Thursday, September 18, 2014

Melbourne, Australia-Part 2 (GOR Tour)

Assalamualaikum

Goodday mate lah sangat.

Amaran: entry ni panjang, kalau nak baca habis, mohon sediakan biskut/kekacang buat mengunyah.

Mari teruskan pengembaraan untuk hari kedua di Melbourne. Hari ni plan kami untuk ke Great Ocean Road. Aku rasa jatuh tahap wajib siapa yang datang  melben untuk pergi GOR.
Mula-mula kami plan nak drive, tapi condition jalan yang menakutkan membuatkan kami mebatalkan niat. So, aku booking tours dengan Melbourne Australia Tours (MAT). Banyak jugak review pasal MAT ni dalam blog paklang mie dan nota kembara. MAT ni jugak salah satu English speaking tours yang paling murah aku jumpa online.
ceritanya, aku book guna website dan bayar guna paypal 3 hari sebelum tarikh yang aku pilih. bayar online (paypal) terus AUD 75, bayar cash hari tour AUD 85. Sebab nak jimat, aku bayar la online.
Paypal ni perlukan 24 jam untuk transaction, MAT pulak perlukan 3 hari untuk confirmation. Sebab aku lambat, hari yang aku touchdown melben, aku masih belum dapat confirmation dari MAT. Gelabah jugak la sebab kalau tak dapat GOR tour 5hb, semua plan asal akan jadi lebih kacau bilau. Setelah kak azma call, wassap semua, orang MAT kata 5hb dah penuh. WHAT???
tapi dia uruskan dengan kawan dia, so dia pass kami dekat Autopia Tours dengan tambahan lagi AUD 11/person. Pasrah jelah. Konon nak save AUD 10 , takde rezeki jua.

Pagi tu, kami gerak dari Clayton around 6.30 a.m sebab 7.30a.m Autopia akan pickup kami dekat Holiday Inn Hotel, Flinders Street (just 2 minit jalan kaki dari southern cross). Suhu pagi tu 6 darjah celcius. Bila bercakap keluar asap tau (terus jakun sekejap) hahahaha.
Dari rumah kak azma, naik bas no 900 ke Clayton train station. Dari clayton naik je train city loop ke southern cross station. Tambang tiket aku tak pasti sebab aku touch je myki tu,
ni ada tips sikit, siapa yang bercadang guna public transport kat Melbourne nanti, bolelah download apps "my journey planner" atau tengok website Public Transport Victoria. Masukkan origin dan destination, nanti dia ajar la macammana nak ke destinasi pilihan guna public transport.

Around 7.15 kami sampai southern cross station, jalan kaki sikit ke flinders street dan layan coffee dekat 7-11 sebab awal lagi. Coffee kat 7-11 hanyalah AUD1 sahaja compared to coffee house or café around AUD 3-4. #tipspenjimatan yang dibelajar dari blog kak kiah.

Around 7.36 a.m tour van pun sampai. lega jugak tengok tour van sebab mesti jemaah tour tak ramai sangat dan lebih selesa. Kami naik van yang diberi nama "playtibus". Guide dan driver kami dipanggil "wookie". nama glamer dia lah konononnya.

Best jugak wookie ni, muka garang, tapi bila bunyi mulut boleh tahan jugak PR dia. On the way to GOR dia banyak la cerita-cerita sikit. Contohnya masa lalu west gate bridge, dia cerita ada rivalry sikit between rakyat Melbourne and Sydney sebab West gate bridge tinggi sikit dari Sydney Harbour Bridge. West Gate jugak pernah runtuh masa construction sebab sedikit engineering failure.
Masa lalu kilang Vegemite, dia cerita la pulak pasal Australian suka makan  vegemite. Macam-macam lagi la cerita dia. Wookie ni seorang pure rakyat melben. dilahirkan dan dibesarkan di melben.

Setelah hampir 2 jam perjalanan kot, tapi stop kat satu tempat untuk light snacks. Ada biskut dan coffee/tea dan toilet. Masa ni jugak kawan aku, Zu dah mula rasa tak sedap badan. rupanya Zu tak boleh minum coffee pagi-pagi sebab angin. Along the trip memang nampak la dia kurang enjoy dan asyik tido. Kesian pulak. Sebenarnya dia pun baru tau yang dia tak boleh minum coffee waktu pagi.

Dalam group tour kami ni ada Japanese, Singaporean, Bangaladeshi, Indian, Korean/Chinese (tak pasti) dan couple tak tau dari mana tapi cakap bahasa Spanish.
no filter. memang langit sebiru itu
mat salleh tengah jalan tu lah wookie.
sebenarnya sepanjang perjalanan ke Great Ocean Road ni kita akan disajikan pemandangan yang sangat indah. kadang-kadang lalu dekat ladang (farmhouse), laut dan beachouse yang cantik cantik (dan hanya mampu ditengok). Wookie cakap origin jenama surfing attire "Rip Curl" tu asal dari sini. Pencipta dia modify diving suit supaya diorang dapat surf dengan selesa. Office rip curl tu pun ada dekat GOR ni. Tak tau la kat mana kan. Oh, sini memang famous dengan activity surfing.

Gambar dibawah ni ialah house on column. Ni rumah percutian yang boleh disewa dengan harga AUD 400-500/night. mampu?. Wookie cerita pernah ada sekumpulan remaja pernah sewa tempat ni nak henjoy. Malam tu (aku syak diorang tengah party liar) diorang rasa rumah ni goyang-goyang. so, end up semua orang tido dalam kereta dan hangus duit diorang. Aku rasa tu sway effects kot. padan muka..wahahahaha.


Akhirnya kami sampai ke Memorial Arch. Sini la permulaan GOR. Memorial arch ni dah 3 kali dibina, runtuh la, terbakar la. So, wajiblah berenti kat sini bergambar sebagai tanda "gua dah sampai GOR wahai orang kampunggggg"
GOR ni antara jalan yang susah dibina, menggunakan tenaga manusia sepenuhnya sebab tak boleh nak blast batu sesuka hati. Pernah jugak terjadi kebakaran hutan yang sangat besar sampai memusnahkan sebahagian besar rumah-rumah di sekeliling GOR ni.

wajib amik gambar kat sini


Sepanjang perjalanan, wookie akan berhenti dekat mana-mana lookout point untuk kami bergambar. Kat sini jugak kami banyak ice breaking dengan group kami. Ada seorang student arkitek di Sydney nama Mishu dari Bangladesh datang dengan family, solo traveler perempuan dari Jepun dan Sweden, Solo traveler lelaki yang berhenti kerja untuk travel the world dari Hong Kong. So, each person have their very own story katanya. Walaupun English aku ditahap hazab, bolelah jugak borak dengan diorang sikit-sikit.



ni dekat Cape Patton
ni contoh jalan yang dilalui.

Lepas tu kami dibawa ke satu tempat untuk melihat Koala in the wild. Tempat ni biasa-biasa je, ada banyak burung yang jinak dan Koala di habitat asal. Aku jumpe sekor je koala sebab malas jalan jauh. Masa ni Japanese yang travel solo tu menjerit2 sebab takut burung. sabar jelah. Aku pun takut gak haha. Sempoi gak la budak jepun tu, dia student English dekat Sydney, datang nak recce Melbourne sebab nak tukar campus.



seekor koala bermalasan. pokok ni tinggi. habis zoom dah ni
burung kalerful
burung burung dan itik.

Around 12 tengahari kami sampai ke sebuah pecan bernama Apollo Bay untuk lunch. Lunch dah included dalam tour ni, tapi menu adalah limited iaitu pelbagai jenis pizza je. kami dah isi form menu awal-awal lagi so bila sampai boleh terus makan. Nama restoren yang provide lunch untuk kami ialah Iluka. Aku pernah baca yang Iluka ni halal. tapi kerana aku was-was aku hanya order pizza yang tidak mempunyai unsur daging dan aku memilih garlic pizza.

Bila menu sampai, terkesima jugak, seumur hidup aku tak pernah makan pizza kosong hahahaha. Tapi makan jelah. Kami dok semeja ngan Japanese tu dan couple dari Singapore. Rupanya Singaporean ni  faham bahasa melayu, mesti diorang dengar apa yang aku ngan zu mengarut dalam bas tu sebab diorang dok depan kami je. Masa lunch ni la banyak sikit sembang2. Aku tak habis makan pizza tu, cannot go. Tetiba si Claudia (solo jugak, dari Sweden rasanya) datang mintak pizza aku. Aku ni jenis makan yang tengah je, crust kat tepi2 tu aku tak makan. Boleh dia makan crust yang aku tinggal tu. Aku offer yang elok dia taknak, last2 dia ambik sepinggan terus. Selamber betui minah salleh ni. Kalau adat dan agama kita, tak elok bagi yang sisa.

pizza yang hanya ada sauce, garlic spread dan cheese
Ni restoren nya.
Pekan Apollo Bay
Boleh makan dekat taman jugak
Kat sini jugak Zu solat. 1st time solat kat taman. I tengah cuti hehe.

Lepas makan kami dibawa ke sebuah rainforest untuk short walk. Ada pokok-pokok besar camtu je. Aku layan gitu-gitu je kat sini.





Akhirnya, ke tempat yang ditunggu-tunggu oleh semua orang. 12 apostles (yeaayyyy)
bila Wookie sebut je 12 apostles mesti semua dalam bas akan sambut "yeayyy"
dah takde 12 bijik dah. Aku kira ada 10 je, tapi wookie kata baru 1 yang runtuh. Takpelah yang penting ni ialah keajaiban alam dan kekuasaan Allah. maklumlah terjadi sebab hakisan selama berjuta-juta tahun.

 
 
 


macammana 12 apostles terbentuk
unstable cliff ni. Tanah tau, bukan batuan
Lalu je ikut pathway yang disediakan
pathway
kat sini ada café, toilet, souvenir shop
map


kat sini, wookie bagi masa lebih kurang sejam untuk kami menikmati keindahan 12 apostles ni. Sesiapa ada duit lebih boleh la naik helicopter dengan bayaran AUD95.

GOR tour ni masih belum habis lagi..
bersambung....

 
dzuli

12 comments:

  1. not bad gak harga tour ni ... boleh la masukkan dlm list kot2 nak terjah melbourne

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, agak ok la...yang lain-lain banyak around AUD90 keatas

      Delete
  2. dzu, saya punya impian nak explore GOR dengan basikal tapi tak tahulah bila..usha2 tiket mel, giler mahal huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la, melben ni jarang betul promo..jetstar pun mahal
      wah, nak guna beskal, memang mencabar. boleh la ajak wakjan hehe

      Delete
  3. untung la ko pi GOR masa panas....aku smpai hujan...sendu jer kat 12Apostles tuh...hehehe aku dulu amik ngan MAT gak ke GOR..bagus diorg punya service...utk ke philip island, sbbkan tak cukup org, diorg tlg arrange ngn company lain...tetap ok gak....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kes aku, diorang pass kat company lain. aku usha web, autopia tu harga dia AUD129 kot...fuhh..nasib baik kami kena tambah AUD11 je..
      aah, rasa syukur sebab cuaca baik, sunny tapi sejuk..memang masyuk la hehee

      Delete
  4. ai is orang kampung
    ai kagum nengok 10 aposel tu [ ai is malas nak eja ]

    macam sea stack kat kampung ai kat Taman Negara Bako
    [ ntah bila lak ai is orang Sarawak....tetiba.. ]

    ReplyDelete
    Replies
    1. I pun kagum tengok 12 apostle sebab kat kampung ai takde sea stack macam kat Bako. ada stalagtite stalagmite kat gua kelam je...hehehe
      untungla kampung kat Taman Negara Bako

      Delete
  5. Lawa lah GOR ni patutla kalau aku buka mulut nak gi Melbourne je mesti orang suggest gi sini. Aku suka nengok Twelve Apostles tu. Langit pun biru. Ala Dzu, part English ke laut tu xpe. Diorang pun xreti cakap Melayu so kira kita lg terer dapat cakap Omputih even setakat ckup makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..cantik, kalau kena dengan cuaca lagilaaa cantik. Rasanya kalau 1st time p melben wajib dating sini dulu.
      haha..tu lah kan..at least diorang faham apa kita cakap, kita pun paham apa diorang cakap. grammar letak tepi dulu

      Delete
  6. subhanallah...perlu masuk itie tempat nih kalau ke Melbourne
    X pe solat kt taman pun yg penting solat kan Dzuli

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, ni wajib ni hehe..tulah memang experience lain solat kat tempat terbuka camtu

      Delete