episode pertama trip passport express.
Scene yang melibatkan passport ada satu je dimana Ean penat-penat renew passport dia sebab nak ke Hat Yai, last-last tak jadi hehe. Nasib baik kakak dia mengurangkan kedukaan dia dengan membeli tiket ke Hanoi pada bulan 8 ni. So, takde la sia-sia sangat dia pegi renew passport.
Lepas kerja, mandi kat opis dan salin baju terus pergi KL Sentral. Tunggu Ean kat sana.
Macam biasa dinner dekat Nu Sentral dulu. KL sentral ramai gila manusia.
maklumla dengan cuti sekolah dan peak hour
Train Senandung Langkawi bertolak dari KL sentral pukul 9.30 malam.
Takde delay kali ni. Ni 1st time aku naik sleeper train maka keterujaan meningkat lagi haha
Masuk koc terus selfie, selki (selfie kaki) dan lain-lain
Kami amik lower birth. Boleh menghadap muka dan bersembang. Tapi, maklumla sinag tadi dah letih kerja pukul 10.00 malam dah tido macam kat rumah sendiri.
Sleeper agak privacy, tutup langsir dan buat la hal ko sendiri. Aku siap bukak tudung semua dalam tu haha. Tapi berhati-hati jugak la ye. Aku rasa aku tido nyenyak gila sampai la pukul 3.00 pagi terjaga sebab nak pegi toilet. Lepas tu sambung balik.
sleeper coach |
Pukul 7.00 pagi, kami dah terjaga. ETA di Arau lebih kurang 8.50 a.m
So, banyak menghabiskan masa tengok luar. Sunrise dan sawah padi, nyaman sungguh pemandangannya.
Priceless betul moment tu. Ada jugak staff jual makanan macam dalam flight. Kami pun oder air dan berpura-pura breakfast in bed.
breakfast in bed sangat la kan |
Pukul 8.30 dah sampai Arau. Abang kereta sewa pun dah siap tunggu. Kami amik Kancil Auto dengan harga RM 75/day. Sebenarnya kami sewa 2 hari setengah, tapi abang tu suruh kami pulangkan kereta awal sikit sebab dia nak p kenduri. So, dia bagi harga 2 hari je iaitu RM 140. Thanks Brader Kereta.
So, Lokasi pertama ialah Padang Besar. Saja nak pergi Padang Besar pagi-pagi sebab taknak bersesak-sesak dengan orang. Cuti sekolah pulak dah start, tambahan pulak aku dengar Janggeltrekker bawak rombongan pi Perlis (hiks) nanti beramai-ramai manusia dalam tu diwaktu panas boleh menaikkan nafsu amarah. haha
Mula-mula masa cari kompleks perniagaan tu, aku termasuk kat checkpoint Kastam untuk kereta masuk Thailand tu haha, terpaksa U-Turn dengan muka malu.
Sampai je lokasi sebenar, terus cari tempat breakfast. Nak authentic sikit, pergi kat hujung jalan tu, banyak gerai-gerai peniaga Thailand.
rupa dalam kompleks |
![]() |
menu dekat gerai makan |
Dah makan, marilah bershopping. Takde la nak beli apa-apa sangat pun sebab banyak baju-baju, periuk, toys, hiasan rumah macam tu. Last-last kami berdua merembat backpack karrimor sorang sebijik. Maklumla aku kan #teamdeutervietnam. Tapi in this case tak beli deuter la sebab aku memang dah lama berkenan kat karrimor tu. Ditambah dengan harganya yang agak reasonable, so rembat la tampa rasa bersalah. Aku pun beli beberapa FM sebab FM dia comel gila dan sedozen sabun susu beras.
On the way to Gua Kelam tu, nampak Ostrich Farm ni dan singgah. Tempat ni free je mungkin sebab bawah Kerajaan Negeri ke ape ke ntah. Ada la 4-5 ekor ostrich dan beberapa belas ekor kuda. Tempat ni simple je, tapi jumpa beberapa keluarga dok piknik kat sini sebab ada disediakan gazebo.
Fakta Burung Unta |
Kuda |
Dah setel, terus pergi Gua Kelam. Satu arah je dengan padang besar.
Gua kelam ni dijaga dengan baik la jugak. Kubayangkan usang haha. Tiket masuk seringgit je.
Gua ni kecik sikit dari Gua Tempurung, laluan pun straight je takde kena naik tangga.
Sampai kat belakang, ada Secret Garden. Cantik jugak. Ada lookout tower, deer farm dan sungai-sungai. Lama jugak la melepak dekat sini sebab cuaca yang nyaman.
Tiket masuk |
Kaunter Tiket |
Gelap betul, pening kepala aku |
Macam stage pulak bentuk dia |
Stalagtite |
Hujung Gua |
Secret Garden of Gua Kelam |
Ada menara tinjau |
Tangga naik ke menara tinjau |
dah habis meneroka Gua Kelam, Kami berhenti lunch dulu di Restoran Sarang Burung dan selepas itu kami bercadang untuk pergi check in hotel dan mandi manda
dan satu drama pun terjadi..
dzuli
selamat datang kenegeri kelahiran saya!
ReplyDeleterasa nak pergi lagi la..jatuh cinta dgn perlis haha
DeleteWahh...dah makin maju Perlis sekarang..dulu pernah pergi ke gua kelam ni..mmg kelam...perlu bawak torch light nak jln kat dlm tu..tak ada lampu2 cam sekarang ni...kalau dorang letak lampu warna warna seperti gua di Guilin tu mesti lagi ohsem..
ReplyDeletepssttt : Mrs..bila nk hajak balik kg heee
Part naik tren tu mmg best...TAPI time JM naik ke Hatyai dulu mmg tdo2 ayanm je sbb dpt sleeper bersebelahan pintu kuar masuk gerabak tu hayokk...punya lah bising org kuar masuk..pastu bunyi enjin la...tapi itu semua pengalaman..Nak try naik tren ke Singapore lah..Dzuli pernah ke Singapore naik tren kan..stop kat Woodland ek..Mrs..Jom ikut JM ke Singapore nak? hiksss
kawan saya ckp, diorg saja je lentak lampu sikit2 utk kekalkan keaslian Gua Kelam tu...
DeleteAah tren Singapore stop kat woodlands..nak ikut p Singapore hahaha
Ambui lajunya apdet hahahaha
ReplyDeleteeh..tengokla tajuk tu..mestilah express jugak menghupdate hahaa
DeleteJanggel kalau pi mana mesti ramai orang berkumpul nak dapatkan signature huhuhu :D
ReplyDeletePerlis ni kampung mak.. kalau balik kampung, shopping di Padang besar tu adalah perkara wajib yg akan di lakukan.. Gua Kelam pun dah lama tak pergi huhuhu :D
huntungla kampong kat Perlis..bole p Thailand selalu hehe
Delete