Wednesday, June 18, 2014

trip #passport express - Alor Setar, Part 1

 
Assalamualaikum

Episod ke 3 trip ini.
Pagi-pagi dah bangun, lepas solat ingat nak p tembak sunrise dekat Jeti
Tetapi kemalasan extreme untuk pakai elok-elok membuatkan aku membatalkan niat murni tu.
Kemas-kemas beg terus sebab kami nak gerak pegi Alor Setar

Alor Setar boleh la  jugak dikategorikan sebagai kampung aku.
Pernah aku explore? Nan hado, tak pernah
Aku juga pernah internship kat A.S ni masa tahun 2008. Apa yang aku buat ialah pegi-balik keja
Hujung minggu balik rumah parents kat Taiping/lepak rumah tengok TV. Hah
Sebenarnya kan, masa aku student dulu aku tak suka sangat travel or jejalan ni. Kawan-kawan ajak p Langkawi ke piknik ke ape ke memang tak hingin la nak join. Bukan antisosial, tapi more kepada saving duit la. Parents tak berapa kaya, biasiswa kena guna untuk belajar la kan bukan buat main hahaha (jujur).
Lagi satu kan, aku ada a few bad experience p berjalan dengan rakan-rakan sebaya dalam big group masa belajar kat Poli dulu. one word, hampeh !!!!
okey, melalut

After breakfast dekat kedai sebelah Motel tu, kami meneruskan perjalanan
Breakfast biasa-biasa je, makan mihun, ayam goreng (potongan kecik) dan sambal sotong, sebijik sfera dengan teh tarik. RM 14 woo..mungkin cuti sekolah kot, makcik tu markup harga ke entahla.

Banyak la pulak jalan tutup sebab SUKMA, so kami ke Alor Setar guna federal route je. Tetiba kawan aku ni nak makan bahulu panas pulak, stop kat tepi jalan beli. Sedap bahulu makcik ni.

 
Bahulu Panas Padang lalang- RM5 utk 20 bijik rasanya.

Destinasi pertama kami ialah Muzium Padi dan Gua Gunung Keriang. Sebab lokasi dia yang on the way to Alor Setar. Maka, singgah la terus.
Sampai dekat Muzium Padi tu, naik atas dengan semangatnya, tetiba pak Guard cakap Muzium  tutup sebab air-cond rosak. Whatttt???
Kecewa lagi,
Ok, terus la nak pergi Gua gunung keriang sebab lokasi dia betul-betul depan muzium padi tu
Tutup jugak !!!!!!!!!!
what the heck.....siap mangga lagi gate. dalam proses pembaikan ke apentah. huh!!
Nampaknya Alor Setar tidak memberi kerjasama dekat kami
adakah dia marah sebab aku tak pernah  balik kampung sejak setahun yang lepas? hahaha

Ambik gambar bumbung jelah
Ambik gambar signboard je lah

Kawan aku ni ajak la berphotogedik dekat sawah padi untuk merawat kedukaan
pun boleh. Kebetulan padi tengah menghijau. Cantik sungguh. Kami invade sawah padi sapa ntah.
Mahap ye pakcik, kami tak buat kerosakan pun.








Lepas dah puas bergambar, Ayuh ke Rumah Kelahiran Dr.Mahathir. Mantan PM Malaysia dan dikenali sebagai Bapa Pemodenan. Betul? Dr.M ialah Malaysian hero pada pandangan mata aku (pandangan orang ada aku kesah? haha). Lokasi dia ialah di Jalan Kilang Ais, Alor Setar. memang ada kilang ais betul-betul kat sini. Dulu masa intern selalu je lalu sini, takde teringin aku nak pergi pun. *menyesal*
Ke Abah aku pernah bawak datang sini masa aku kecik-kecik dulu? tak ingat la pulak

Sampai kat situ around pukul 11.45 macam tu. pukul 12.00 tutup ye sebab hari Jumaat.
Tapi weols buat tak tahu je dan terus merayap-rayap dalam tu. Tiada entrance fee. Tulis nama dalam buku pelawat je.
Ada beberapa rumah/gallery kat dalam ni. Kami sempat masuk 2 je. satu gallery pasal Dr.Mahathir yang cerita pasal career politik beliau, ada jugak baju-baju, makanan kegemaran dan sumbangan beliau terhadap kemajuan negeri Kedah. Satu lagi rumah kelahiran Dr. Mahathir. Yang ni syok, teringat rumah nenek masa kecik-kecik dulu. Ada banyak gambar-gambar family Dr. Mahathir dan sikit-sikit penerangan la. Tak puas la visit 1/2 jam je. Tapi terpaksa akur sebab pak guard dah
tutup pintu pagar. hehe.

ni la Rumah Kelahiran beliau, Ori ni
            

sekitar kawasan


Berkenan pulak kat dining table ni
tengok tu, Kilang Ais


Lepas tu, kami pishang, buntu
tak tau nak pergi mana dah. Sebab hari jumaat kan
Mesti kebanyakkan attraction dah tutup sebab solat Jumaat

Then, kami bercadang untuk pergi rumah mak sedara aku. Dekat je around 20 minit dari Alor Setar.
Nasib baik la ingat jalan pegi rumah mak sedara aku tuh, kalau tak masak la digelar lupa diri.
Dan, mak sedara aku takde kat rumah okey. Ni la bahana tak call dulu. Surprise la konon

Okey, satu demi satu plan gagal
Kami pergi cari makan
Nak cari mihun sup simpang kuala yang super lazat tu -tutup
Mee Abu (Restoran sebenar dia)- Tutup
Restoran Hijau Kuning - Tak jumpe
Last-last makan kat stadium je. Sebab dah tak lalu makan nasik, kami makan laksa yang agak sedap.

Dah siap makan, pergi check in Hotel. Aku book Fuller Hotel. Harga RM108/night without breakfast. Hotel ni cantik la jugak. Zen Concept katanya. Terubat kekeciwaan semalam hehe.
Ada parking semua. So agak selamat la.

 
Fuller Hotel
Dekat balkoni tu. Zen la konon
 
Berehat-rehat dan solat sebelum  meneruskan agenda lain
 
dzuli 

6 comments:

  1. konsepnya di kedah mmg laghu tu ke dzu - tutup utk solat jumaat??

    last saya ke AS ne 4 thun lepas (kot)..tu pun sebab boss arah p..kalau tidak mmg nan ado hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya la, sebab jumaat diorang cuti. saya ni i.c 02 tapi tak familiar sgt dgn Kedah hahaha
      Mungkin zilla kena ripit balik pegi Kedah ni *promosi*

      Delete
  2. aku nakpi muzium padi tu gak aritu tapi takdan...cantik la dia punya bentuk bangunan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..dalam dia best rupanya. aku underestimate muzium padi ni dulu hahaha

      Delete
  3. Sian sama dzuki semua plan x menjadi maybe sbb hari jumaat kot kedah kan cuti tp x kan kedai mkn pun tutup maybe kurang pelanggan. Itu maknanya dzuli perlu blk kg tu baru dorang x merajuk :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. baiklah, raya ni saya balik Kedah :-)

      stress sikit pelan tak jadi ni sebab bawak kawan, kesian kat dia. kalau saya sorang dah balik rumah tido haha

      Delete