tambah pulak, malam minggu, manusia ya ampun la ramai, berlaga vontot kat dalam tu, lagi la tak kuasa nak jalan lama-lama.

beratur tau nak amik gambar depan ni.
lawa pulak building ni.


Dah beli apa yang patut, kami bergerak ke Melaka River Cruise pulak. Malam minggu harganya RM15/person. Dapat goodie bag ada air dan biskut. Masa naik ni, sibuk mengelak percikan air busuk. Nak bergambar pun dah malas. Camera aku pulak kalau gambar malam memang la hampeh. So, gambar takde. hehe.
Pemandangan malam agak cantik, terutama area Kampung Morten. Cuma tu lah, masa ni air agak cetek sebab musim kering, maka bau air sungai amatlah tidak menyenangkan.
Masa balik tu ada la dia mainkan penerangan tentang sekeliling sungai Melaka ni.


goodie bag dan tiket
Jambatan Hang tuah


so, 1st day at Melaka pun berakhir dengan meriah sekali. Malam tu kami tidur kat hotel AL-33,
rujuk website AL-33 Hotel. Jauh sikit dari Jonker tapi ada parking space, rate dalam 110/night sebab superior twin. Boleh tidur 3 orang. Ada TV, iron facilities, free drinks (bancuh sendiri), cleanliness memang memuaskan hati sebab hotel baru. Staff pun peramah dan baik. Akak bagi 4 bintang untuk hotel ni. 



dzuli

6 comments:

  1. Pantas betul dia update entry Melaka. I rasa ketinggalan kebelakang sangat2. Btw, macam mana boleh dapat goodie bag plak masa naik River Cruise tue? Sbb naik night ride ke? Pesal air tue, mmg tak leh denied lar. Puas mengelak dari terkena air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..pantas sebab lama x buat entry..hehe.
      i pun rasa dapat goodie bag sebab night ride. harga jadi rm15. sebab dia tulis "night combo"
      i pulak duduk depan, ciss, memang la dok elak air je

      Delete
  2. treet art tu mmg ohsem, nk potoshoot gatal2 kat sana ngan pasang tp d manakah 'org' tu. Ha'a klau ke melaka klau x ke jonker strret cam x lengkap je tp itulah org melaka sendiri mesti dh x layan tempat2 ni kan dzuliS

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan risau JM, orang itu ada dimana2 hehehe.
      rasanya org melaka pun dtg sini sebab ramai gila-gila.
      mebi sebab food dia kut. saya suka suasana jonker street tu, heritage hehe

      Delete
  3. Agak nyer lah kalau kene air sungai yg berbau tu.. boleh buat solat tak ? huhuuuu.. :D
    Lawa Melaka ni..dah berapa tahun tak pernah pergi bandar melaka.. Jonker Street.. akan diingati untuk dilawati :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak lalu nak buat kumur2 la..haha
      2 jam je dari KL, boleh pergi bila2 pun

      Delete