Tuesday, June 10, 2014

trip #passport ekspress - Ladang Tebu Chuping & Timah Tasoh

Assalamualaikum

episode ke 2 misi passport ekspress.
lepas tour Gua Kelam tu, memang rasa nak balik hotel sebab rasa melekit sangat dah.
Aku dah booking hotel kt Kuala Perlis. Kebanyakkan hotel kat Kangar dah fully booked, mungkin sebab SUKMA. Homestay pulak macam tak sesuai je sebab just kami berdua je. Lupa la pulak aku time cuti sekolah. Kuala Perlis pun havoc semacam sebab ramai orang nak pergi Langkawi kan.

Aku book T-Hotel, Kuala Perlis. Masa call tu terkejut jugak sebab harga dia RM 75/night. takde la cuak ape pun sebab weekdays kan. Sampai kuala perlis, puas jugak la berpusing-pusing cari hotel tu. Then aku call hotel
Aku            : T-hotel ni kat mana ye, saya tak Nampak pun
receptionist: Dekat dengan ALOR SETAR Mall, Tandop
Aku            : Whattttttttt.............. err aaaa..ok ok (letak tepon)

Aku book yang dekat alor setar rupanyaaaa. Ya Ampun. Hotel ni memang ada beberapa chain kat utara. awat la aku sengal sangat ni.

Ah, masak...Aku bagitau Ean. Dia rilex je. Rasa bersalah pun ada sebab tak check betul-betul. Padahal 2 hari sebelum berangkat aku ada call konpemkan booking aku tuh. Kami try jugak nasib, walk in kat T-Hotel tu..nan hado ok. Full.
Bertenang, dan walk in kat hotel sebelah dia, Full jugak
ok, Panik

Jalan-jalan sikit lagi, sebelah KFC kuala perlis, Nampak signboard Jetty Motel.
ada 2 jenis sebelah menyebelah. Aku tanya 1, Ean tanya 1. Syukurlah ada kosong. satu malam RM 60. Tapi motel la. Bilik sebesar kotak kasut, takde tingkap dan bau toilet sikit hahaha.
Tu je yang dapat. aku dah search dalam Agoda pun takde hotel. Rasa bersalah jugak. Tapi Ean cool je, dia kata ok je even bau sikit sebab tandas tu takde tingkap or ventilation fan. Gambar pun tak ambik. Tapi jadilah untuk satu malam. Budak yang jaga motel tu pun baik. sesuai la dibuat menantu.
Sebenarnya aku ni bukan jenis #backpackertegar. aku bukan backpacker pun actually haha. Pernah aku tengok satu rancangan travel yang dia tido kat backpackers hostel harga Rm18/night dan keadaan yang scary. akak belum taff begitu haha.
So hotel memanglah sesuatu yang agak penting kalau aku travel. Even aku travel cheap pun, hotel ni aku selalu amik yang selesa sikit. tak perlula 3 star or ada swimming pool, budget hotel pun dah ok. Keselamatan dan keselesaan tu matters to me. amboyy.
 
rasanya tokey restoren dengan tokey motel ni orang yang sama.
 
Sebelah motel ni ada kedai makan, WiFi curi je WiFi KFC hahaha. So, agak convenience la lokasinye. Pagi-pagi aku dengar akak kedai makan ni dok jerit-jerit panggil budak jaga motel ni. Motel ni juga tak soundproof, boleh dengar orang bersembang semua. Malam tu aku dengar pakcik sebelah bercakap dalam telefon sebijik-sebutir. Aku siap dengar dia baca niat akikah anak dia. Maka, kami pun bersembang pelan-pelan je, takut didengari umum. Maklumlah, girls talk ni lain sikit hahaha.

Mandi dan solat, lepas tu terus bersiap-siap nak pergi Chuping. Ladang Tebu Terbesar di Malaysia dan kawasan paling panas di Malaysia.
jauh jugak dari kuala perlis. dalam 30km macam tu. Guna waze.
waze kata dah sampai. kami macam "mana pokok tebunyeeee????"
jalan depan lagi, depan lagi. sampai kilang gula.
takde jugak pokok tebu.  Then, nampak orang jual mangga harumanis
Berenti, pura-pura nak beli mangga dan tanya,

Aku                  : bang, yang ladang tebu cantik-cantik tu kat mana ye"
abang penjual   : ooh, dah takdak dah dik, depa dah bakaq tanam getah. dekat 5-6 tahun jugak la. cuba adik jalan kedepan sikit dalam 2-3 kilo. kot-kot ada lagi

Frust,kecewa, hampa...warghhh. Terus beli sekilo mempelam harumanis harga RM 22. aku rasa aku baca blog tahun 2012 ke 2013 ada lagi pokok-pokok tebu tuh.
kami try jugak, jalan kedepan lagi. ada la pokok tebu hidup segan mati tak mau
berenti jugak ambik gambo melepas gian. haha

Ladang Tebu yang dah gonjeng
Ni je yang tinggal
Luas Pemandangan
Kereta sewa dicelah pokok tebu.

seriously tempat ni cantik. Hijau, lapang, nyaman. Cuma tu la pokok tebunya dah diganti dengan getah. mungkin getah lebih menguntungkan Felda. Dasar..!!! haha
oh, masa kami datang ni around pukul 5.00 dan cuaca mendung. so amat nyaman sekali

walaupun kecewa, hidup perlu diteruskan
terus kami ke Lokasi utama short film Passport Express iaitu Empangan/Tasik Timah Tasoh
kalau korang follow I.G Rewan Ishak, dapat la tengok kecantikan Timah Tasoh ni dari segenap sudut oleh photographer professional.
seperti biasa, waze je. Waze bawak kami ke Empangan Timah Tasoh milik JPS. Tak boleh masuk.
search lagi Timah Tasoh lake Resort. Barula berjumpa dengan yang sebenarnya,

Lawa !!!! satu perkataan
Serious aku jatuh cinta, jatuh cinta pandang pertama hahahaha
kebetulan masa dating ni, around pukul 6 macam tu, cuaca redup
syahdu sungguh.
Nampak pengantin amik gambar kawin, lagi la syahdu muahahaha
Nampak jugak pakcik dok menghalau sekumpulan lembu-lembu pulang ke kandang.
Lama jugak duk melepak sini. Tenang sangat.

Kekambing meragut rumput


hampir sunset


Dah habis berangan dekat Timah Tasoh, Kami meneruskan perjalanan balik ke hotel.
sebelum tu singgah dekat Dataran Terinai. Macam RnR la tempat ni, tapi ada observation deck untuk tengok Timah Tasoh dari atas. Ada jugak facilities lain macam restoren dan toilet.

View dari Dataran Terinai

Sampai Kuala Perlis, kita kembali kepada acara makan-makan lagi
Tak sah la datang Kuala kalau tak pekena seafood kan.
Dekat Medan Ikan Bakar ni, (depan hotel Brasmana) ada banyak pilihan gerai.
Konsep dia, datang-pilih gerai-pilih seafood-duduk-oder air-makan


Pilih-pilih
Orang kata Mona tu sedap
Layan sunset sikit
sotong goreng tepung dengan Udang Butter tak jadi
Chilli Crab
suasana di persekitaran food court


 
dzuli

13 comments:

  1. ishk trip korang ni macam sebijik je ngan aku last week...tp yela, perlis ni kecik aje...mana sgt la nakpi kan...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tu pasal..
      masa tengok map, rupa2nya kami dah pusing seluruh perlis

      Delete
  2. lawa. aku teringin nak pegi timah tasoh tu. tapi malas nak drive jejauh

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauh jugak la kalau drive 6-7 jam dari KL tu ada...
      naik flight sampai Aloq staq pun boleh

      Delete
  3. ladang tebu tu sekali imbas dah macm ladang lalang hehehe...mujur view di timah tasoh cantik yang amat..berbaloi...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah...dah togel. brader tu kata Felda dah bakar abis
      sayang sungguh..huhuu
      View Timah Tasoh memang speechless, silap saya tak pandai ambik gambar sangat je :-)

      Delete
    2. lorr tak pandai apa nya..ok sgt2 dah gambar tu...dh boleh buat poskad tau...

      Delete
    3. haha...bolelah buat kenangan kan, manual mode DSLR rosak
      so, pkai auto je *dasar pemalas* hehe

      Delete
  4. ahahaah..kelakar bab salah booking T-Hotel tu...sok kira burn lah yek satu mlm
    Motel pun motel lah janji leh tido kan..nasib baik dapat partner jenis tak kisah..

    view sunset tu mmg lawa..kalau dah tak ada ladang tebu...dah ada ada produk gula from perlis yek

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya booking by phone je..nasib la tak guna agoda ke ape ke.
      kawan ni mmg sporting, senang travel ngan dia hehe
      memang perlis ada kilang gula, dah habis tebu tu maybe kita fully import gula kot lepas ni

      Delete
  5. Boleh tahan gimik2 perjalanan di Perlis nie hihihii... Dari perlis boleh pulak book dekat Alor Star erkk.. biasa la tu asam garam kan.. setuju jugak tu kalau dah wanita elok juga la elak tido hostel yg scary2 ni.. biar mahal sket but keselamatan terjamin kan.. tapi kesian pulak boleh dengar suara orang bilik sebelah .. apa nama anak yg nak aqiqah tu hahaha :P

    ReplyDelete
  6. anak yg akikah tu lelaki, tapi tak ingat nama haha...
    tu la pasal, keselamatan mmg penting, aurat pun kena jaga jugak. maklumla dok hostel ni kdg2 bercampur2 sangat.

    ReplyDelete
  7. Selamat hariraya.. Cantik sunset itu

    ReplyDelete