Wednesday, August 27, 2014

Nanny's Pavillion-KLIA 2


Assalamualaikum

Ahad hari tu aku balik dari kampung, turun KLIA 2 around pukul 3.30 p.m.lepas tu kena tunggu flight adik aku dari Kalibo yang ETA pukul 7.00 p.m. so, aku ada 3 jam utuk mereput dekat KLIA 2 tu. Nak pergi makan lah sebab lapar. Mula-mula nak pergi makan dekat Texas Chicken, masa lalu dekat escalator ada mamat pakai baju koboi "kak, nak cuna Nanny's Pavillion, with boarding pass dapat free dinks"
APA? FREE? okey. Nampak la sangat perangai mak sinchan kah kah!!
Mula-mula nak usha je, yelah aku mana tau Nanny's Pavillion ni jual ape, sekali budak tu escort aku sampai ke dalam. Ceh, tak dapat aku nak melarikan diri kalau tak berkenan dengan menu.
 
Usha menu, Nampak la pancake. Ini sudah bagus. So aku try la signature pancake dia yang nama panjang gila. ada perkataan "nanny", "caramel" lagi apantah.
Harga RM 16.90. Free drinks ialah Iced Cappuchinno hokey..bukan soft drink. Ada la pilihan lain jugak macam iced lemon tea, coffee semua.
 
Nanny's Pavillion KLIA 2 ni ialah 1st outlet in Malaysia, Restoren ni satu chain yang fames dekat Indonesia sana.
 

Seat yang berbentuk baggage

Interior
Pancake. dalam dia ada peanut butter. sedap !!
Iced Capuchinno
So, siapa yang ada di KLIA2 , bolelah cuba. Harga agak reasonable. Pancake tu boleh share 2 orang. Sejam setengah aku nak habiskan 2 bijik tu. Kenyang gila.
 
 
 
 
 
 

10 comments:

  1. Sesungguhnya aku masih belum sampai KLIA2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. datang je melawat kawasan..sepelaung je dari putrajaya tu hehe

      Delete
  2. ingat kan nanny buleh jagakan anak.... cheh tertipu

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak dara diorang boleh jagakan kot hahaha. waiternya ganteng2 belaka

      Delete
  3. Anjung Tinjau tu dekat Mc D
    Dari Mc d boleh tinjau2..
    Dari belah seberang McD pun boleh ..

    Cantik unik aaa kerosi-beg itu!

    ReplyDelete
  4. haaa, Nampak haritu..tapi terlalu malas nak pergi hahaha. padahal saya duduk dekat kerusi2 dekat taman tu je...
    Kerusi-beg tu cantik, tapi takut nak duduk hihii

    ReplyDelete
  5. Nanny's Pavillion?..kat area mana..KLIA2 pun belum pernah jejak kaki ke sana...mahu sesat..besar katanya...shop lots almost 200++

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat level 2A kot, 1 level sebelum departure hall.
      aah, besar..sesat memanjang kat dlm tu haha

      Delete
  6. menarik! haruskah mrs buat lawatan jjcm ke KLIA2 ?? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. harus !!!! FnB outlet yang sangat banyak :-)

      Delete