Wednesday, May 21, 2014

singapore part 2- Cavenaugh bridge, Gardens by the bay, Balik

Assalamualaikum

Entry Singapore ni pendek je, maklumla daytrip kan
Drama je yang membuatkan cerita ni panjang.
Lepas Kampung Gelam, kami meneruskan perjalanan ke Cavenaugh Bridge.
Naik MRT turun Raffles Place station.
Hajat di hati nak bergambar dengan patung-patung gangsa tuh lepas tu straight to Merlion Park.
Apakan daya, hajat tak sampai sebab hujan lebat. Lebat sungguh, nak meredah pun tak sanggup rasanya. Maka kami lepak dekat Menara Maybank tu sambil curi WiFi Fullerton Hotel


Nak menyeberang jambatan ni pun tak sempat

Pakcik ni je yang sempat ambik
 
Sejarah
Hujan dah mula turun

Sebab dah dekat sejam hujan masih tak berhenti, kami memutuskan untuk skip Merlion Park.
kitaorang ni ada agenda nak ke Mustafa Centre beli perfume, takut tak sempat pulak.
maka tak dan la tengok Merlion kebanggaan Singapore tuh.

Naik balik MRT. Sebagai manusia yang belum pernah ke UK or Japan, aku sangatla jakun dengan system MRT diorang. Heybat !!. Interval time 5 minit dan ketepatan yang tinggi. Jaringan pun luas. Maka tapayah la nak drive-drive sangat dalam Singapore ni. Hampir kesemua attraction boleh diakses dengan MRT. Ada la kena menapak sikit-sikit, but acceptable. Stesen MRT pun memang selesa sebab kebanyakkannya tunneling system (bawah tanah)

Stesen apetah.
Dalam MRT, Luas
Map MRT- amikkau dah lunyai

kemudian kami ke Mustafa Centre untuk menghabiskan dollar. Maklumla abang aku kirim 4 botol perfume, aku pulak nak recce je hehe. Kawan aku ni pun nak beli perfume jugak.
Gambar kat Mustafa takde. Ala, kedai macam Mydin tapi jual branded item. Beg Targus main longgok-longgok je and harga SGD 100. mampu?
Kat sini jugak kawan aku beli backpack, Polo kot dalam SGD 30. Aku beli perfume kiriman dan utk aku la sebotol dua. Kejap je kitaorang lepak sini. Dalam sejam kot.


Habis shopping, kita ke lokasi yang menjadi highlight of this trip iaitu Supertree Groove di Gardens By The Bay. Memang ni benda yang aku nak tengok sesangat. Menggabungkan high engineering dan architechture, wah gitu.

Naik MRT, turun dekat bayfront station. Jalan kaki dalam 5-10 minutes. Mula-mula kita akan disajikan dengan Hotel ini, Marina Bay Sands. Banyak filem buat penggambaran kat sini.

Ambik gambar je lah mampu
Hahahaha...sampai terus gelak

OCBC Skydeck.

Dah sampai, kena la naik. Lagipun SGD 5 je. Jambatan ni boleh dinaiki sebanyak 50 orang je dalam satu masa. Dilarang beramai-ramai kat atas tu okeyy.
Masa jalan kat atas tu, tetiba aku terpandang bawah...Hekkkk..gayat ok
ketaq lutut tetiba. Aku cecepat ambik gambar dan turun. hahaha. Nak selfie-selfie pun dah tak selera.


Gayat jugak
Pandangan dari taman
Aku rasa, ni tempat wajib la kalau pi Singapore. Kalau ada bajet lebih, masuk la dekat dome dia tu. dalam SGD 28 kot. Katanya lawa gila. Kalau ada duit lebih lagi, naikla kat Marina skydeck tu.
and aku recommend datang tempat ni malam sebab lampu akan dibukak. Lagi lawa kot. Tapi I yang datang siang ni pun dah puas hati sesangat.

Dah puas menikmati tempat ni, Kami amik MRT downtown line dan straight to Bugis station untuk dinner.
Dinner sangat, padahal kami makan kek and minum kopi dekat LeMarrele Café. Nak carik sup tulang merah pun dah tak larat. Lagipun selera makan dah potong sebab letih sangat. Kawan aku ni memang penggemar dessert dan kopi. Nasik-Nasik ni dia tak suka sangat.

Interior café
Interior café lagi
Arab Street di waktu malam.
Dah siap makan, kami terus ke Queenstreet untuk ambik bas ke Larkin. Kami book Hotel Seri Malaysia dekat situ. Naik bas ke JB ni memang letih sikit, beratur panjang, stop kat CIQ woodlands, stop kat CIQ JB last sekali baru sampai Larkin. naik pulak Bas Cuseway link tu, dia main tinggal je.
Masa dekat CIQ woodlands, lepas chop passport manusia berlari-lari. Aku ngan kawan aku terkesima kejap, eh diserang Godzilla ke uolls ni?. Then baru tahu, memang style diorang macammni. Nak cepat je. Masuk CIQ JB, ok je, kembali normal (Malaysian style) haha.

Kami sampai JB dalam pukul 10.00 malam, terus check in hotel dan ZZZ..
Esok pagi-pagi dah gerak balik KL

So, It was a very short trip. Seperti yang aku cakap ini trip pengenalan. InsyaAllah ada masa akan ku ripit lagi sebab banyak lagi benda menarik yang tak sempat di explore.



dzuli

2 comments:

  1. Trip pengenalan pun dh best...skytree tu mmg cantik lah..kalau view mlm lagi ohsem kan..alahai..bila lah nak sampai sini jugak..kenapa sampai je di skytree tu terus gelak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala JM, dekat je..weekend pun boley pegi. sampai skytree terus gelak sebab gembira. boley? haha

      Delete