Wednesday, August 6, 2014

Trip #Passport Ekspress - Part Last


 
Assalamualaikum.
 
Aku habihkan jelah cerita basi ni haha. 
lepas raya ni memang gatal jugak kaki nak travel. tapi apakan daya, kewangan dan masa kurang mengizinkan. Duduk je lah rumah baca buku, pergi jogging (haha) dan mereput depan laptop tengok cerita korea. Sebulan sekali balik kampung jenguk parents & Dadam
Ekcelli, aku agak sedih sebab housemate aku dah pindah Johor. Takde dah la geng ngeteh dan mencari coffee shop terhebat di Lembah Klang. Kawan yang lain tak berapa suka mengopi macam dia. Takpelah, aku doakan dia success di tempat baru.
 
okey, Last day at utagha
pagi-pagi lagi dah bangun untuk melaksanakan misi breakfast di Kopitiam Ukir Mall
aku tau tempat ni masa praktikal dulu. Havoc jugak tempat ni. masuk TV 2-3 kali kot.
sampai je sana, mak aii..ramai gila. nak cari seat macam nak berperang. dekat 10 minit jugak memusing akhirnya dapat gak seat. Banyak gila food selection. tapi kami memilih untuk makan mee abu dan kuih muih je. jangan tamak nanti rugi. Ean teringin pisang cheese, tapi akak tu kata kena tunggu 20 minit dan dia givap.
 
Dah siap makan, kami mencuba lagi nasib ke Muzium Padi. Yey, bukak. Entrance fee RM5 sahaja.
masuk je, terus orang suruh naik atas. Rupanya sini la lukisan terpanjang di......(Kedah kot) haha
dia ada platform yang bergerak secara pusingan. Lepak situ and enjoy the view. Rotation nya slow yakmat dan cepat boring. tapi lukisan tu cantik. dia memaparkan peringkat penanaman padi dan suasana kampung la,
 
padi menguning

ni la platform yang bergerak tu

pesta kampung kot
pokok pisang tu real tau
tangga naik yang bercirikan gua

lepas tu kami turun ke exhibition hall. bawah sekali tu best gak. Ralit jugak la dok tengok benda-benda pasal padi ni. Ada alatan-alatan, cerita-cerita sikit. Bahasa kerbau pun ada haha. Ada gift shop jugak tapi FM tak lawa langsung. huh







Lepastu kami meneruskan perjalanan ke Perlis semula sebab train kami naik di Arau dan nak pulangkan balik kereta sewa ni. Sampai Perlis, kami keliru, buntu nak pergi mana lagi?? haha
ok, kami nak pergi Ladang Harumanis. Set waze, dan google. ntah mana-mana waze tu bawak kitaorang. dia bawak p kat sebuah rumah tepi sawah "you have reach your destination" what the.... carut sikit. try lagi sekali. akhirnya sampai la jugak. Tapi, mood dah kelaut kami just stop untuk makan pulut manga je. Sebab banyak masa lagi, kami pergi jugak la Taman Anggur Perlis, dekat je ngan ladang harumanis tu. entrance fee hanya RM3






 
Masa ni baru around pukul 3 p.m. banyak masa lagi.
Kami pergi semula ke Kuala Perlis untuk try Laksa Kak Su
aku menjatuhkan hukum wajib try laksa ni kalau ke Perlis hahaha.. 
 
Dah makan, kami pergi solat dan mandi dekat masjid manantah sebelum balik. dalam pukul 5, kami sampai ke stesen Arau. Tren kami pukul 7.30. so ada 2 jam 30 minit untuk mereput dekat stesen tu. dah la temporary station sebab stesen baru sedang dalam pembinaan. sabar jelah.
 
Tepat pukul 7.30 p.m tren pun sampai
kami satu coach dengan A.Samad Said pulak.Ean sempat snap gambar beliau laksana seorang paparazzi. Naik je tren, kami beli nasi goreng yang rasanya sangat so-so untuk alas perut dan kemudan terus membuta. Kami sampai KL sentral dalam  pukul 7.00 a.m
 
Berakhirlah satu trip yang gelabah dengan Ean lagi. Seriously Ean ialah seorang travelmate aku yang sangat sporting. Tak cerewet, senang tolak ansur, tak berkira duit,boleh bersusah payah dan kuat bergambar haha. biasanya dia just cakap "ko prepare la semua,aku ikut je" kalau ada mana-mana tempat yang dia rasa nak p, dia bagitau je untuk aku tambah dalam itinerary.
so, Thanks Babe !!!
InsyaAllah bertemu lagi kita di trip yang akan datang. :-D
 
 
dzuli

8 comments:

  1. aku takdan makan laksa kaksu masa pi sana aritu...sedap sgt ker weii....teringin plak nak rase....eh mana gambar a. samad said tu?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke...sedikit kerugian la haha..sedap
      gambar A.samad said dekat kawan aku..tak kosa nak ambik hehe

      Delete
  2. gambar first cantik!
    yes laksa kak su sangat sedap...
    mrs yang orang perlis ni pun belum sampai ke taman anggur tu...hehee dasyat tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..xde ape menarik sgt pun kat taman anggur tu. kami ni membuang masa je. tapi kira hebat la perlis yg panas ni boley tanam anggur kan

      Delete
  3. Walaau Perlis itu kampung ibu ku.. tak pernah pulak aku nak menjelajah negeri itu.. huhuu..
    Insyallah nanti nak cari la laksa kaksu tu.. macam sedap jer.. macam best jer :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala, I paham, ramai orang underrated perlis ni kan. tapi bagi saya dia sebuah negeri yang cantik dan serene. 1st time rasa mcm jatuh cinta pandang pertama tau..wahahaha

      Delete
  4. bila dpt geng sekepala senang nak arrange trip lepas ni.
    Muzium padi akak suka part yang duduk sambil tengok lukisan tu....kadang2 mcm tertipu pula mata , ada part2 yg mcm real .

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. dapat geng travel sekepala ni memang blessing la. sbb tu ada setengah org prefer solo kan?
      aah. lukisan tu cantik sangat..cuma platform tu gerak slow sangat haha

      Delete