Tuesday, April 1, 2014

melaka 2014- Kg. Morten, Muzium Samudera & Muzium Kesultanan Melayu

 
Assalamualaikum
 
ni last part dlm episode Melaka ni. yela 2 hari 1 malam je pun.
Last day, pagi-pagi buta dah bangun bersiap. masa tidak boleh dibazirkan.
mula-mula pergi Kampung Morten dengan harapan nak breakfast kat situ
malangnya satu kedai makan pun tak bukak. dan kampung morten di waktu siang tidaklah secantik waktu malam (maaf, terlebih honest)
Kampung ni dibiayai oleh kerajaan negeri dan juga dikenali sebagai Malay Living Museum.
bolelah tengok rumah-rumah tradisional yang cantik dan colourful tu.
Aku rasa ni satu usaha yang baik oleh kerajaan negeri bagi memastikan warisan ini sentiasa kekal di Melaka
 
salah satu rumah yang menarik

Jambatan kampong Morten

Jambatan lagi
ni antara rumah yang meriahuolls
replica rumah dia gamaknya.
2 orang model kampung morten

Lepastu, kami terus gerak ke Muzium Samudera. Breakfast pun dekat food court situ je. Muzium samudera ni ialah replica kapal apetah then ada jugak bangunan sebelah tu yang mempamerkan macam-macam barangan berkaitan kapal. Tiket masuk RM 3 kot.
Melaka ni dulu sebuah pelabuhan yang maju tau, ada lebih dari 86 bahasa dituturkan dan Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca. Apasal sekarang kita menjadikan bahasa inggeris sebagai lingua franca? hahaha.
dalam ni ada replica bilik nakhoda, bilik kurungan,deck kapal dan lain-lain. seronok jugak


 

Barang dagangan zaman dulu
muzium samudera (bangunan sebelah kapal)


Dah habis muzium samudera, kami pergi pulak ke muzium kesultanan Melaka. Lokasi dia dekat dengan A-Famosa. on the way dari muzium samudera tu, kita juga akan lalu banyak lagi jenis muzium macam muzium seni Islam, muzium UMNO, Muzium Keretapi dll. Kalau rajin bolehla masuk semua.

lalu je depan A-famosa ni
Muzium Kesultanan Melaka

Dalam muzium ni banyak dipamerkan tentang kesultanan Melayu la macam replica istana, replica biliktidur sultan, balairong, pakaian-pakaian tradisional.
ada jugak lukisan tentang pertarungan Hang Tuah.

apekehal korang menghadap sultan patung tu?
Pakaian tradisional
replica istana melayu
 

sepanjang bangunan ni ialah muzium.


Tamatlah sudah percutian ringkas menjejak warisan di Melaka. InsyaAllah akan kembali lagi sebab ada banyak lagi yang belum explore.


takziah kepada keluarga penumpang dan crew MH370 setelah disahkan pesawat itu berakhir di south indian ocean. sebenarnya aku rasa setakat ni, takde sesiapa pun tahu apa yang terjadi dekat flight tu melainkan Allah. so, berhentilah buat teori dan andaian yang semakin hari semakin pelik dah.
kawan aku cakap " Malaysia ni Negara kecik yang aman damai dan tak biasa dengan tragedy yang sangat menyayat hati seperti ni" which is so true. aku percaya seluruh Negara merasai kesedihan yang dialami oleh keluarga penumpang dan crew MH370.

Doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka, untuk crew SAR dan untuk Negara. hopefully pencarian ini berakhir  dengan segera.
 
 
 
dzuli

6 comments:

  1. Melaka Bandar Bersejarah... memang patut banyak bersejarah.. lama dah ni tak jenguk2 ke sana.. bila la nak ada free time nie huhuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. weekend ni pergi la..haha

      Delete
    2. ok dah booking hotel kat sana.. tetiba teringat entry dtg balik nak baca hahaha :D

      Delete
  2. rumah2 d kg morten tu bersih dan terjaga kan..kiranya tidak berpenghuni lah ek..x boleh masuk ke dalam umah tu ke..nak jgk tgk decoration dlm umah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua rumah kampung morten ni ada tuan rumah dia. sebab tu dipanggil malay living museum. ada rumah yg boleh naik rasanya

      Delete
  3. salam. boleh x saya nak minta nombor org yg sewakan kereta semasa awk bercuti di terengganu... tolong eh... nurraihan29342@gmail.com

    ReplyDelete