Monday, June 2, 2014

trip #passport express- Food


 

Assalamualaikum
Pernah tengok short drama Passport Express by Rewan Ishak?
Aku terlalu minat short drama tu sehingga trip ini inspirasi dari drama tu lah
aku utarakan idea ni kepada Ean, dan dia okey je untuk follow idea tak semenggah aku ni
 
mula-mula kami beli tiket train Kl- Arau dan Hatyai-Kl
tetiba berlaku rampasan kuasa di Thailand dan letupan di Hatyai, Kami cancelkan plan ke Hatyai
memangla orang kata "selamat je", tapi sebab kami nak guna jalan darat so kami tanak amik risiko. Lagipun wisma putra pun dah advice untuk avoid unnecessary visit to Thailand buat masa ni.
 
So, kami jadikan trip ni
Kl-Perlis-Alor Setar-Perlis-KL
gituh.
 
untuk part ni aku hanya nak cerita tentang makanan je, yang lain-lain tu nanti dulu okeh
 
Perlis
 
1) Padang Besar- Gerai
Kalau ke Padang Besar, sebelum masuk kompleks membeli belah tu ada sederet kedai kampung. Kebanyakkan peniaga ni dari Thailand. Kami breakfast kat situ. Makanan cam biasa, ada nasi lemak, pulut panggang, pulut ayam dan lain-lain
Try pulut panggang dia, lain sikit dari Malaysia style. Takde inti dan agak manis. Sedap. Nasi Lemak kat kedai ni pun sedap. Tujuan makan dekat sini ialah untuk berpura-pura sampai kt Thailand. Sobs.
 
                           
 
2) Medan Ikan Bakar, Kuala Perlis
Yang ni memang cukup femes dah kat kuala perlis. Lokasi dia dekat dengan hotel Putra Brasmana Kuala Perlis. Ada macam-macam kedai. Pilihlah mengikut kegemaran anda. Ramai orang suggest restoran Mona or Lynda. Lynda tu kami tak jumpe. Tapi kami try gerai yang nama Shar'nis.
Masakan dia sedap jugak. Chilli Crab ok, tomyam sedap, sotong goreng tepung sedap cuma butter prawn tu fail sikit haha. semua seafood ni fresh. Total semua makanan dibawah termasuk ikan bakar hanya RM 50 sahaja.
 
                            
 
 3) Ladang Harumanis, Kampung Batu Pahat
Time kami datang ni ialah musim mempelam harumanis. only in Perlis tau mempelam ni.
memang sepanjang jalan ada orang jual. Kami dah beli buah harumanis masa kat chuping, so dekat area ladang ni kami makan pulut manga dengan jus manga je. Ada banyak gerai, kami tersalah pilih gerai makanya pulut manga itu so-so dan jus manga tu bolelah tahan.
 
 
 
4) Laksa Kak Su, Kuala Perlis
Laksa ni memang FTW. sedap gila. Laksa dia sedap, kuah pun sedap. Pilihan JJCM ni. Aku sarankan wajib makan kat sini kalau datang ke Perlis. Harga pun murah. Setiap meja ada pulut panggang. Orang kata, orang perlis makan laksa dengan pulut panggang. Aku tak try pun sebab teramik laksa special yang banyak. Kenyang.
 
                                   
 
6) Restoran Sarang Burung, Kangar
Tiada gambar ye, ni juga restoran pilihan JJCM. Menu makan tengahari iaitu nasi berlauk.
Banyak pilihan lauk pauk. Harga pun not bad
 
 
Alor Setar, Kedah
 
1) Stadium Darulaman
Area stadium ni memang banyak kedai makan. Dulu-dulu masa paraktikal kat AS aku ada jugak datang makan dekat sini. Nasi campur dia memang femes la. Tapi kali ni kami makan laksa dengan laicikang je sebab dah tak lalu nak makan nasik. Ceritanya, semua tempat makan yang kami listkan tutup sebab Jumaat kot, last-last datang je la makan kat sini. Laksa tu sedap gak.

 
 
 
2) Kuala Kedah
Kat sini lebih kepada makan sebab nak tengok view je. Layan sungguh makan keropok lekor, pisang goreng dan air tebu tepi laut. Cuaca pulak cantik masa tu.
 


3) Nasi Lemak Royale, Hijau Kuning
Haa..ni dah jadi signature dish dah bagi sapa-sapa yang datang Kedah. Tapi katanya dah ada chain dekat KL. Bukan nasi lemak biasa, tapi nasik lemak dengan kari nasik kandaq.
Macam gambar dibawah ni RM 4 saja. Teh O 7 kupang je..kau jumpe teh o 7 kupang tahun 2014 ni???
Memang la sedap jugak, tapi nak makan banyak-banyak kali memang idok la. Ha ha.
kena masuk baris dulu kalau nak makan kat sini. Konsep layan diri.


 
4) Kopitiam Ukir Mall- Mee Abu dan Cekodok
Tempat ni best, macam-macam adaa..orang pun ramai. Mencari seat umpama mencari permata di celahan kaca tambah-tambah kalau pukul 9.00 a.m ke atas. Setelah berpusing-pusing, dapat la seat. Kami makan Mee Abu(or Kuewteow Abu). Mee Abu ni memang femes la, katanya Sultan Kedah pun suka makan Mee ni. Cawangan dia banyak kat Aloq Setaq ni. Tak semestinya kena makan kat kopitiam ni.
Sekali lagi kena masuk baris untuk oder cekodok ni. sedap sebab digoreng kat situ dan ratio pisang : tepung yang menepati citarasa. saiz pulak comel-comel je.


 
So, sesiapa yang suka makan macam iolls, bolelah mencuba lokasi-lokasi di atas.

 

10 comments:

  1. First time dengar makan laksa dgn pulut panggang. Kena cuba ni kalau nak ke Langkawi dari sana. Kalau naik train ke Arau, kemudian di sana sewa kereta ke naik teksi ke apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nk ke langkawi terus, naik teksi pun boleh cuma tu la, arau train station tgh dlm construction, sekarang guna temporary station. hari tu tak nmpk pun teksi.
      macam kami sewa kereta and tuan dia hantar dkt ktm stesen tu.
      laksa kak su tu wajib try. dekat jetty je

      Delete
  2. Wolla wehhh klau pegi perlis dan kedah mmg sorga mknan kan sbb harganya muraaahhhh. Hai byk kali dzuli mkn laksa ni mesti penggemar laksa ke :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilah hantu laksa. tu la, harga makan kat utara ni untuk 2 orang macam makan sorang kat KL

      Delete
  3. ehh aku br je balik dr utagha smlm...hehe laksa kaksu tak smpat nakpi.....hehehe tapi seafood kat kuala perlis mmg murahhh....rasa nak nanges dgr harga....nape murahhh sgt....hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..masa tgh makan kami siap check duit lagi takut tak cukup.
      nak bayar kat kaunter akak tu ckp RM 50, macam tak caya je
      ye la sebab ada ketam la, udang la..

      Delete
  4. alamak rindunya ngan makanan kampung halaman...laksa tu memang terbaik, laksa beras!

    ReplyDelete
  5. kampong MS rupanya. untunglaaa kampong cantik
    aah laksa tu sedapp

    ReplyDelete
  6. Amboih! Entry kali nie mengundang sangat kan! Tapi tahap kesabaran masih boleh control sbb tak nampak gambar pulut dengan ayam goreng. My favourite tue! Pesal laksa tue, mmg ada tgk kat JJCM yang derang mmg makan laksa tue dgn pulut. Letak sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pulut ayam Thailand tu? tak sempat nak rasa yang tu walaupun dah masukkan dlm list..

      Delete