Wednesday, July 16, 2014

Doa untuk Gaza

 
Assalamualaikum
 
Rasanya semua dah sedia maklum kot tentang pergolakan yang melanda sebuah bumi Anbiya' ni iaitu Palestin.
Sebenarnya cerita Palestin ni bukan cerita baru. Konflik negara ni dah berterusan berpuluh puluh tahun dahulu lagi.
cuma baru-baru ni, lebih kurang bermula pada 7 Julai 2014, ketika umat islam sedang menyambut Ramadan, berlaku attack besar-besaran yang meragut ratusan nyawa.
 
Aku bukan la terrer sangat bab- bab ni, tapi as a muslim, isu Palestin ialah satu isu akidah selain isu kemanusiaan. Kalau sapa ada akaun twitter boleh follow @khabir, @abdmalikhussin atau @Berita_Aqsa untuk quick update.
Nak tahu pasal Al-Qassam boleh baca di sini.
 
dulu masa study, one of my classmate ialah warga Palestin. teringat lagi masa huge attack tahun 2008, satu kelas terdiam bila pensyarah aku umumkan untuk sedekah  Al-Fatihah untuk adik beliau yang terkorban dalam serangan tu. Adik dia tu umur lebih kurang kami dan seorang perempuan.
 sekarang, beliau ialah pensyarah di Universiti di Palestin (IUG). Dia yang rajin update dlm FB tentang keadaan di sana. Bayangkan hak mereka dirampas sikit demi sikit.
kesian sangat bila baca OKU, kanak-kanak dan orang tua jadi mangsa korban.
 
So, pandangan aku la
kita sesama muslim buatlah apa yang termampu. Derma/ Doa/ Boikot
ape-ape jelah agar ada saham akhirat sikit-sikit.
aku ada follow beberapa akun twitter yang milik non-muslim yang sangat aktif menyebarkan berita tentang gaza. solidarity pun dah giat berlangsung di seluruh dunia.
 
 
Dibulan baik ni, sama-samalah kita berdoa agar Palestin dibebaskan,
#FreePalestin
 
 
 
 
 

2 comments:

  1. sedih bila baca/lihat/dengar paparan semasa apa yang berlaku di sana....kita di sini punyalah happy sambut ramadhan dan raya yang bakal menjelang tiba tapi saudara2 kita di sana......hanya doa, moga palestine kembali aman..buat pihak yang satu lagi, tunggu pembalasan dari-Nya...

    ReplyDelete
  2. Memang sedih sangat bila dgr dari berita TV...ya Allah...mmg wordless...hanya mampu berdoa supaya hidup mereka aman

    ReplyDelete