Tuesday, September 2, 2014

hopeless

Assalamualaikum
Salam Kemerdekaan yang ke 57 -Disini lahirnya sebuah cinta
Takziah dan AL Fatihah kepada 9 lagi jenazah mangsa MH17 yang dibawa pulang harini.
 
Tajuk diatas bukanlah situasi sebenar diri aku, sebaliknya ialah sebuah novel yang setakat ni aku dah repeat 2 kali. Sangat rare untuk aku repeat baca novel okeh.
 
Macam biasa, beli dekat Google Play Book. Harga RM 28++. 360 pages lebih kurang dan aku setel baca dalam masa 2 hari.
 
Sebenarnya aku tertarik dengan author Colleen Hoover lepas baca "Last Cinderella". Usha dalam Goodreads, banyak review kata best. Apa lagi, baca preview dulu dan terus beli lepas rasa addicted dan curious.
 
Cerita ni mengisahkan tentang Linden Sky Davis dan Dean Holder. Cinta highschool lah katanya.
tapi, semakin jauh anda baca, semakin tertarik untuk mengetahui apa yang terjadi dekat masa silam dua orang budak ni. Sky ialah seorang budak yang dipadam masa silam dia oleh mak angkat dia. Kenapa? Baca sendiri
Okey, setakat tu je spoiler.
dan sekarang, akak telah follow akaun @twt_buku. semakin nerd la lepas ni haha.
takpelah, membaca jambatan ilmu gitu.
 
sesiapa yang suka baca buku, tapi susah nak dapatkan buku tu di Malaysia, boleh guna website bookdepository.com. Free delivery nationwide, tapi kena sabarlah sikit sebab delivery takes 7-10 days to Malaysia.
 

 
 
 
 
 
 
dzuli

4 comments:

  1. salute sgt dgn mereka yg suka membaca ni tau..360 page 2 hari je..ya ampun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...memang tak jadi keja tau kalau tersangkut dgn novel ni. mcm addict kat drama korea

      Delete
  2. tenkiu awak....
    bagi lagi satu suggestion..
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. no problem..seronok kongsi hobi.. tapi saya suka baca cerita cintan cintun/ fantasi je hehe

      Delete