Monday, May 5, 2014

grafa cafe, Subang Jaya



Assalamualaikum
Happy Monday blues, sesapa yang cuti panjang minggu lepas mesti super duper blues kan?
Aku tak sambung cuti pun, maka weekend haritu dipenuhi dengan acara mengeteh jelah.
Mengeteh dgn Zu, Khafi, Najah. huh, memang la tak kurus haha
 
Nak share satu café yang diperkenalkan oleh Najah iaitu Grafa
ni katanya pioneer kepada hipster-hipster café yang makin banyak umpama cendawan tumbuh selepas hujan pada masa kini.
Lokasi dia dekat SS15, Subang Jaya. dekat area-area shoplot tu. Parking agak hazabedah sebab banyak gila outlet F&B area ni.
waze jelah, InsyaAllah sampai.
 
café ni bukak pukul 12.00 tengahari, so aku pergi untuk brunch la
menu agak banyak, tapi sebab kami datang awal sangat la kononnya, banyak belum ada lagi
aku oder nasi goreng softshell crab takde, sloppy joe takde, last-last oder chicken chop jelah.
 
 
Menu- Hipster gila. Photostat je uolls
Strawberry yoghurt-sedap RM 8
Iced Long black - ok je RM 5.50
Chicken Chop-RM 15
Cheesekut -RM 10 kauu
interior- gambar curik dari I.G Najah
                                                               

Makanan dia ok jugak la
mashed potatoes, white sauce dan black pepper sauce tu homade rasanya sebab boleh nampak bawang-bawang segala. mashed potatoes dia pulak memang ada bits-bits potatoes. bukan macam kat KFC tu. Chicken chop dia lembut dan garing. sedap
Najah oder chicken kiev. macam chicken chop gak, tapi dalam dia ada cheese. Harga RM 20
 
Cheesekut tu sedap. Tapi yelah ralat gak bayar RM 10 sebab aku tengok orang dok buat sendiri cam senang je hahaha. Tapi nak tunggu I buat, lambat lagi la jawabnya.
Overall makan 2 orang RM 58. Takde service charge.
 
So, terasa nak menghipsterkan diri, Jemputlah kemari.
*iklan tak berbayar*

2 comments:

  1. Heard a lots about this Grafa Cafe. In fact, ada follow instagram acc derang jugak, tapi tak pernah try their cafe. Looking at this, i should drop by one of these days just to see what they could offered la jugak nampaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. you should. nak kata sedap gila tu takdelah. tapi sekali sekala memang layan jugak tempat2 macamni. Menu2 dia pun rare sikit

      Delete