Friday, August 1, 2014

Salam Aidilfitri 1435 Hijrah @ 2014


Assalamualaikum
 
 
Selamat Hari Raya !!!
 
Maaf Zahir Batin ye kalau ada salah & silap ataupun kita maju sedikit mengikut peredaran semasa dengan mengucapkan SHRMZB haha
 
 
Raya tahun ni takde beza sangat macam tahun-tahun sebelum ni kecuali dengan kehadiran seorang Adam. sweetheart la kan cucu pertama dalam keluarga kecik Pak Leman ni.
 
Lain dari tu, tahun ni semua ahli keluarga aku beraya kat rumah kami, bukan giliran rumah mertua diorang macam tahun lepas.
Yang lain-lain sama je, signature dish pun sama, aktiviti raya pun sama. Pagi raya pertama balik kampung dan raya kedua dihabiskan dengan melepak tengok TV sehari suntuk haha.
ekcelli raya ke-4 aku dah start keja sebab aku cuti awal masa puasa haritu. Rabu malam 23 Julai aku dah pun berlepas balik ke kampung.
 
 
so, tu jelah cerita raya aku tahun ni.

 
Ketupat palas homade. Parents aku la yang made, aku tido je
Adam di pagi raya. baju raya besar, kesian aku tengok haha
semua orang tema turquoise, yang 3 orang tu je tak ikut tema. takpe, kami dah denda diorang suruh belanja makan
Kad Raya dan duit raya dari Jarimanis- hehe, TQVM


Rasa bersyukur sebab Allah bagi satu lagi Aidilfitri yang aman damai disamping keluarga tersayang. Tengoklah Gaza, hari raya pun Israel masih membedil Negara diorang tanpa belas. doakan pengakhiran yang baik untuk mereka.
Peristiwa MH17 yang melanda Negara pun satu kisah menyayat hati jugak pada Ramadan tahun ni. they don't deserve that. memang beyond humanity apa yang terjadi kat mangsa-mangsa tu sebab semuaya terjadi akibat konflik 2 negara. Al-Fatihah dan takziah untuk mereka.
Ramadan ni jugak seorang pakcik aku pergi menghadap Illahi, Syawal ketiga pulak sorang lagi pakcik aku dijemput-Nya. kedua-dua mereka takde sakit kronik pun.
Al-Fatihah untuk keduanya.
 
 
 
dzuli

3 comments:

  1. Selamat hari raya dzuli, saat paling bahagia bila dpt beraya bersama family. Jm pun masih beraya lagi senin baru masuk keje :-) Thn ni raya umah mak mana tahu thn dzuli raya umah mak mertua heeeee

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya!wahhh best kan raya ngn anak buah..hiksss...dia dah lari sok lagi kepochi rumah jadiknyeee...hehehehe

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Aidil Fitri .. MOhon Maaf Zahir dan Batin :D
    Meriah meriah raya kan.. huhuhuhu :D

    ReplyDelete