Friday, May 2, 2014

singapore- Kampong Gelam & Arab Street


Assalamualaikum

*lambai2 Zara yang tengah bersukaria kat Singapore tu*

Trip ni sebenarnya ialah trip terjah secara tetiba. Sedang dok borak-borak dengan kawan aku dalam Gchat, tetiba timbul idea nak pegi Singapore by train. Tiket dibeli dalam 3 minggu sebelum trip, hotel di booked dekat JB dan kami akan pulang ke KL melalui JB (stesen Bas Larkin)
aku cadangkan janganlah ikut style ni. Letih gila dan tak puas pun. haha
tapi kalau pergi untuk kali ke dua or ketiga takpelah.

Jumaat malam, kami menaiki train senandung sutera KL-Woodlands pukul 11.00 malam dari KL sentral. Kami amik 1st class, so sangatlah selesa. Leg room dan seat luas, ada tidbits dan lampu pun dipadamkan separuh. Harga RM 68/ way.

Kami sampai di woodlands CIQ dalam pukul 7.00 pagi. Sebelum tu tren akan berhenti dekat JB Sentral utk urusan verified passport dan scan luggage.

Coach yg aku naik.
dapat donat, map dengan MP3 player tu tak dapat, kena bawak sendiri
Lepas pemeriksaan bagai, kami pun berjalan keluar dari CIQ tersebut untuk amik bas ke MRT Woodlands. Tambang bas SGD 2.70. semua cara-cara ni aku baca dalam blog John @ kakiberangan. Jangan malas baca.
Sampai MRT woodlands, kami make-up sikit-sikit (gosok gigi, pakai bedak, tukar ape yang patut hihi) ye lah dah tak mandi kan.
mula-mula kami pergi ke turun di Orchard Road untuk beli Singapore Tourist Pass. Harga SGD 20. termasuk deposit SGD 10.
jalan-jalan kat orchard road tu pun kedai tak bukak lagi. Sebenarnya kami cari tempat utk breakfast. Hampa dan kecewa sebab tak jumpe benda lain selain McD or Starbucks, kami meneruskan perjalanan.
Turus di stesen Lavender pulak, ni area Bugis Street tu, pun masih tak putus asa mencari kedai breakfast dan masih asyik jumpe McD dan Coffee Bean. Tetiba kami gatal naik bas untuk ke Kampong Gelam. Baca map dekat stesen bas tu dan naik. Alih-alih tak tau nak turun mana.
Dekat setengah jam dalam bas, lawan gelak-gelak, tetiba Nampak sign MRT 300m, terus tekan loceng dan berhenti. Stesen tu ialah Ferrer Road (kalau tak salah) patah balik belakang !!!!
naik balik MRT dan turun balik Lavender. Pusing-pusing, tetiba nampakla seorang akak bersama anak dan cucunya dekat depan imigresen Singapura, Aku try tanya diorang, camne nak pergi kampong Glam. dia cakap boleh jalan kaki or turun stesen Bugis dan akhirnya dia tolong hantarkan kitaorang. Tak tau nak cakap ape, rasa berterima kasih sangat-sangat. mungkin kitaorang ni muka kesian kot haha. Dia cakap "beraninya kamu, datang 2 orang je, acik pergi KL pun takut".
Akak ni siap tunjuk lagi tempat murtabak zam zam semua. Husband dia kata dulu tempat ni dipanggil "Sultan Gate".
Akak tu drop kami depan Malay Heritage Centre tu. Tenkiu banyak-banyak akak
dan kami pun pergi brunch dekat Restoran Murtabak Zam-Zam tu. Lama jugak la lepak makan sebab letih merayap tadi.

Dah setel makan-makan, jalan-jalan area tempat ni dan solat dekat Masjid Sultan ni. Masjid ni cantik. saiz tak besar sangat pun. Masa Zohor tu, Jemaah agak ramai walaupun hari sabtu.



Masjid Sultan. Interior ada macam masjid kat Bangsar sebelah Bangsar Village tu
 

Ada backpackers hostel jugak area ni, Le Marelle Café tu pun letaknya di sini


Tetingkap yang lawa

Banyak restoran halal area ni

Lepas solat, masuk Istana Kampung Glam. Memang aku masukkan benda ni dalam itinerary sebab aku memang suka tempat macamni. Bayaran masuk SGD 4. Kebetulan masa aku pergi ada pameran kaum Boewan (Boyan). Dalam istana ni best gak, interaktif la jugak dengan ada tayangan gambar semua. Ada beberapa seksyen la macam pasal movie, perkapalan, alatan-alatan rumah, sastera dll.
Kalau 1st time ke Singapore, make sure datang tempat ni.


Istana Kampung Glam
bahagian pasal movie Melayu. Tengah ditayangkan cerita Hang Tuah rasanya.
kitchen utensils zaman dulu-dulu
Entrance Masuk

Masa dekat sini, cuaca hujan. tapi takpelah sebab kami lepak dalam building tu. Masa nak keluar, akak yang jaga kaunter tiket tu siap bagi poncho untuk kitaorang. Kami berjalan semula ke MRT Bugis untuk lokasi seterusnya.



Bersambung




dzuli

2 comments: