Wednesday, August 20, 2014

Burning Moon

Assalamualaikum

hai, aku tengah boring sikit sekarang. Kerja kat opis pun tak banyak sebab projek aku kena suspend kejap sampai dapat new survey data. Opis juga masih dalam suasana hari raya, kejap-kejap jamuan raya bagai. 
weekend jugak aku takde plan sebarang aktiviti pun. mereput dirumah jelah. Buku yang aku review hari tu 5/6 telah selamat dikhatam haha. Ya Ampun, nerdnya.
Melihat adik aku yang ke Boracay dan Ean ke Hanoi I is jeles.  

Dalam kebosanan da mood reput, aku guna application google books. aku bukan peminat e-book sebab henfon aku saiz 5" sahaja. pinar mata tau, kecik. tapi sebab nak jimat dan ada sesetengah e-book ni takde dalam pasaran malaysia. So, aku telah selamat membeli 2 bijik. 

Burning Moon
mengisahkan seorang perempuan yang kena dump dihari perkahwinan beliau dan dia buat keputusan untuk pegi ke lokasi honeymoon dia seorang diri di Thailand. kat situ dia jumpe seorang mamat yang kiranya "out of her league" la dan romance pun terjadi

hasil pemerhatian aku di @twt_backpacker, memang ramai gegadis single terutamanya mengimpikan backpacking-jumpe soulmate-bla-bla-bla. Ingat lagi masa topik #BpJodoh, pehh macam-macam impian sampai goosebump aku baca haha. statement ini disokong kuat masa aku share about buku ni kat @twt_backpacker and ramai orang retweet *gadis-gadis* ye.

bagi aku pulak, buku ni not about Romance on the road semata-mata, ia memaparkan how travel dan bad events in our lifes change our perspective. Heroin ni digambarkan seorang yang sangat dependent dan manja, lepas dia pergi Thailand dan meet hero tu dan diorang melalui beberapa adventure, bila balik semula ke tempat dia, pompuan ni jadi independent dan berani mengharungi hidup dan membuat keputusan dengan lebih baik
WAH !!!

so, bacalah. beli kat google play RM 8.61 only dan aku yakin anda akan tersenyum dari mula sampai habis 

cover macam eros, cerita tak pun. kelakar je banyak
                                          
Haaa..nak share satu inspirational video. 360 epic selfie. ala dia ni mamat modernmotordiares.com
beliau mengembara ke seluruh dunia guna motor dan amik 360 degrees selfie.
teringin nak tiru tapi :
1) Takde GoPro
2) Tak suka selfie-malu
3) travel sekali sekala je
so, simpan je niat aku dalam laci meja bawah katil and layan video ni sambil menitis air mata.



ok. enuff said :-P


10 comments:

  1. Salam. Hee saya pun sudah lama tidak membaca novel.

    ReplyDelete
  2. Ada banyak e-novel tapi masa takde pulak. Kumpul je dlu sekrng ni. hehe. Thanks for suggesting :)

    ReplyDelete
  3. No probs. Silalah baca. Best sangat. Fun dan kelakar

    ReplyDelete
  4. bila dzuli bg review pasal burning moon ni..wahh..menarik!!! lah..tapi JM ni ada masalah bab baca novel atau buku ni..jap g buku ke mana..JM pulak ke mana..kalau baca blog 24 jam no hal hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba Jm try baca dulu..mesti tersangkut punya. Hahaha

      Delete
  5. haiyooo ..tak de pulak di mph on line buku ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..takde lagi. beli je dlm google play. murah je

      Delete
  6. tengah gigih baca .. dah download di wattpad!

    Thanks for introducing me to damien with an E !
    :)

    ReplyDelete
  7. yess..bertambah geng Damien with an E,
    ni buku 1st saya suka watak heroin iaitu Lilly sebab dia senget sikit hehe
    enjoy reading !!

    ReplyDelete