Monday, July 7, 2014

trip #passport ekspress - Alor Setar, Part 2

 

Assalamualaikum

Ramadan Kareem. dah 9 hari dah kita berpuasa. cepat betul masa berlalu.
seperti 3 tahun lepas, aku masih berpuasa di kolompo tempat mencari rezeki.
Balik keja jem gila. kadang-kadang lebur jugak pahala puasa di jalanan haha

so, aku sambung la sikit lagi.

Selepas berehat-rehat di hotel, kami keluar semula untuk meninjau persekitaran Alor Setar.
Kitaorang pergi Masjid Zahir. Lawa masjid ni. Tapi kami tak masuk dalam sebab dah solat dan kawan pulak tengah "cuti". Kebetulan pulak jumaat. Masih ramai orang kat Masjid waktu tu.

Pada 1912 masjid Zahir dibina atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Jurutera yang terlibat ialah En. James Gorman yang merupakan Jurutera Negeri.  Reka bentuk masjid Azizi yang berada di langkat, Sumatera Utara banyak  mempengaruhi masjid Zahir. Lima kubah yang terdapat pada bumbung melambangkan rukun islam.
Tapak masjid Zahir adalah tanah pusara pejuang Negeri Kedah yang gugur semasa peperangan dengan pihak siam pada tahun 1821.
Pada 15 oktober 1915, hari jumaat. Masjid Zahir dirasmikan oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah. Tunku Mahmud membaca khutbah Jumaat sementara Sultan Abdul Hamid mengimamkan solat jumaat tersebut.
Kompleks mahkamah syariah dan pusat pendidikan asas kanak - kanak terletak di bahagian belakang masjid. Tetapi sudah berpindah ke banggunan Kerajaan persekutuan di bandar Muadzam Shah, anak bukit Kedah.
Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124,412 kaki persegi. Dewan tengahnya (Dewan Sembahyang) berukuran 62 x 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh beranda berukuran 8 kaki lebar dengan 4 anjung yang setiap satunya terdapat sebuah kubah. Menara utamanya terletak di bahagian timur laut bangunan masjid itu
(copy paste dr. website pejabat daerah Kota Setar)



sebenarnya aku pun tak pernah datang sini. hehe. Berhadapan dengan Masjid Zahir ni ada satu kompleks/dataran dimana letaknya Balai Nobat, Muzium Negeri, Balai Seni Negeri, Menara Jam dan Galeri Sultan Abd. halim

Kami hanya masuk dalam Balai Seni. Balai nobat tak boleh masuk dan Muzium Diraja kelihatan scary. Dalam balai seni tak boleh ambik gambar. tapi dalam tu banyak lukisan, wau dan khat. lawa-lawa jugak.

Balai Seni Negeri
Muzium Diraja yang kurang terjaga
Gate ape ntah. Lupa nama
Balai Nobat yang cantik. tapi tak boleh masuk
air pancut yg tak pasti berfungsi ke idok

Sorrylah, aku memang tak ingat nama tempat ni. tapi bila datang je kat sini bolelah melawat semua bangunan di atas. Pada pendapat aku tempat ni cantik if terjaga sikit. Muzium tu scary, air pancut tu dah berlumut-lumut, Galeri Sultan Abd Halim tu Nampak abandoned sebab depan dia ada kolam yang tak berfungsi.

Okey, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Kedah untuk melawat Kota Kuala Kedah. Untuk makluman, setelah berpuluh tahun memegang i.c no tengah 02, baru aku tahu kewujudah Kota Kuala Kedah ni. Tu pun lepas membaca sebuah blog. haha *maluuuuu*

Jarak perjalanan dalam 20 minit- 30 minit dari Alor Setar. Masa ni around pukul 5.30 p.m. Cuaca yang amat menyebelahi kami sebab sangat redup ditambah dengan angina sepoi-sepoi bahasa. peh !!!
Mula-mula niat nak berselfie dekat bangunan merah di bawah ni, rupanya itu ialah pejabat Jabatan Maritim. Tak boleh masuk.
Kami cari port orang jual air tebu dengan goreng pisang. Layan pemandangan. memang priceless


Bangunan merah
Tepi jalan ni banyak gerai minum-minum. sampah tu spoil the view laaa..

Dah setel minum dan makan, kami pergi ke Muzium Kota Kuala Kedah. Free je masuk. Dalam muzium ni ada cerita dan info tentang tempat ni.

Rumah Api

Comel je muzium. Actually ni bangunan sekolah yg dijadikan muzium
Kota Kuala Kedah
Dalam Muzium
Pintu apentah, tak ingat

Keluar dari Muzium, jalan depan sikit. Haaa...akan nampak Jeti Kuala Kedah
bot nelayan, Feri ke langkawi semua park dekat sini.


Bot Nelayan yang kalerful
Jeti untuk ke Langkawi
Bot Nelayan lagi. suka pulak aku tengok
Nama jambatan tu ialah "Jambatan Tok Pasai". Ikonik jugak kat sini
lagi...

Masa nak datang sini, akan lalu jambatan tu, cerun gila. aku rasa macam lebih 9% je kecerunan dia. sebab kena buat tinggi untuk clearance bot lalu agaknya. Pemandangan dari atas tu sangat marveles. Tapi tak boleh nak berenti sebab takde road shoulder + memang ada warning singn "dilarang berhenti".
Masa balik ingat nak park dekat bawah dan naik jambatan tu, malangnya masa tu dah pukul 7.00 p.m dan jalan sangat busy. takpelah. Maybe next time.
oh, Kuala Kedah ni kan memang femes dengan ikan fresh dan murah. Kalau balik kampong, mak aku selalu datang borong ikan fresh ( tapi aku tak pernah pun ikut)
 
Lepas balik dari Kuala Kedah, ingat nak naik Menara Alor Setar di waktu malam. Dah la hujan. kami gagahi meredah hujan sebab dari parking nak ke menara tu kena jalan sikit. tetiba ada notis "lif rosak, menara ini tidak beroperasi buat sementara waktu"
WHATTTTT!!!!!. satu lagi kisah gagal kami untuk hari ini.
 
Ok, kita cari pulak Nasi Lemak Royal Hijau Kuning yang femes tu. Guna waze. waze tu tinggalkan kami tengah tengah flyover dan cakap "you have reach your destination" gila.
lepas tu waze tu bawak aku ke Nasi Royal. Obviously bukan nasi royale yang kami cari.
tak putus asa, google lagi dan akhirnya jumpa la lokasi sebenar.
Macam biasa, masuk baris. tapi barisan pendek je. Tau tak makan nasik untuk 2 orang dan teh o panas hanyalah RM 10 ++.


orang tak ramai sangat lagi time ni. Kedai biasa je. tapi femes ni
                            
 
Lepas makan, balik hotel. Cukuplah untuk hari ni.


Bersambung..



 dzuli 

11 comments:

  1. Mmg nasib x baik betul hahaha sian dzuli, naik menara kl je lah :-)
    Selamat berpuasa dzuli dan klau time jem lebur pahala puasa tu x leh nk elak sabarlah ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe .. tulah
      jenuh menenangkan hati masa drive. saba jelah

      Delete
  2. comelnya bgnnn sekolah jd muzium tu....tak terpergi plak aku hari tu....hehehe

    eh nasi lemak royale.....sedapnyaaa...takdan pi aritu....nasib takde gambo makanan, kalo tak mau tergugat aku pagi-pagi nih...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi aku x suka sangat la nasi royal tu. ayam memang sedap. mebi aku bukan peminat Nasik kandaq kot. aah, bangunan tu cute

      Delete
  3. Bile la agaknya dapat nak cover Perlis and Kedah nie Dzuli oiiiii. Btw, sayangnya, apesal kotor sangat Kuala Muda tue. Penuh sampah sarap tepi jalan kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, mebi sbb ada org jual2 kat tepi tu dan rakyat pulak jenis tak reti nak carik tong sampah.
      cepat zara, dekat je Kedah-perlis ni hehe

      Delete
  4. mrs yang duduk berjiran pun belum pernah sampai muzium tu..
    btw bangunan sekolah yang dijadikan muzium tu sangat comel dan cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrs Smile kena datang sini. samalah mcm saya, kampong kat Kedah tapi baru sekarang rasa nak explore. hehe

      Delete
  5. salam.mohon izin untuk pinjam beberapa keping gambar untuk tujuan entri promosi Discover Kedah 2106. jika ada bantahan , mohon maklumkan sy di blog sy www.penbiru.com . sebagai tanda terima kasih, sy akan masukkan link blog ini ke dalam entri di blog sy. terima kasih

    ReplyDelete
  6. salam.mohon izin untuk pinjam beberapa keping gambar untuk tujuan entri promosi Discover Kedah 2106. jika ada bantahan , mohon maklumkan sy di blog sy www.penbiru.com . sebagai tanda terima kasih, sy akan masukkan link blog ini ke dalam entri di blog sy. terima kasih

    ReplyDelete