Friday, September 12, 2014

Melbourne, Australia- part 1 (Touchdown & QVM)

Assalamualaikum

Goodday mate!! (gud-dai-met)
harini aku dapat ilham nak mencoretkan pengalaman ni dalam blog.
pengenalan macammana aku dapat idea nak pergi melben ni aku dah cerita dalam entry yang lepas.
ini ialah 1st trip aku ke Negara mat salleh, so mebi aku akan membebel panjang dan menjakun sikit haha..Kalau nak baca habis, bolelah sediakan popcorn dekat sebelah.

Hari kejadian iaitu 3 sept 2014 (yo girl it's my birthday, we gonna party like it's my birthday) haa gitu.
sebenarnya  sengaja aku pilih 3 September untuk terbang ke Melben sempena harijadi aku yang ke 30 !!. Bangga la pulak umur 30 kan. bukan la bangga, tapi sorok umur pun bukan ada faedah pun hihi.
well, masih ramai orang tanya aku "pergi melben ni, study kat sana ke?" kah kah..terima kasih Olay Total Effects dan tudung bawal yang boleh menampakkan kita muda beberapa hari dari umur sebenar.
okey, melalut sudah.

3 sept. tu flight kami dijadualkan pukul 10.30 p.m dari KLIA 2. Haritu kami tak amik cuti pun. Berkerja macam biasa. Zu pulak ada deadline hari yang sama. 5.30 p.m aku terus keluar dari opis untuk ke KL sentral. Tetiba LRT rosak la pulakkk, walaupun aku just nak turun tukar kat masjid jamek yang hanya 4 stesen dari opis aku, tapi melihat train rosak yang berjalan diatas rail pada kelajuan siput, aku tukar plan dan amik monorel straight to KL sentral.

Around 6.30 p.m aku naik ERL to KLIA 2. KLIA ekspress hanya mengambil masa 33 minit sahaja. tapi mahal la sikit iaitu RM 35/way. Naik skybus much cheaper tapi memandangkan peak hour, aku taknak mengambil risiko. Sampai KLIA 2, zu roger yang dia baru on the way ke KL sentral. LDP jem yakmat. Aku cuak sikit sebab ni 1st time aku naik AAX, aku tak tau prosedur check in akan amik masa selama mana. Aku sampai je KLIA2, aku check in terus. Flight ke Melbourne memerlukan kita check in kaunter untuk verified travel document (ETA). Lepas setel check in, pergi lepak kat Johhny Rockets kejap. Pukul 8.00 p.m, Zu masih belum sampai. Akhirnya dekat pukul 8.45 camtu barulah Zu sampai, kami drop luggage dan terus masuk departure hall sebab belum solat lagi.

Tepat pukul 10.45 pm, flight pun berlepas, macam biasa la, dah flight malam memang membuta jelah sepanjang perjalanan. Tambah-tambah pulak lepas pekena Nasik lemak Pak Nasser.(Maaf, Nasik lemak telanjang MAS lebih sedap kot. hihi).  Tapi aku kejap-kejap terbangun sebab macam kurang selesa. Sebelah kami seorang Uncle yang nak pergi Melben jumpa family dia. Sempat la kami borak-borak sikit.

selama aku naik AA, ni 1st time aku pre-book meal. Yela, 1st time long haul flight kan.

lebih kurang pukul 8.20 a.m, touchdown Tullmarine Airport, Melbourne. Excited la jugak. Tapi nak melepas immi Australia memang la kena sabar sikit. Line up untuk document verification pun dah panjang gila. Sempat la borak-borak dengan a few Indonesian yang datang Melben sebab ada factory visit. Boleh dia ingat aku ni Indo, sebab muka aku macam Indo, err... *take it positive , indo macam Dian Satro kot* haha.
Alhamdulillah, lepas 3 kali checkpoint, semuanya selesai. kitaorang takde pun bawak barang-barang yang kena verified. Dah keluar arrival hall, pergi cuci muka, tukar apa yang patut sebab kami akan terus explore Melbourne CBD.

Tullmarine Airport. Melboune.

Around 10 a.m waktu local, kak azma pun sampai. Sebenarnya boleh je kami terus pergi jumpa dia kat southern cross station, tapi saja je nak bermanja-manja. heee
Keluar dari airport dan beli tix skybus dengan harga AUD30 return. Sky bus ni akan drop off/pick up di southern cross station dan Tulla Airport sahaja. Perjalanan ke southern cross lebih kurang 20 minit.


SkyBus. Ada tempat letak beg semua, Agak selesa.

Sampai je southern cross station, kami simpan beg dekat locker-locker yang disediakan. harga agak ok iaitu AUD14 untuk size besar selama 24 jam. Size besar locker tu muatlah untuk 2 bijik beg 60l kami. so, satu locker boleh share untuk 2 orang.Aku tak tau kenapa, berkenan betul aku dengan architecture Southern Cross Station ni. mungkin atap dia yang wavy tu kot. Station ni kira interchange station macam masjed jamek la kalau kat KL, semua train akan lalu sini dan boleh tukar train untuk ke destinasi seterusnya. Dekat sini jugak kami beli Myki dengan harga AUD6 beserta topup AUD10.



southern cross station
train Metro-ala2 komuter la kalau dekat Malaysia

Ape-ape hal pun kami breakfast dulu. Lapar gila, sebab aku tergedik-gedik sangat nak makan churros, kak azma suggest satu kiosk yang bernama Spanish Donut. Ambik la set churros dan coffee cuma AUD7/set. Sedap jugak churros dia. coffee pun not bad.


sempat ambik brochure dekat airport. dalam tu ada coupon discount.

Destinasi pertama kami ialah Queen Victoria Market. Kau mampu touchdown je terus pergi shopping souvenir haha. Bukan ape, selain hari ni, kami dah takde masa utk pergi QVM ni. dah la qvm tutup hari isnin. Squeeze je lah dalam itin 1st day pun. Actually bukanlah nak beli souvenir untuk sekampung pun, just untuk ambik feel QVM tu sendiri. Pernah dengar tak orang kata " kalau nak kenal budaya sesuatu tempat tu, pergilah ke pasarnya"
Aku dengar harga barang dekat QVM ni fluctuated. weekends murah, weekdays mahal . macamtulah kot. Cara nak datang QVM ni aku dah lupa. Naik trem sampai stesen apentah. Sebab aku main ikut je kak Azma, aku tak sempat nak tengok2 trem mana, stesen ape. My bad..


main entrance. belakang ni banyak café-cafe

belakang sikit dari main entrance tu
buah-buahan. tembikai tu agak mahal
scarf, topi,gloves dll. Produk tempatan kot
Ada café-café lagi. Kalau banyak masa, seronok jugak melepak-lepak
kraftangan. Boomerang la paling fames. Aku tak beli pun

Segar dan murah sayur-sayur kat sini. sebijik cauliflower tu baru AUD 1. hey, geramnya

Dekat QVM ni kami beli souvenir sikit (literally sikit). beli yang wajib je hehe. kitaorang beli jugak strawberry yang besar dan manis harga AUD5 untuk 2 box. Sedar tak sedar dah hampir pukul 1.00 p.m. Semua pun dah lapar. Maklumlah tadi makan churros je. Kak Azma ajak kami cari makanan untuk lunch. Kami beli kebab dan fries dekat Lord of Fries dan makan di Brunetti.
Brunetti ni satu café chain yang agak famous jugak. Pastry-pastry yang agak hebat dan ambiance yang best (outdoor café). Kat sini aku minum earl grey tea dan kak Azma order Cappuchino. Best betul melepak dengan cuaca below 16 darjah celcius. Tapi, sebagai rakyat Malaysia yang tak pernah pegi Negara 4 musim, aku rasa sejuk gila dah. Kebas tangan aku. Nak pakai gloves semua melampau la pulak.

Masa aku datang ni early spring. Suhu dalam 13-16 darjah celcius. Dikatakan spring ialah season yang terbaik untuk melawat Melbourne/Australia kerana langit paling biru pada musim ini.




pengamen jalanan pun kacak. ngeee~~~
Muzium kot. Tak pastilah
Lord of Fries. Bukan semua chain ni halal. Sebab tu aku beli fries je
our lunch.


Apa yang aku observe kat sini, dia punya customer service,memang tip top. Masa aku oder fries tu, aku nak chunky tapi chunky habis, budak waitress tu menerangkan fries tu habis dengan mimik2 muka sekali. hehe. Dekat QVM pun sama, tapi aku perasan yang jual souvenir kat QVM banyak Asian pun. tapi tetaplah customer service yang bagus. Dah kenyang semua, kami bergerak ke lokasi seterusnya...





dzuli

19 comments:

  1. wah wah...sama la kitaa sambut besday ke-30 di Aussie gituu...hahahaha happy belated birthday dzuli!suhu masa spring kat sana ada mabeles!aku orang mesia yng tak sedor diri, suhu gitu rileks tak payah pakai sweater pun boleh...(baca:lemak tebal penuh kat badan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, sebenarnya aku smbut dlm flight je..tq
      aah suhu mmg chaghe, tapi sebab masa aku pergi ni early spring, sejuk sikitlah dari yang sepatutnya. Aku pun lemak tebal jugak tapi tak berfungsi hihiii

      Delete
  2. Happy belated bday Dzuli! Untunglah kan royale birthday over the sea. Cuci mata dulu baca entries orang pasal Melbourne ni. Duk usha tix murah, asyiklah melepas sebab x ngam ngan cuti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks...saya dulu 9 bulan dok cuci mata baca blog orang hihi
      tix melben ni susah nak murah kan, mebi sebab popular route kot. kalau dapat terus grab tau, jangan berlengah lagi hahaha

      Delete
    2. eh korg nak murah berapa yg murah?hehehe aku rasa selalu gak aussie dpt murah...kalo melben tu aku rasa 800-900 dah murah dahh...sbb jauh kan...kalo gold coast n perth lagi murah la kan sbb dekat...hehehe

      Delete
    3. masa 1st aku survey dulu, palig murah dlm 800++..after that takde pun below dari price tu. korea dan nagoya aku survey pernah dapat 600-700 return padahal masa perjalanan lebih kurang je kan. betullah kan 800-900 tu kira reasonable dah tu
      oo,perth murah sikit eh? *tetiba keluar tanduk* hahahaha

      Delete
    4. Eh korea jepun 6 jam jer...compared to melb sydney tu 8 jam..sbb tu dia murah sket...perth tu klo best ko bwk motorhome...hehe

      Delete
    5. oo..gitu..aku ingat lebih kurang je...
      kalau nak bwk motorhome kena la rombongan cik kiah sikit hehee

      Delete
  3. aku tak baca abis lg..baru bc ayat atas..pastu teruja..umur kita sama dan aku lahir 5 sept..*hak kak* awal 2 hari katanya..hahaha ok,nak sambung baca..daa~

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh..happy belated birthday jugak...silalah sambung baca hehe

      Delete
  4. oi..kan atap southern cross station tu sama je ngan airport penang.. kahkahkahkahhhhhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. thk la luar airport penang.. kan mcm tu bumbung dia... tak caya gi google

      Delete
  5. Baru 30 Dzuli...alamak..uols perlu call me sis JM tau...happy belated besday!!..Olay Total Effect?..pandang sepi je lah x mampu nk beli
    Kalau muda cam Idon...cantik tau..mereka kan makan Jamu :-)
    Ishh..sana sini upload story pasal Melbourne!!..GERAM jek :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..hai sis Jm, bila nak mengeteh dgn DJ ni
      olay total effects murah je, saya beli time sale je below RM 30
      rileksss..jgn geram2..tahun depan terjah !!!! hehehe

      Delete
  6. Salam saya akan ke melbourne next month.. Boleh share overall budget n kne bawak sweater ker spring nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm...err..pasal budget saya tak reti nak advice sebab ia depends dekat your activity dan accomodation.macam saya just bawak around RM1500 (food, tour package, sewa kereta dan souvenir) sebab accomodation f.o.c dan kami banyak masak sendiri.
      kalau nak lebih detail boleh rujuk bolg kakiberangan or kak kiah. enjoy your trip then.

      Delete
    2. Ada g GOR n Philip island x...? Fee nak masuk2 tu bnyak x?

      Delete
    3. untuk GOR kami guna tour package. price AUD85 english speaking. kalau chinese speaking around AUD45-55. kalau drive sendiri saya tak pasti pulak pasal fee utk attractions2 yang diorang bawak. Rasanya acam tak ada fee. Untuk phillips island kalau nak tgk penguin parade, wildlife park dan koala conservation ada fee (aud 45 utk 3 park) kalau setakat pergi nobbies takde fees pun.
      oh, lupa nak bagitau spring agak sejuk around 13-20 degrees. malam temperature drop lagi

      Delete