Monday, September 15, 2014

melbourne, Australia- Part 1.1 (Melbourne University & Victoria State Library)

Assalamualaikum

Hari pertama di Melboune masih belum berakhir. Lepas lunch kami meneruskan perjalanan ke Melbourne University. Eh, dah kenapa nak pergi tengok University?
saja ler.. ambik feel. Lagipun nak tengok sikit macammana suasana Universiti kat obesea. Maklumlah, nak belajar kat sana, takde kesempatan lagi (setakat ni)
Nak pergi Melbourne Uni ni senang je.Amik mana-mana trem yang ada tulis "Melbourne University or via Melbourne University".

University kat luar Negara ni katanya memang takde system pak guard ni. So, orang ramai boleh masuk sesuka hati, termasuklah kami he heee.. Masuk sesuka hati dan buat muka innocent laksana seorang pelajar undergrad.
Kawan aku cerita bebudak Uni Melben ni memang suka buat demo. Macam-macam demo ada, menuntut harga yuran dikurangkan la, persamaan gender la, menerima LGBT la, macam-macam la (aku tambah je pasal persamaan gender dan LGBT tu haha)
Masa kami dok jalan-jalan ni pun ada beberapa orang dok bagi flyers. siap pakai kostum gorilla dengan baju pink with masquerade (sbb tu aku rasa diorang menuntut hak LGBT). Tapi kitaorang tak amik pun flyers tu. Kawan aku cerita jugak yang polis memang tak masuk campur pun dalam demo diorang, just tolong jaga dekat jalanraya supaya tak menggangu trafik. hurmm...student power?

selfie kaki berjemaah dahulu
Salah satu bangunan kat dalam ni
Dari luar
Welcome to University of Melbourne
Ada menara jam jugak.

Macam biasa, diorang ni suka melepak dekat park/padang. Maybe sebab cuaca sejuk kot. Cuba kat Malaysia kitaorang melepak dekat padang, pehhh...hangit.
Seronok jugak rupanya lepak-lepak atas rumput yang menghijau sambil cuddle-cuddle , eh sambil study. Sebenarnya ada ramai je student dok cuddle-cuddle atas rumput ni. Nasib baik tak Nampak bebudak Malaysian buat benda yang sama.

Additional info: Kawan aku kata kumpulan usrah Malaysia agak aktif kat sini (Melbourne). Bagi aku ia satu perkara positif la memandangkan dah la bebudak ni jauh dari mak ayah, ada yang umur awal 20-an, dengan join aktiviti macam usrah ni dapatla diorang menghindarkan diri dari gejala yang tak sihat. Maklumlah di Negara orang kan, JAIS ke JAIP ke takde nak tangkap korang kalau buat benda tak elok disisi agama. Iman je yang ada untuk prevent diri dari buat benda-benda tak elok. *mode ustazah*

(sorry, membebel)
melepak di padang
melepak di padang sambil cuddle-cuddle *eh, mana gambar orang cuddle-cuddle?*
selfie kaki secara solo

okey, dah settle feeling-feeling student obersea tajaan JPA. Kami teruskan perjalanan ke Victoria State Library. Umpama field trip pulak agenda hari ni. Lepas pegi University, pergi kat Library pulak. Nerd much? haha.

Nak pergi Victoria State Library ni pun senang je. Naik trem ke Melbourne Central. Tepi jalan je.

Sesiapa yang penonton tegar running man mesti tau tempat ni. Pernah diorang shoot dalam ni. Library ni memang agak canggih jugak la. ada 2 or 3 level untuk reading room, 1 level gallery dan ada jugak satu exhibition kat level 5 masa aku datang ni. Tapi tak usha pun la exhibition tu. Ramai jugak orang dalam library ni,dari yang tua sampai yang muda. Kawan aku ada cerita yang masyarakat melben ni kurang melepak dekat Shopping Mall. Mall paling canggih kat melben ni kecik je, hebat lagi The Mines katanya. Jadi, aku rasa masyarakat melben ni suka melepak dekat park, library dan exercise. Mungkin la kot.

Best jugak lepak dekat sini
Bumbung. more like dome
terkesima jugak. sebab lawa
galleri di level 2 kot. ada gambar-gambar Melbourne dan sikit-sikit sejarah
Library ditelan bumi

Musim yang aku datang ni, matahari terbenam agak awal. 6.30 petang dah gelap macam malam. Seperti yang diketahui, dekat Melben ni kebanyakkan kedai dan attractions tutup pukul 5 ptg atau 6 ptg. Katanya ini cara untuk menggalakkan rakyatnya menghabiskan masa dengan family di waktu malam (memang ada ads dalam radio pasal benda ni).
Mula-mula aku ajak diorang pergi St.Kilda, tapi sebab dah gelap, lagipun nak balik Clayton ambik masa around 45 minit jugak, kami membatalkan niat dah pulang ke rumah.

Balik rumah dihidangkan dengan dinner masakan melayu dari Azma Kitchen dan tido.
so, tamatlah hari pertama di Melben

 
dzuli

4 comments:

  1. Kebanyakan yang pegi Melbourne..Melbourne Uni mesti dlm Ite kan Dzuli..pastu Victoria State lib sbb library nya klasik dan unik

    Pesal semua gambar 'kaki' je..mesti semua PEMALU nih hikss

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, Melbourne Uni dan state library ni unik dan klasik
      betul, kami semua ni pemaluuu gituu hehe

      Delete
  2. birunya langit Melben!!!

    kalau berani .. ambik aa gambat butt dekat butt out tu! :)

    ReplyDelete